Banghuris Homestay Tawar pelbagai Pengalaman Kehidupan di Desa

by - Monday, August 03, 2020

Suasana yang permai, kehidupan yang penuh adat resam dan tradisi kini mungkin semakin pupus. Ramai anak muda kini sudah semakin melupai permainan tradisi seperti gasing, konda kondi, sepak raga dan banyak lagi. Malah ada yang tidak pernah kenal pun permainan-permainan tersebut.

Berikutan itu, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dengan pengurusan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan sokongan dari Gaya Travel telah berusaha menghidupkan semula kehidupan desa yang semakin dilupakan.

Banghuris Homestay Tawar pelbagai Pengalaman Kehidupan di Desa

Alhamdulillah aku sendiri merasai pengalaman kehidupan di desa selama 4 hari 3 malam di Banghuris Homestay. Buat pengetahuan, BANGHURIS adalah gabungan nama 3 kampung iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchoh dan Kampung Hulu Teris.


Banghuris Homestay terletak di Sepang. Hanya 35 kilometer dari KLIA, 50 km dari Putrajaya, 97 km dari Kuala Lumpur, 40 km dari Port Dickson dan hanya 15 km dari Sepang Gold Coast. Mempunyai 80 buah rumah penginapan dan 100 buah bilik penginapan, Banghuris telah dinobatkan sebagai 'Best Homestay in Malaysia' pada tahun 2004 dari Tourism Malaysia.



Sepanjang 4 hari 3 malam di sana, sedikit pun aku tidak merasa jemu kerana terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di sini. Berikut adalah aktiviti kami sepanjang berada di Banghuris Homestay :

1. Permainan Gasing

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan gasing .

Hari pertama kami di Banghuris Homestay, kami telah dipersembahkan dengan permainan gasing. Demo dan cara bermain turut diajar kepada kami. Malah kami turut berpeluang untuk memangkah gasing juga.


2. Sumpit

Kami turut ditunjukkan demo dan turut berpeluang untuk mencuba menyumpit. Buat pengetahuan, sumpit sebenarnya adalah salah satu senjata yang digunakan oleh orang dahulu kala. Sumpit turut sangat sinonim dengan masyarakat orang asli. Namun kini sumpit telah dijadikan salah satu acara sukan.

Di sini kami diajar bagaimana menggunakan sumpit dengan betul. Cara memegang dan cara meniup sumpit sangat memberi impak yang besar terhadap sasaran sumpit.


3. Majlis Berendoi

Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.

Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.


Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

Berbeza sedikit dengan majlis berendoi yang kami hadiri di Banghuris Homestay di mana persembahan silat dipersembahkan terlebih dahulu sebelum majlis berendoi dijalankan. 


4. Menikmati Nasi Ambeng

Nasi ambeng  adalah hidangan yang terdiri daripada nasi putih kukus, kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang, urap, bergedel, dan serunding.

Ia adalah masakan Jawa yang popular, terutamanya dalam masyarakat Jawa-Melayu di negeri-negeri di Malaysia iaitu Selangor dan Johor juga di negara lain seperti Singapura serta di Jawa, Indonesia.

Dihidangkan di dalam talam, nasi ambeng biasanya dimakan beramai-ramai, 1 talam adalah hidangan untuk 4-5 orang bergantung pada saiz talam. Buat pertama kalinya dalam hidup, aku makan beramai-ramai di dalam satu talam. 


5. Melawat Rumah Sayur

Kami turut dibawa melawat ke rumah sayur di mana tanaman sayur telah ditanam secara moden. Antara tanaman yang ada di rumah sayur ini ialah kangkung dan sawi.





6. Demonstrasi Rebung

Buluh madu atau nama saintifiknya "Gigantochloa albociliata", merupakan sejenis pokok Buluh. Buluhnya sesuai dijadikan produk kraftangan, perabot, batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Ia juga boleh dijadikan sebagai pokok hiasan, tetapi hasil buluh madu yang paling penting adalah penghasilan rebung madu yang enak.


Permintaan terhadap rebung madu dikalangan masyarakat Melayu juga amat menggalakkan kerana ia adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu. Rebung madu merupakan antara pilihan yang dijadikan masakan dan hidangan kegemaran  yang kebiasaannya dihidangkan pada majlis-majlis kenduri.

