Kisah Mohd Fauzi Yang Menukar Jantina
Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan Adalah Haram
Hukum lelaki menyerupai wanita “mak nyah” adalah haram seperti yang telah dibahaskan secara panjang
lebar pada ruangan artikel Bayan Linnas siri 5 Isu Transgender, Tasyabbuh Atau
Penyerupaan: Hukumnya di pautan
http://bit.ly/2EzjRAJ. Sementara, Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Kali Ke-68 yang bersidang pada 14 April 2005 telah berbincang
Hukum Menukar Status Jantina dalam
MyKad. Majlis Fatwa memutuskan bahawa;
Menukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik yang
menjalani pembedahan jantina yang diharuskan oleh syarak adalah harus. (
merujuk golongan khunsa)
Sebaliknya menukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik
yang menjalani pembedahan jantina yang tidak dibenarkan oleh syarak adalah
haram. (merujuk golongan mak nyah atau pengkid)
Penukaran status jantina
bagi golongan “ mak nyah” di MyKad semestinya melibatkan proses
penukaran nama dan digit terakhir nombor kad pengenalan kepada nombor
genap bagi mencerminkan identiti seorang
perempuan. Tujuan golongan mak nyah
membuat permohonan pertukaran status jantina
kerana ingin mendapatkan bukti pengiktirafan status jantina mereka. Haram
penukaran status jantina di MyKad kerana membawa implikasi dalam aspek hukum
seperti ibadat, aurat, pernikahan, perwalian, pembahagian pusaka, pengurusan
jenazah dan sebagainya.
Imam Ibnul Qayyim berpendapat galakan menukar nama kepada
nama yang lain hanya atas alasan maslahah
(kebaikan). Hal ini disebabkan namanya itulah yang mendorong seseorang
melakukan perbuatan yang sesuai dengan namanya serta meninggalkan apa yang
bercanggahan dengannya (Lihat Tuhfatul Maudud, 129). Namun, pertukaran nama
lelaki kepada nama wanita tidak ada sebarang maslahah bahkan mengundang
implikasi negatif terhadap aspek hukum.
Oleh itu, umat Islam dianjurkan untuk
memberi nama-nama yang baik bersesuaian dengan jantinanya bahkan panggilan
nama sebagai doa.
Larangan mengaibkan
diri sendiri dan memanggil dengan
gelaran yang buruk
Perbuatan “tasyabbuh” bukan setakat melakukan pembedahan
pertukaran jantina bahkan penyerupaan jantina melalui lenggok
gayanya yang dibuat-buat. Hal ini berdasarkan pendapat ulama
kontemporari Yusof
al-Qaradhawi yang menyatakan perbuatan menyerupai jantina termasuklah meniru percakapan, gerak geri, lenggok jalan,
pakaian atau melakukan aksi perwatakan lawan jantina (Lihat al-Halal
wa al-Haram fi al-Islam 87 ). Sementara,
gelaran nama wanita bagi golongan mak
nyah (mukhannath) merupakan gelaran dusta (bohong) sedangkan pada hakikkatnya
(mukhannath) tersebut adalah seorang lelaki.
وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ
Maksudnya : … dan jauhilah kalian ucapan yang dusta.
Surah Al-Hajj (30)
Imam al-Nawawi menjelaskan
bahawa berbohong merupakan perbuatan dosa yang buruk serta suatu keaiban
yang keji.( Rujuk al-Azkar Al-Nawawiyyah, Al Nawawi (377).
Ini bermakna golongan mak nyah telah mengaibkan dirinya
sendiri kerana memberi gelaran dusta dengan nama samaran wanita. Allah ﷻ melarang mencela diri sendiri serta memanggil dengan gelaran yang tidak baik
mahupun ejekan sebagaimana FirmanNya :
وَلا تَلمِزوا أَنفُسَكُم وَلا تَنابَزوا بِالأَلقاب
Maksudnya: “……dan janganlah setengah kamu menyatakan celaan
(keaiban) setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil
antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk ..”
(Surah al-Hujurat: 11)
Celaan pada ayat tersebut
turut membawa maksud keaiban.
Imam al-Thabari Rahimahullah menyatakan
celaan (keaiban) boleh berlaku melalui tangan, mata, lisan dan isyarat.
