Makan Pakai Tangan Jer!!
Bila mencari tempat makan, aku biasanya sukakan sebuah restoran atau kedai makan yang tidak terlalu formal. Agak janggal sedikit jika makan dalam keadaan terlalu formal dan terlalu tertib, aku lebih selesa memilih restoran yang kita boleh makan selesa seperti di rumah.
Oleh kerana dah lama tak makan diluar sejak pandemik melanda, baru-baru ni aku ambil keputusan nak merasa makan diluar. Maklum la..dah agak lama terkurung tanpa aktiviti diluar. Sedang asyik aku membuat carian di google tentang tempat makan yang menarik, aku terbaca bait-bait ini ;
"Ombak Kitchen is The Best Seafood Restaurant in Bangsar. We invariably present you with The Best Halal Seafood in Bangsar and genuinely serve up affordable seafood, fresh from the shores. Ombak Kitchen is a fun-filled family restaurant with the famous seafood boil concept originating from the state of Louisiana, USA to maintain the freshness and juiciness."
Makan Pakai Tangan Jer di Ombak Kitchen
Restoran yang aku maksudkan ialah Ombak Kitchen. Aku pasti ramai yang familiar dengan Ombak Kitchenkan? Alasan aku memilih Ombak Kitchen ialah kerana aku suka makan seafood dan keduanya aku sukakan konsepnya yang menggalakkan pelanggan makan menggunakan tangan jer bersesuaian dengan hashtag mereka iaitu #makanpakaitanganjer.
- Ombak Hot Cajun : Untuk penggemar rempah yang berani!
- Dark Chili Chocolate : Sos ciptaan Ombak Kitchen dengan resipi yang tersimpan rapi ; pedas manis, kena dengan jiwa Malaysia!
- Zesty Lemon Butter with Cheese : Waduh! Lemak berkrim disukai ramai..penuh rasa yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sesuai untuk semua peringkat umur.
- Creamy Tom Yum Sauce : Tak payah cross border nak ke Thailand! Dengan rasa santan yang memikat selera serta cili dan rempah yang menusuk ke jantung!
- Buttermilk Sauce : Yang ni memang Ombak Kitchen punya all-time favourite la kan! Memang sedap sangat!
1 comments
Makan shellout memang kena pakai tangan
ReplyDelete