Kami telah ditunjukkan kaedah yang betul ketika mengupas rebung agar isinya kekal lembut dan enak dimakan. Malah demonstrasi masakan berasaskan rebung turut ditunjukkan kepada kami.



7. Lebah Kelulut

Kami turut dibawa melawat ke tempat di mana madu kelulut dihasilkan. Lebah kelulut adalah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu seperti lebah madu. Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan khasiatnya lebih tinggi berbanding madu lebah. Rasanya sedikit masam berbanding madu lebah yang biasa.


Bunga Air Mata Pengantin yang menjadi kegemaran Lebah Kelulut

8. Ladang Buah Naga 

Melawat ladang buah naga adalah antara aktiviti yang dapat dijalankan ketika menginap di Banghuris Homestay. Kami bertuah kerana kami telah dibawa ke HL Dragon Fruit Eco Farm. Di sini, kami bukan sahaja diberi peluang untuk melawat persekitaran ladang malah kami turut dijamu dengan makanan berasaskan buah naga yang telah dihidangkan oleh pihak HL Restaurant & Cafe.





9. Kilang Memproses Kerepek

Sebut je kerepek pasti ramai yang menggemari makanan ringan ini. Tapi berapa ramai yang pernah menjejakkan kaki ke kilang memproses kerepek? Jika anda menginap di Banghuris Homestay, anda pasti berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana proses membuat kerepek dijalankan.



10. Perubatan Tradisional

Kampung sememangnya sinonim dengan perubatan secara tradisional. Kami turut berpeluang dibawa ke tempat bagaimana perubatan tradisional dihasilkan. Antara yang sempat kami saksikan adalah proses membuat param iaitu sejenis bedak panas yang digunakan dibadan bagi tujuan kesihatan dan kecantikan kulit.


PARAM sejenis bedak panas yang digunakan dibadan bagi tujuan kesihatan dan kecantikan kulit

11. Membuat Wau

Wau adalah sejenis permainan tradisi yang kini semakin dilupakan. Malah cara pembuatan wau juga kini semakin kurang yang tahu. Untungnya kami menginap di Banghuris Homestay ini kerana kami telah diajar bagaimana cara untuk membuat wau.

Bukan sahaja ditunjukkan cara pembuatan, malah kami turut berpeluang untuk menerbangkan wau juga. Antara yang aku pelajari kali ini ialah sebenarnya terdapat kaedah yang digunakan oleh orang dulu dulu untuk 'memanggil' angin. Hurm..menarikkan?



12. Proses Pembuatan Belulang

Belulang agak popular dikalangan masyarakat Melayu sebagai hidangan dalam masakan. Belulang telah dihasilkan dari kulit lembu dengan pelbagai proses. Agak rumit sebenarnya untuk menghasilkan belulang ini. Beruntungnya kami bila menginap di Banghuris Homestay, kami berpeluang untuk menyaksikan bagaimana proses membuat belulang.

Belulang yang telah siap diproses

Rasa belulang yang kenyal seakan jeli memang enak dimakan sekiranya kena dengan cara masakan. Aku sendiri lebih menggemari belulang masak lemak cili api bersama rebung. Proses pembuatan belulang bermula dari memisahkan kulit, menjemur, membakar, mengikis hingga la pada merebus dan proses ini bukan lah semudah proses memasak malah proses ini aku andaikan sebagai proses paling rumit.

Kulit lembu dijemur terlebih dahulu

Proses membakar kulit lembu bagi menghilangkan bulu-bulunya

Kulit lembu yang telah dibakar

Jadi, janganlah anda merungut dengan harga yang dijual di pasaran kerana proses membuat belulang bukan sahaja rumit malah memakan masa yang agak lama.

Kulit lembu yang telah dikikis selepas proses pembakaran

Belulang yang telah siap diproses dan dipekkan

13. Ladang Kopi

Antara itinerary jika menginap di Banghuris Homestay adalah melawat ke ladang kopi. Di sini pengunjung akan didedahkan dengan proses pembuatan kopi secara tradisional. Oh ya! Aku sendiri baru je tahu yang bunga kopi ini rupanya seakan bunga melur malah baunya juga sama!


