Proses Membuat Kulit Lembu Menjadi Belulang

by - Tuesday, August 04, 2020

Kulit lembu atau belulang aku sifatkan sebagai makanan eksotik yang sedap. Rupanya yang kenyal seakan jeli namun rasanya seakan perut lembu menjadikan belulang antara masakan eksotik yang enak dan mendapat permintaan yang tinggi.

Bunyinya mungkin kedengaran agak janggal, namun bagi masyarakat Jawa khususnya..kulit lembu atau belulang atau juga dikenali sebangai jangek sudah menjadi makanan tradisi mereka. Bagi aku sendiri, walaupun bukanlah berketurunan jawa namun aku mula mengenali belulang sejak kecil memandangkan arwah atok sendiri adalah tauke kerbau. Namun, aku tak pernah tahu bagaimana proses menjadikan kulit lembu ini sebagai belulang sehinggalah aku ke Banghuris Homestay, Sepang dan dibawa untuk melihat sendiri bagaimana proses membuat belulang dijalankan.

Proses Yang Rumit Bagi Menghasilkan Belulang

Tidak semudah menyediakan masakan, proses membuat belulang sangatlah rumit hingga mengambil masa berbulan lamanya. Manakan tidak, proses menjadikan kulit lembu sebagai belulang perlu dimulakan dengan menjemur.

  • Menjemur
Buat pengetahuan, kulit lembu yang telah siap dilapah akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum ianya dijemur selama 3 bulan. 


  • Membakar
Selepas dijemur, kulit-kulit lembu tersebut akan dibakar sehingga betul-betul hitam dan tidak keterlaluan jika aku menggunakan perkataan rentung. Proses ini adalah bertujuan untuk membuang segala bulu-bulu lembu yang masih bersisa di kulit yang telah dijemur selama 3 bulan.



  • Mengikis
Langkah seterusnya adalah mengikis semua bahagian yang rentung dibakar.


  • Merebus
Setelah itu, kesemua kulit lembu yang telah dikikis akan direbus hingga berjam-jam lamanya untuk melembutkan dan menjadikan belulang enak dijadikan bahan masakan. Antara masakan yang menjadi kegemaran aku adalah Gulai Lemak Cili Api Belulang bersama Rebung Madu.

Inilah hasilnya kulit lembu yang telah diproses dan kulit lembu yang telah diproses ini dipanggil belulang

Belulang yang telah dipekkan untuk dijual
Bagi masyarakat Jawa, belulang ini kebiasaannya dibuat masak lemak, masak kari atau pun dijadikan bahan untuk Sambal Tahun iaitu sejenis sambal enak khas masyarakat Jawa. Tapi, bagi aku secara peribadinya aku tetap menggemari masak lemak cili api pedas-pedas bersama rebung. 

Menyentuh tentang rebung, ketika di Banghuris Homestay tempohari aku sempat melihat dan mempelajari bagaimana cara yang betul mengupas rebung dan cara memasak rebung bersama ikan masin.


Sesuatu yang menarik yang aku pelajari adalah menurut petua orang-orang lama, rebung hendaklah dikupas dari pangkal bawah bukan dari bahagian pucuknya bagi mengelakkan rebung menjadi keras untuk dimakan.

Jujur, inilah kali pertama dalam hidup aku melihat sendiri bagaimana rebung diproses. Bukan itu sahaja, kami turut diberikan resipi memasak Masak Lemak Cili Api Rebung Bersama Ikan Masin. 


Kesemua pengalaman ini anda juga bakal mengalami sekiranya anda menginap di Homestay Banghuris, Sepang. 

Pelbagai Pakej di Sediakan

Untuk makluman, terdapat pelbagai pakej yang telah disediakan oleh pihak Banghuris Homestay. Sekiranya berminat anda bolehlah memilih antara pakej-pakej yang telah disediakan dan boleh la menghubungi pihak Banghuris seperti yang tertera di bawah.

