Kawal Kencing Manis

Tahukah anda mengikut statistik angka kematian akibat  Covid-19 di Malaysia menunjukkan bahawa sebanyak 83% dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan dan graf menunjukkan bahawa masalah kesihatan yang paling tinggi adalah penyakit kencing manis.

Dan kerana itu pentingnya untuk kita mengetahui tentang ilmu atau cara bagaimana untuk kawal kencing manis.



Apakah Penyakit Kencing Manis?

Kencing Manis atau lebih dikenali sebagai Diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel dan dengan itu menurunkan paras gula dalam darah. 

Terdapat 3 jenis diabetes yang perlu anda ketahui iaitu ;

Diabetes Jenis 1

1.       Badan (pankreas) tidak dapat menghasilkan insulin sendiri, dan anda memerlukan suntikkan insulin sepanjang hayat anda. Anda juga perlu pastikan anda makan dengan sihat, sering membuat aktiviti fizikal dan uji gula darah dengan rutin.5

2.       Biasanya bermula sebelum umur 40 tahun, lebih kerap semasa remaja.

3.       Tidak boleh dicegah

 

Diabetes Jenis 2

1.       Sel-sel badan tidak bertindakbalas kepada insulin dengan berkesan dan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengatasi kerintangan insulin

2.       Jenis diabetes ini lebih biasa dijumpai berbanding dengan diabetes jenis  1.Di seluruh dunia, 90% pesakit diabetes menghidap diabetes jenis 2.

3.       Faktor-faktor risiko utama ialah berat badan berlebihan/ obes dan tidak membuat aktiviti fisikal.

4.       Pradiabetes (paras gula darah yang lebih tinggi daripada julat biasa, tetapi tidak cukup tinggi untuk diberi diagnosis diabetes) meningkatkan risiko mendapat diabetes.  Jika anda ada pradiabetes, perubahan gaya hidup boleh membawa paras gula darah anda balik ke normal.

5.       Akhirnya, sesetengah orang mungkin memerlukan ubat walaupun mereka telah membuat perubahan gaya hidup.

 

Diabetes Gestasi

1.       Paras gula darah meningkat semasa kehamilan.

2.       Biasanya berlaku dalam trimester kedua (minggu 14 ke 26 kandungan).

3.       Meningkatkan risiko mendapat kerumitan semasa kehamilan dan bersalin, dan mendapat diabetes jenis 2 pada masa depan.

 





Kawal Kencing Manis

Pada tahun 2014 dianggarkan 9% orang dewasa menghidap diabetes di dunia manakala bilangan pada tahun 2012 menunjukkan bahawa diabetes meyebabkan 1.5 juta kematian di dunia. Dan di Malaysia sahaja, pada tahun 2015 kajian menunjukkan bahawa 17.5% orang dewasa menghidapnya.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

Berikutan itu sebuah platform sehenti yang diterajui oleh ahli professional kesihatan telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara percuma kepada mereka yang menghadapi penyakit kencing manis atau diabetes. Sudah pasti ianya berkaitan dengan cara bagaimana untuk kita kawal kencing manis.





Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula 1 Februari sehingga 14 Februari 2021. Peluang ini dibuka kepada 150 orang yang bukan sahaja penghidap penyakit kencing manis malah bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka yang menghadapi masalah yang sama.

Program ini dilaksanakan kerana mengambil berat terhadap golongan yang berisiko ini yang  selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka sehinggalah mereka disahkan menghidap kencing manis. Buat pengetahuan, penyakit ini boleh menyebabkan banyak komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi.


Buat pengetahuan organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com.

Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020). 

Statistik pada 11 Oktober 2020


Sehubungan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah, akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah, latihan pengawalan stress, kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam serta kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.




Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar. 

Bagi anda yang menghidapi penyakit kencing manis, inilah peluang untuk anda mempelajari, mendapat khidmat nasihat malah mengetahui bagaiman untuk anda kawal kencing manis anda agar tidak melarat.

Dapatkan langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal kencing manis di ;



Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1-14 Mac 2021. Daftar segera di www.kawalkencingmanis.com



Post a Comment

3 Comments

  1. Best nya kan ade platform macam ni. Tak sabar nak ketahui tentang kesihatan diri.

    ReplyDelete
  2. Harapnya program nih dapat membantu ramai orang dekat luar sana untuk mengawal kencing manis. 👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Program menarik untuk disertai ni. Alang-alang duduk rumah. Nak juga tambah ilmu kan

    ReplyDelete