Bunga kopi yang seakan melur dan berbau harum

Jadi, itulah antara aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan sekiranya anda menginap di Banghuris Homestay yang terletak di Sepang, Selangor. Anda bukan sahaja berpeluang untuk menginap dalam suasana desa malah anda turut berpeluang untuk merasai sendiri bagaimana kehidupan sebenar di desa.


Pelbagai Pakej di Sediakan

Untuk makluman, terdapat pelbagai pakej yang telah disediakan oleh pihak Banghuris Homestay. Sekiranya berminat anda bolehlah memilih antara pakej-pakej yang telah disediakan dan boleh la menghubungi pihak Banghuris seperti yang tertera di bawah.

3 Days 2 Nights Package (RM260)
First day
1.       Welcome drink, briefing and introduction to host family
2.       Afternoon session – Agro Visit
Coffee plantation tour & traditional coffee processing.
Palm oil plantation tour & oil palm fruit plucking.
Rubber plantation tour & rubber-tapping demonstration.
Orchard tour & seasonal fruits (AGROTEK)

Evening session. Free & easy with host family.

Second day
1.       Visit to Small and Medium Industries
·         Visit to traditional crackers processing factory.
·         Visit to frozen food processing factory.
·         Visit to traditional snack-making factory (cakar ayam)
Visit to the Small and Medium Industries is subject to change according to working hours or public holidays.

2.       Evening session – traditional games
·         Congkak – an indoor game
·         Batu seremban – a traditional game
·         Sepak raga ratus – a traditional sporting activity
3.       Evening session
·         Special activity (cultural)

Third Day
1.       Factory tour
·         Yellow noodles
·         Tofu
·         Tempe
Factory visit is subject to change according to working hours & public holidays.

Special souvenir program. Tree planting at the Homestay Activity Centre

2 Days 1 Night Package (RM160)
First day
1.       Welcome drink, briefing and introduction to host family.
2.       Lunch with host family.
3.       Afternoon session.
4.       AGRO Visit
Coffee plantation tour & traditional coffee processing.
Palm oil plantation tour & oil palm fruit plucking.
Rubber plantation tour & rubber-tapping demonstration.
Orchard tour & seasonal fruits (AGROTEK)

Dinner with host family

Second day
1.       Breakfast with host family.
2.       Visit to Small and Medium Industries
·         Visit to traditional crackers processing factory.
·         Visit to frozen food processing factory.
·         Visit to Homestay Activity Centre and angling
Visit to the Small and Medium Industries is subject to change according to working hours or public holidays.

1 Day Trip Package (RM70)
1.       Welcome drink. Briefing and video presentation.
2.       AGRO Visit
·         Coffee plantation tour & traditional coffee processing.
·         Palm oil plantation tour & oil palm fruit plucking.
·         Rubber plantation tour & rubber-tapping demonstration.
·         Orchard tour & seasonal fruits (AGROTEK)
1.       Visit to Small and Medium Industries
·         Visit to traditional crackers processing factory.
·         Visit to frozen food processing factory.
·         Visit to a traditional house and lunch
Visit to the Small and Medium Industries is subject to change according to working hours or public holidays.


Tel : 013-3003942 / Fax : 03-31421010 (Haji Basir Bin Wagiman)
Tel : 019-3919547 (Puan Misriah Bt Natijo)
Tel : 019-6497655 (En. Azizi Bin Haji Basir)

Seperti biasa, aku turut menyediakan video sekiranya anda semua ingin melihat dengan lebih lanjut aktiviti aku di Banghuris selama 4 hari 3 malam.


Artikel berkaitan

2 comments

  1. Menarik sangat..diluar dari kebiasaan kan...thanks for sharing Min...boleh masuk dalam wishlist akak ni...

    ReplyDelete
  2. memang seronok kan pengalaman dkt banghuris ni. teringat zaman2 balik kampung, masa ada tokwan dgn tok, meriah. tapi sekarang bila mereka dah takda, balik kampung pun jadi suram.. :)

    ReplyDelete