Permohonan Baru BPN 2.0 Secara Online Bermula 15 Oktober 2020

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik Covid-19. Bagi penerima sebelum ini (sedia ada) yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my manakala bagi mereka yang gagal boleh la membuat permohonan baharu bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini. Permohonan disarankan oleh pihak LHDN sendiri untuk dilakukan secara atas talian bagi memudahkan kerja selain memutuskan rantaian Covid-19.

Berikut adalah syarat kelayakan bagi permohonan BPN 2.0 


Kategori BPN 2.0 B40

 

a)      Isi Rumah

·         Kahwin ; atau

·         Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak ; dan

·         Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

 

b)      Bujang

·         Bujang atau Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak ; dan

·         Had umur adalah 21 tahnu dank e atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dank e atas) ; dan

·         Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

 

Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia


Kategori BPN 2.0 M40

 

a)      Isi Rumah

·         Kahwin ; atau

·         Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak ; dan

·         Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

 

b)      Bujang

·         Bujang atau Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak ; dan

·         Had umur adalah 21 tahnu dank e atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dank e atas) ; dan

·         Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000

 

Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima bagi mereka yang berkelayakan? Anda boleh rujuk jadual di bawah :


Pembayaran BPN 2.0 akan dibuat pada :

  • Fasa Pertama - Penghujung Oktober 2020
  • Fasa Kedua - Januari 2021
Dan bagi kaedah pembayaran, boleh rujuk gambar di bawah :


Dan bagi mereka yang berstatus muflis, berikut adalah jawapan yang telah disediakan oleh pihak BPN ;

20. Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun yang saya daftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran BPN 2.0?

Pemohon yang berstatus muflis perlu menandakan sebagai individu muflis di dalam borang permohonan. Pemohon tidak diwajibkan mengisi maklumat akaun bank semasa permohonan. Kaedah penunaian adalah berdasarkan prosedur sedia ada iaitu penunaian di Cawangan BSN.

Bagi pemohon yang telah dibayar ke akaun yang dibekukan oleh Jabatan Insolvensi, pemohon perlu merujuk kepada Jabatan Insolvensi bagi kelulusan pengeluaran BPN.


Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/

Anda turut digalakkan untuk memuat turun  Soalan Lazim (FAQ) yang telah disediakan bagi memudahkan anda untuk memahami proses permohonan secara lebih details Download FAQ BPN 2.0

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan terus kepada pihak LHDNM melalui :

a) Hasil Care Line di talian 03-89111000/03-89111100 (Luar Negara) ;


b) HASiL Live Chat 

Post a Comment

2 Comments

  1. Status bujang berumur lebih 21 tahun, tapi masih status pelajar... Boleh dapat ke BPN ni?

    ReplyDelete