Sementara maksud “أَنفُسَكُم” merupakan peringatan bagi orang berakal supaya tidak akan
mengaibkan dirinya sendiri. Hal tersebut kerana orang membuka aib dirinya
akan menyebabkan orang lain akan
mengaibkan antara sama satu lain. Begitu juga
mengaibkan orang lain seperti mengaibkan diri sendiri. Selain itu, umat Islam dilarang memanggil
gelaran buruk mahupun mengejek yang boleh
menyakiti hati orang lain (Rujuk
al-Jaami’ li-Ahkam al-Quran, al-Qurtubi ( 8/214) ( Lihat al-Jaami’ al-Bayan ‘An
Ta’wil Aayi al-Quran, al-Thabari (21/326)
Perbuatan “tasyabbuh”
jantina dipandang aib oleh masyarakat, bahkan golongan mak nyah secara
terang-terangan telah berdusta
memberi nama gelaran wanita yang
jelas bertentangan dengan fitrah asal
kelelakiannya. Perbuatan dosa secara zahir adalah dicegah oleh agama. Ini
berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda:
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ
مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ
بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ
سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ
الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ
بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ
سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ
Maksudnya: Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan
golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu
adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian
dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia
menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku
telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam
keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang
Allah tutupkan dari dirinya.
Riwayat al-Bukhari (6069)
Hadis tersebut merujuk kepada umat manusia yang sengaja menzahirkan maksiat di khalayak
ramai mahupun menceritakan dosa yang telah
dilakukan kepada orang lain. Mereka yang menunjukkan maksiat turut
dikatakan melakukan dosa ke atas orang
lain kerana menjadi faktor umpatan manusia. Begitu juga, Allah tidak
akan menjaga keaiban mereka atas faktor mereka sendiri yang menunjukkannya.
Dakwah dengan hikmah
Perbuatan menyerupai
jantina “tasyabbuh” serta pertukaran nama tersebut telah jelas
diharamkan, maka umat Islam
hendaklah menegah perbuatan “tasyabbuh” dengan kuasa yang ada,
seterusnya menegur dengan lisan,
sekiranya tidak mampu, maka membenci
dengan hatinya, kerana itu adalah
selemah-lemah iman sebagaimana dalam
hadis berikut:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا
فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْيَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ
فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ
وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ
Maksudnya: Barangsiapa antara kalian yang melihat
kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, kuasa; jika tidak
mampu hendaklah dengan lisan; dan jika tidak mampu hendaklah membenci dalam
hati, dan itu adalah selemah-lemah iman.
Sahih Muslim (49)
Antara salah satu usaha
dakwah dengan lisan adalah memanggil
golongan mak nyah dengan nama
lelaki seperti nama asalnya.
Cara dakwah tersebut boleh menyedarkan mereka tentang hakikat
jantina mereka yang sebenar. Kebarangkalian dengan asbab memanggil nama lelaki secara berterusan,
terdetik diruang hatinya untuk berubah menjadi lelaki sejati. Malahan panggilan
nama lelaki adalah salah satu cara tidak mengiktiraf terhadap penyerupaan mak nyah
dengan tidak rela untuk memanggil nama gelaran wanita.
Selain itu,
masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan untuk membentuk semula keperibadian mak
nyah ke arah sifat kelakian. Masyarakat
perlu mendekati golongan mak nyah agar mereka
kembali kepada fitrah kelakiannya dengan memberi teguran secara hikmah.
Tindakan memberi sindiran mahupun memulaukan golongan mak nyah
boleh menyebabkan mereka berbolak balik hatinya untuk berhijrah
ke jalan yang benar. Firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُوا
عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا
عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan
dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Surah al-Ma’idah (2)
4 Comments
Maam mana dia boleh kahwin? Depan mufti pula tu? Macam mana mufti benarkan dia kahwin? Menarik ni
ReplyDeleteKan? Wallahualam..mungkin pada zaman tu blm ada pernah terjadi maka tak tau la camne boleh terlepas huhu
DeleteMacamana ayah dia boleh jadi wali pulak pdhal anak dia lelaki. Pening2.. Tapi nak tahu apa jadi pd Pn Kartina a.k.a En Fauzi tu sekarang.
ReplyDeleteAllahu, ternyata tanda-tanda akhir zaman tu sedikit sebanyak dah mula nampak walaupun kita tidak cakna tentangnya
ReplyDelete