3 Days 2 Nights Package (RM260)
First day
1.       Welcome drink, briefing and introduction to host family
2.       Afternoon session – Agro Visit
Coffee plantation tour & traditional coffee processing.
Palm oil plantation tour & oil palm fruit plucking.
Rubber plantation tour & rubber-tapping demonstration.
Orchard tour & seasonal fruits (AGROTEK)

Evening session. Free & easy with host family.

Second day
1.       Visit to Small and Medium Industries
·         Visit to traditional crackers processing factory.
·         Visit to frozen food processing factory.
·         Visit to traditional snack-making factory (cakar ayam)
Visit to the Small and Medium Industries is subject to change according to working hours or public holidays.

2.       Evening session – traditional games
·         Congkak – an indoor game
·         Batu seremban – a traditional game
·         Sepak raga ratus – a traditional sporting activity
3.       Evening session
·         Special activity (cultural)

Third Day
1.       Factory tour
·         Yellow noodles
·         Tofu
·         Tempe
Factory visit is subject to change according to working hours & public holidays.

Special souvenir program. Tree planting at the Homestay Activity Centre

2 Days 1 Night Package (RM160)
First day
1.       Welcome drink, briefing and introduction to host family.
2.       Lunch with host family.
3.       Afternoon session.
4.       AGRO Visit
Coffee plantation tour & traditional coffee processing.
Palm oil plantation tour & oil palm fruit plucking.
Rubber plantation tour & rubber-tapping demonstration.
Orchard tour & seasonal fruits (AGROTEK)

Dinner with host family

Second day
1.       Breakfast with host family.
2.       Visit to Small and Medium Industries
·         Visit to traditional crackers processing factory.
·         Visit to frozen food processing factory.
·         Visit to Homestay Activity Centre and angling
Visit to the Small and Medium Industries is subject to change according to working hours or public holidays.

1 Day Trip Package (RM70)
1.       Welcome drink. Briefing and video presentation.
2.       AGRO Visit
·         Coffee plantation tour & traditional coffee processing.
·         Palm oil plantation tour & oil palm fruit plucking.
·         Rubber plantation tour & rubber-tapping demonstration.
·         Orchard tour & seasonal fruits (AGROTEK)
1.       Visit to Small and Medium Industries
·         Visit to traditional crackers processing factory.
·         Visit to frozen food processing factory.
·         Visit to a traditional house and lunch
Visit to the Small and Medium Industries is subject to change according to working hours or public holidays.


Tel : 013-3003942 / Fax : 03-31421010 (Haji Basir Bin Wagiman)
Tel : 019-3919547 (Puan Misriah Bt Natijo)
Tel : 019-6497655 (En. Azizi Bin Haji Basir)

Seperti biasa, aku turut menyediakan video sekiranya anda semua ingin melihat dengan lebih lanjut aktiviti aku di Banghuris selama 4 hari 3 malam.



Artikel berkaitan

8 comments

  1. kulit lembu masak lemak cili api...lama tak makan...perghh memang sedap tapi kalau silap gaya tak lalu nak makan sebab berbau melainkan yang memasak tu memang pakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kena beli yang dah siap proses la nampak gayanya hehe

      Delete
  2. tak pernah makan pulak kulit lembu.. menarik nih.. kena cuba satu hari.. thanks for sharing this info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalo leh makan perut leh la makan belulang ni sebab rasa lebih kurang sama

      Delete
  3. memang leceh proses menyiapkannya
    Patut pun harganya mahal

    ReplyDelete
  4. Rumit jugak ye prosesnya ye kak Min, info baru untuk kinah.

    ReplyDelete
  5. First time dengar pasal belulang ni. Hihi

    ReplyDelete
  6. tengok process nak sediakan tu hehe agak rumit..
    tapi saya penah makan kot skali dua n mmg macam perut.. sedap je
    kenyal2.. kalo org x cakap tu kulit sy ingt perut..

    ReplyDelete