Resipi Ayam Kapitan

Jika ke Melaka atau ke Pulau Pinang, tak sah jika tak mencuba Ayam Kapitan yang menjadi resipi turun temurun keturunan Baba dan Nyonya.


Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian. (Rujukan : Wikipedia)

Gambar Ihsan Google

Untuk artikel kali ini, aku ingin berkongsikan resipi Ayam Kapitan hasil dari perkongsian Chef Izwan iaitu Chef di Hotel Seri Malaysia Melaka.


Resipi Ayam Kapitan



Bahan-bahan :

1. Ayam - 1kg
2. Bawang merah - 30gm
3. Bawang putih - 20gm
4. Halia - 20gm
5. Kunyit hidup - 20gm
6. Cili kering - 10gm
7. Lengkuas - 10gm
8. Serai - 10gm
9. Daun limau purut - 3 helai
10. Minyak masak - 50gm
11. Garam - secukup rasa
12. Gula - secukup rasa
13. Air asam jawa - 50lt
14. Bunga kantan



Cara-cara memasak :

1. Panaskan minyak dah masukkan bahan yang dikisar halus (bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas) hingga pecah minyak.
2. Kacau perlahan-lahan rempah yang ditumis supaya tidak hangus dan masukkan sedikit air kalau terlalu kering. Masukkan bunga kantan yang dihiris/dipotong
3. Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati (tutup dengan tudung periuk biarkan ayam masak seketika)
4. Masukkan santan dan pati asam jawa, renehkan sehingga kuah pekat & ayam empuk.
5. Perasakan dengan garam & gula



Seperti biasa, aku turut menyediakan video bagi memudahkan kalian untuk mencuba resipi tradisi Baba dan Nyonya ini.



Sedikit Tentang Hotel Seri Malaysia Melaka


Hotel Seri Malaysia Melaka baru memulakan operasi selepas PKPP diumumkan. Bagi anda yang ingin datang ke Melaka, aku cadangkan untuk anda semua menginap di  Hotel Seri Malaysia Melaka kerana di sini mereka bukan sahaja mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan malah bilik di Hotel Seri Malaysia Melaka ini  sangat selesa dan sesuai untuk mereka yang berkeluarga.




No of rooms : 100
Room Catagories : Standard twin, Standard Queen, Deluxe, Family, Suite
Restaurant : Jonker Cafe
Other facilities & services :
✅ Wi-fi
✅ Surau
✅ Swimming Pool
✅ 24 Hours Reception
✅ 24 Hours CCTV
✅ Laundry & Dry Cleaning Services
✅ Safe Deposit Box
✅ Saturday Hi-Tea + Live Band
✅ Parking Space
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hotel Seri Malaysia Melaka, Insyallah aku akan buat 1 entri khas dimasa yang lain. Sementara itu, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah menghubungi Hotel Seri Malaysia di :-

Alamat : Hotel Seri Malaysia Melaka, Lot PT 12332, Lebuh Ayer Keroh, 75760 Ayer Keroh, Melaka.
Tel : 06-2328460 / 016-7768460

Trip ini adalah tajaan sepenuhnya oleh Gaya Travel dengan usahasama Hotel Seri Malaysia

Post a Comment

0 Comments