Umum mengetahui peningkatan kes penularan wabak Covid-19 sangat membimbangkan. Berikutan itu, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan Pertahanan baru sahaja mengumumkan bahawa Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.


kredit foto : TV3

Semalam sahaja kes meningkat kepada 561 kes dimana angka tersebut adalah angka tertinggi setakat ini di negara kita.




Apakah Syarat PKPB?

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dilarang sepanjang PKPB :

Syarat PKPB

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

 

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

 

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institute latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz , taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

 

Masjid dan rumah ibadat bukan islam lain adalah ditutup.

 

Semua aktiviti sukan, rekreasi, social dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.

 

Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Berikut adalah sedutan ucapan dari YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

" Akhir sekali, saya ingin terus ingatkan kepada semua rakyat di negara ini bahawa kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Semua SOP asas PKPP masih lagi berkuat kuasa. Walaupun hampir keseluruhan sektor telah dibuka, namun masih terdapat ktiviti yang masih dalam senarai yang tidak dibenarkan. Setiap hari masih ada tangkapan-tangkapan dibuat terhadap individu-individu yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Saya ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP asas seperti pemakaian pelitup muka di tempat awam, penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan lain-lain. Sentiasa amalkan norma baharu dan kawalan kendiri setiap masa untuk kekal selamat. "