Lepak Langit Tapi Harga Mamak!

Kadang-kadang tekak ni sekali sekala teringin la juga nak makan makanan 'kayangan' macam steak ke lamb chop ke.. tapi faham-faham la bagi kita yang rakyat marhaen ni kadang-kadang fikir 10 kali nak melayan nafsu tekak ni kan?

Baru-baru ni dek kerana teringin nak makan makanan sebegitu, aku search la di google dan aku temui 1 tempat makan ni yang memang eksklusif dengan tempat makannya di roof top, dekorasi yang cantik dan mewah, ada ruangan berhawa dingin, ada ruangan terbuka dan pendek kata memang gempak la! Dan tahu apa? Seriously aku terkejut giler sebab harganya bukan harga kayangan!


Tempat Eksklusif, Makanan 5 Bintang Tapi Harga Kedai Mamak

Bukan hanya sekadar Google, aku dan suami mengambil keputusan untuk mencuba sendiri makanan di sini. Betulkah seperti yang dikhabarkan atau sekadar viral semata-mata? Jadi, malam minggu lepas aku dan suami gigih ke Kota Damansara untuk merasai sendiri makanan 'kayangan' harga mamak di ATSKY


Melangkah masuk ke ATSKY hati dah mula tergoda dengan dekorasi. Melihat pula bilangan pelanggan hati mula berkata 'mungkin benarlah makanan di sini sedap belaka'. Selepas mendapat tempat aku dan suami terus meminta pelayan untuk mengambil tempahan.



Oleh kerana suami teringin nk makan steak, maka kami mencuba Tenderloin Slice Steak. Hajat dihati ingin juga mencuba Pizza Tuna Sensastion tapi tak kesampaian sebab ketika kami sampai Pizza Tuna Sensation dah pun habis. Bukan hanya nak bercerita tentang menu yang kami tempah, tapi kami agak terkejut sebab harga yang ditawarkan di sini sangatlah berpatutan. Seriously aku bayangkan setidak-tidaknya sepinggan Tenderloin Slice Steak ni berharga RM49.90 tapi apa yang yang kami makan ni harganya tak sampai RM30 pun sepinggan..wow! Murahkan?



Padanlah semua pelanggan sebelum ini menggambarkan yang makan di sini ibarat makan di 'kayangan' tapi harga mamak!.

YOUYU Beef Steak Wagyu Harga Marhaen

Apa yang paling menarik di ATSKY ni ialah mereka menghidangkan menu YOUYU Beef Steak iaitu signature menu di sini yang dijual dengan harga 5 kali ganda lebih murah berbanding daging wagyu walaupun rasanya setanding dengan rasa beef steak dari daging Wagyu. Harga bagi 150g YOUYU Beef cumalah RM49 manakala harga bagi 200g hanya RM65 dan 250g hanya RM79.


Menurut Pengarah Urusan ATSKY, En. Ali Ikhwan "Kami memberikan harga yang berpatutan atau kebanyakan rakan-rakan menegur harga yang ditawarkan adalah murah dibandingkan dengan apa yang kami sediakan, namun saya berpendapat ini juga adalah sumbangan yang ingin saya berikan supaya lebih ramai masyarakat yang tidak berpendapatan tinggi dapat merasa hidangan berkualiti dan suasana eksklusif, tidak hanya dapat dinikmati golongan berpendapatan tinggi."

 

Pendek kata, di sini anda dapat menimati bukan hanya makanan yang enak pada harga yang berpatutan malah anda juga dihidangkan dengan 'halwa telinga' kerana kumpulan buskers Cakial & Friends akan beraksi pada setiap malam di ATSKY. Bukan itu sahaja, karaoke percuma turut disediakan buat pengunjung.

Bagi yang berhajat mengunjungi ATSKY boleh ke 

Roof Garden, Tingkat 3A,

Dataran Cascades, Kota Damansara (bersebelahan Giant Kota Damansara) 

Post a Comment

3 Comments

  1. dekat je ngn kita yg duk sg buloh nie.. hurmmm.. best jugak kalau dpt g

    ReplyDelete
  2. Biar harga kayangan jangan kluster kayangan. Hehe. Nampak menarik semua, tempat pun cantik dan harga affordable. Harus datang sini.

    ReplyDelete
  3. Youyu? Mcm wajib try ni... Kalau dah kata setanding dengan wagyu 🤔🤔

    ReplyDelete