Jom Berbuka Puasa di Lugar De La Boda @ Puchong Pada Harga Tawaran Kurang RM100

by - Thursday, April 01, 2021

Tak lama lagi kita bakal menyambut menyambut bulan ramadan. Bahang kehangatan mula terasa apabila tawaran demi tawaran buffet ramadan mula membanjiri laman-laman sosial. Pada tahun ini, walaupun mungkin tidak semeriah tahun-tahun sebelum kedatangan Covid-19 namun masih bersyukur kerana pada tahun 2021 ini kita berkesempatan untuk kembali menikmati buffet ramadan di luar.



Jika anda pembaca setia blog bebelancikmin, pasti anda pernah membaca review aku tentang Lugar De La Boda @ Puchong. Bagi mereka yang mungkin belum tahu tentang Lugar De La Boda, Lugar De La Boda adalah sebuah dewan perkahwinan yang dimiliki oleh Hanana Group.


Lugar De La Boda merupakan sebuah dewan perkahwinan yang berkonsepkan 'Garden Wedding' dan telah beroperasi sepenuhnya sejak Oktober 2018. 


Sedikit Tentang Hanana Group


Syarikat Hanana Group Sdn.Bhd telah ditubuhkan pada 06 September 2016. Syarikat ini adalah pengembangan daripada syarikat Hanana Catering & Event Solution yang telah beroperasi sejak 6 tahun lepas.

Syarikat Hanana Group Sdn.Bhd (HGSB) menjalankan perniagaan berasaskan katering, butik pengantin dan juga dewan perkahwinan yang disewa daripada pihak kedua (As-Sofwan Group Sdn.Bhd). Ia dikenali sebagai Hanana Catering & Event Solution untuk perkhidmatan katering, HN Wedding Exclusive untuk pakej pelamin dan andaman.

HGSB ini adalah merupakan syarikat yang pertama di Putrajaya yang mempunyai syarikat katering, butik pengantin dan juga dewan perkahwinan sendiri di Putrajaya. Perniagaan HGSB berkonsepkan pusat sehenti perkahwinan yang memberikan kemudahan pada setiap pelanggan.



60 Jenis Hidangan Dengan 10 Stall Untuk Buffet Ramadan


Seperti tahun sebelum kedatangan Covid-19, buffet ramadan yang disediakan di dewan perkahwinan Lugar De La Boda @ Puchong ini menyediakan 60 jenis hidangan dengan 10 stall yang dilengkapi dari pembuka selera hingga pencuci mulut.




Antara menu hidangan yang disediakan di Lugar De La Boda @ Puchong pada tahun ini ialah ;

  • Ayam Masak Merah
  • Ayam Goreng Berempah
  • Daging Gulai Kawah
  • Daging Masak Hitam
  • Ikan Goreng Cili Padi
  • Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas
  • Kupang Goreng Pedas
  • Lala Halia
  • Sambal Sotong
  • Sambal Kerang
  • Sayur Goreng Campur
  • Sayur Masak Lemak Pucuk + suhun + Ubi Kentang

Turut dihidangkan ialah Nasi Beriani yang dihidangkan bersama ;

  • Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs)
  • Daging Masak Beriani
  • Daging Masak Hitam
  • Dalca Sayur
  • Pajeri Nenas
  • Acar Buah




Memang meriahkan menunya? Tapi bukan hanya itu. Terdapat 10 stall yang anda wajib cuba kesemua makanannya kerana mengikut pengalaman aku, makanan di sini kesemuanya sedap belaka tambahan setiap stall diberi nama tersendiri seperti ;

  • Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce
  • Roti John Adik Manis
  • Char Kuew Tiaw Abang Tanjung
  • Dim Sum Cheng Ho
  • Noodle Station
  • Air Balang Pasar Malam
  • ABC Mountain
  • Ais Krim Corner



Hidangan di stall termasuk  Kambing Grill Sos Lemon, Char Kuey Tiaw, Tepanyaki, Roti John, ABC, Dim Sum dan banyak lagi. Tidak cukup dengan hidangan yang disebut di atas, terdapat juga aneka pencuci mulut yang dihidangkan kepada para tetamu seperti ;

  • Kuih Muih Melayu
  • Pelbagai Perisa Jelly
  • Seri Muka
  • Pelbagai Perisa Dadih
  • Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly
  • Kek
  • Koktail
  • Buah-buahan tempatan
  • Bubur Jagung + Sagu
  • Pengat Pisang
  • Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam

Jom Berbuka Puasa di Lugar De La Boda @ Puchong Pada Harga Tawaran Kurang RM100


Buffet Ramadan 2021 di Lugar De La Boda @ Puchong akan bermula sepanjang bulan ramadan iaitu dari 16 April 2021 sehingga 9 Mei 2021 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Manakala harga yang telah ditetapkan adalah seperti berikut ;

  • Dewasa (seorang) - RM79
  • Kanak-kanak (6-12 tahun) - RM59
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM59


Tempah Awal Untuk Dapatkan Tawaran Istimewa


Lugar De La Boda @ Puchong turut membuka tawaran istimewa buat mereka yang ingin menepah secara beramai-ramai iaitu harag untuk 1 meja (8 orang) dpada harga hanya RM632. Tidak cukup dengan itu terdapat juga tawaran Early Bird  sebelum 12 April 2021 iaitu ;

  • Dewasa (seorang) - RM59
  • Kanak-kanak (6-12 tahun) - RM30
  • Warga Emas (60 Tahun ke atas) - RM30
  • 1 Meja (8 orang) - RM450


Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadan Selangor di Lugar De La Boda, sila klik link ini https://www.hananagroup.com/lugar-de-la-boda/

Alamat Lugar De La Boda (WAZE)
Lugar De La Boda
Persiaran Tarsik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor 

Artikel berkaitan

1 comments