Nasi Dagang Atas Tol memang agak viral kebelakangan ni. Aku pernah makan Nasi Dagang Atas Tol ni di cawangan pertamanya pada tahun 2018. Memang sedap! Tapi baru-baru ni aku dapat tahu dah ada jual set lengkap Nasi Dagang Atas Tol di Shopee, jadi tanpa berlengah terus aku order.

Paling menarik  melalui pembelian 1 set lengkap Nasi Dagang Atas Tol ni, penjual turut menyediakan resipi lengkap macam mana cara nak masak Nasi Dagang Atas Tol. Jom aku kongsikan resipi lengkap Nasi Dagang Atas Tol.


1. Cara Nak Masak Nasi Dagang

Oh ye..sebelum aku lanjutkan dengan resipi, aku cuma nak kongsikan yang sangat berbaloi jika anda membeli set ini sebab beras yang dibekalkan adalah beras basmathi. Aku dah cuba masak dan makan..memang sangat sedap tambahan pula beras basmathi buatkan rasa nasi dagang langsung tak muak. Dan yang aku kongsikan ini adalah resipi asli yang aku terima dari pihak penjual.

Nasi Dagang


Bahan-bahan :

1 pek beras nasi dagang (disediakan)

3 cawan santan cair

1 cawan santan pekat

3 ulas bawang merah (dihiris nipis)

1-2 inci halia (dihiris halus)

1 pek halba (disediakan)

2 sudu kecil garam halus

1 sudu kecil gula


Cara-cara memasak

  • Cuci dan rendam beras selama 1-2 jam (masukkan 1 sudu kecil garam halus)
  • Panaskan periuk pengukus, bila air rebusan dah mendidih masukkan beras (alaskan atau lapik dengan kain pengukus)
  • Kukus selama 20 minit atau nasi separuh masak.
  • Kemudian masukkan nasi ke dalam bekas dan masukkan santan cair yang telah dipanaskan tapi jangan mendidih (supaya nasi dagang tahan lama serta lambat basi)
  • Biarkan nasi selama 5 minit atau lebih supaya santan meresap.
  • Kemudian kukus lagi selama 20 minit.
  • Angkat dan masukkan nasi ke dalam bekas dan taburkan garam, gula, halba dan hirisan bawang serta halia.
  • Masukkan santan pekat yang telah dipanaskan sekejap.
  • gaul nasi dan kukus lagi selama 10 minit,
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
beras hendaklah direndam 1-2 jam terlebih dahulu


2. Cara Nak Masak Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan :

1 ekor ikan tongkol
1/2 liter santan
1 pek rempah nasi dagang (disediakan)
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci lengkuas dikisar
3 sudu besar cili kisar, sekira nak pedas lebihkan.
1 asam keping
1 batang kayu manis
1 inci belacan
5-10 biji cili api untuk ditabur ke dalam gulai
1 sudu besar keriik (disediakan)
Garam halus dan nisan/gula melaka secukup rasa

Cara-cara memasak

  • Rebus ikan tongkol bersama 3 keping asam keping, 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil gula.
  • Tumiskan cili kisar biar naik minyak kemudian masukkan kulit kayu manis bersama bahan kisar, belacan dan rempah. masakkan selama 10 minit kemudian masukkan santan.
  • Biarkan selama 20 minit masukkan air rebusan ikan dan ikan tongkol.
  • Masukkan kerisik dan nisan/gula melaka
  • Masak sehingga kuah pekat dan terbit minyak dan taburkan cili api.
  • Biarkan seketika dan sedia untuk dihidang.


3. Cara Buat Acar/Jelatah Nasi Dagang


Bahan-bahan :

2 biji timun (dipotong panjang)
1 batang lobak merah (dipotong panjang)
1 biji cili merah
2 ulas bawang merah
2 sudu besar cuka
Gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya 

Gaulkan semua bahan-bahan di atas bersama cuka, garam dan gula

Inilah hasilnya Nasi Dagang Atas Tol yang aku masak


Aku beli set lengkap Nasi Dagang Atas Tol ni melalui Shopee je. Sekiranya anda berminat ingin mencuba boleh la klik link ini https://t.productlink.io/a52iqg