PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya : Ketahui Syarat PKPB

Umum mengetahui peningkatan kes penularan wabak Covid-19 sangat membimbangkan. Berikutan itu, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan Pertahanan baru sahaja mengumumkan bahawa Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.


kredit foto : TV3

Semalam sahaja kes meningkat kepada 561 kes dimana angka tersebut adalah angka tertinggi setakat ini di negara kita.




Apakah Syarat PKPB?

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dilarang sepanjang PKPB :

Syarat PKPB

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

 

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

 

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institute latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz , taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

 

Masjid dan rumah ibadat bukan islam lain adalah ditutup.

 

Semua aktiviti sukan, rekreasi, social dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.

 

Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Berikut adalah sedutan ucapan dari YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

" Akhir sekali, saya ingin terus ingatkan kepada semua rakyat di negara ini bahawa kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Semua SOP asas PKPP masih lagi berkuat kuasa. Walaupun hampir keseluruhan sektor telah dibuka, namun masih terdapat ktiviti yang masih dalam senarai yang tidak dibenarkan. Setiap hari masih ada tangkapan-tangkapan dibuat terhadap individu-individu yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Saya ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP asas seperti pemakaian pelitup muka di tempat awam, penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan lain-lain. Sentiasa amalkan norma baharu dan kawalan kendiri setiap masa untuk kekal selamat. "

Post a Comment

15 Comments

  1. Rawlins pun tak tau nak cakap apa dah dengan kedegilan sesetengah pihak nie. Kesannya pada satu negara, bukan hanya pada diorang kan. Tapi harapnya semua Malaysians akan bersatu padu dalam memerangi gelombang ketiga nie.

    ReplyDelete
  2. Nak tak nak kita kena sama-sama berusaha mencegah penularan covid-19 kerana kita kini frontliners

    ReplyDelete
  3. hopefully sngt, lepas pada tarikh PKPB ni, selangor, wp dan KL akan okay and pulih. kesian org yg tak berkempuan ni...

    ReplyDelete
  4. #kitajagakita moga pendemik covid 19 cepat-cepat lenyap dari mukabumi kembalikan ketenangan rohani..

    ReplyDelete
  5. Moga kita makin dapat mengurangkan kes setiap hari tengok banyak jer dan meningkat cepat sangat hurmmm.. Sekarang masa untuk masak kat rumah nanti awak share resipi lagi ok hehehehehhe

    ReplyDelete
  6. Hampir setahun dah kita cuba hidup dalam norma baharu, dan hampir aje kita nak menang, tapi kerana satu kesilapan, maka berulanglah lagi seperti asalnya... entahlah, kita doa aje laa moga BUMI kita ni masih lagi nak 'bernafas' ...

    ReplyDelete
  7. Kita hampir kawal penyakit ni tapi org lain yang buat hal.. Terpksa la akur duduk rumah lagi.. Semoga kita mampu lakukan.. Kita jaga kita.. Sobsob

    ReplyDelete
  8. Baru nak pulih sikit dari previous PKP kena balik PKPB pulak kat tempat kita... tapi luckily PKPB kali ni tak seteruk PKP yang awal.. at least peniaga still can meniaga as usual.. cuma kita semua kena play important role to stop the spread, keluar rumah bila perlu sahaja kan... We can do it..

    ReplyDelete
  9. Bagus Kak Min ketengahkan penjelasan macam ni sebab memang saya sendiri pun agak samar-samar juga sejauh mana syarat PKPB ni. Apapun harapnya makin turunlah angka kes. Risau sangat bila dah sampai lebih 500 kebelakangan ni. Banyak kerja jadi tergendala! T.T

    ReplyDelete
  10. Semoga kita terus bersabar dan mendoakan senua selamat agar pandemik COVID-19 dpt diputuskan..

    ReplyDelete
  11. Skrg ni takut nak keluar. Kes menjadi2. Duk umah je lah yg selamat kak. Lagi2 ada anak2 kecik ni. Harap dgn pkbb kes makin menurun.

    ReplyDelete
  12. Moga semuanya baik2 saja. Kita doakan agar cepat dapat putuskan rantaian ini

    ReplyDelete
  13. Sedih, 2 minggu ni tak dapat balik jumpa mak. Tapi takpe la, ni je cara untuk putuskan rantaian Covid.

    ReplyDelete
  14. PKP ni memang buat semua org risau dan bimbang, kita nak bergerak sana sini pun dah tak bebas tapi lega sikitlah tidak seperti sebelumnya langsung tak boleh kelyar, semoga covid 19 cepat berlalu

    ReplyDelete
  15. PKPB wlaupun x seperti PKP tapi masih terasa sukarnya perjalanan harian. Macam tersekat.

    Moga Malaysia kembali pulih dr Covid19

    ReplyDelete