Resepi Asli Asam Pedas Melaka

Sebut sahaja Melaka sudah pasti semua terbayangkan Asam Pedas. Rata-rata pelancong yang datang ke Melaka pasti akan mencari Asam Pedas. 

Namun, tahukah anda bahawa ada beberapa daerah di Melaka mempunyai 'secret recipe' untuk resipi Asam Pedas? Perkara ini telah dirungkaikan oleh Chef Izwan iaitu Chef di Hotel Seri Malaysia Melaka. Menurut Chef Izwan, ada beberapa daerah di Melaka yang telah menggunakan rempah kari sebagai ramuan rahsia bagi penyedap rasa dan mengurangkan rasa pedas Asam Pedas itu sendiri.

Untuk artikel kali ini, anda sangat bertuah kerana aku ingin berkongsi resipi rahsia Asam Pedas Melaka yang asli yang telah dikongsikan oleh Chef Izwan dan telah ditaja sepenuhnya oleh Hotel Seri Malaysia Melaka.




Resipi Asam Pedas Melaka (Ikan Tenggiri)


Bahan-bahan :

1. Ikan Tenggiri - 1 kg
2. Bawang merah - 100gm
3. Bawang putih - 100gm
4. Halia - 50gm
5. Serai - 2 batang
6. Kunyit hidup - 30gm
7. Cili boh - 50gm
8. Serbuk kari - 20gm
9. Daun limau purut - 1gm
10. Air asam jawa - 20gm
11. Gula - secukup rasa
12. Garam - secukup rasa
13. Pati ayam - secukup rasa
14. Minyak masak - 20gm




Cara-cara Memasak ;

1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan serai yang telah kisar
2. Tumis bahan hingga naik bai dan masukkan cili boh dan serbuk kari. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan tenggiri biar seketika dan masukkan air dan air asam jawa.
4. Perasakan dengan garam, gula dan pati ayam
5. Masak seketika & tutup api
6. Sedia untuk dihidang


Aku turut menyediakan video sekiranya anda ingin menonton dan menyaksikan sendiri bagaimana penyediaan Asam Pedas Melaka oleh Chef Izwan


Sempat jugak aku mengacau Chef memasak..haha..

Sedikit Tentang Hotel Seri Malaysia Melaka


Hotel Seri Malaysia Melaka baru memulakan operasi selepas PKPP diumumkan. Bagi anda yang ingin datang ke Melaka, aku cadangkan untuk anda semua menginap di  Hotel Seri Malaysia Melaka kerana di sini mereka bukan sahaja mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan malah bilik di Hotel Seri Malaysia Melaka ini  sangat selesa dan sesuai untuk mereka yang berkeluarga.




No of rooms : 100
Room Catagories : Standard twin, Standard Queen, Deluxe, Family, Suite
Restaurant : Jonker Cafe
Other facilities & services :
✅ Wi-fi
✅ Surau
✅ Swimming Pool
✅ 24 Hours Reception
✅ 24 Hours CCTV
✅ Laundry & Dry Cleaning Services
✅ Safe Deposit Box
✅ Saturday Hi-Tea + Live Band
✅ Parking Space
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hotel Seri Malaysia Melaka, Insyallah aku akan buat 1 entri khas dimasa yang lain. Sementara itu, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah menghubungi Hotel Seri Malaysia di :-

Alamat : Hotel Seri Malaysia Melaka, Lot PT 12332, Lebuh Ayer Keroh, 75760 Ayer Keroh, Melaka.
Tel : 06-2328460 / 016-7768460

Trip ini adalah tajaan sepenuhnya oleh Gaya Travel dengan usahasama Hotel Seri Malaysia

Post a Comment

0 Comments