Resipi Seaweed Salted Egg Chicken

by - Tuesday, April 21, 2020

Hai, sihat ke korang? Aku faham, bila dah nak masuk sebulan berkurung dalam rumah ni mesti kadang-kadang buntu nak masak apa atau mungkin dah jemu dengan menu-menu yag terlalu biasa kan? Jadi di entry kali ni aku nak berkongsi resipi salted egg tapi menggunakan seaweed.




Resipi Seaweed Salted Egg Chicken

Bahan-bahan :
1. Isi ayam 2. Bawang putih 3. Cili api 4. Daun kari 5. Seaweed 6. Salted egg seasoning (aku guna jenama bestari. Boleh klik link ni kalo nak beli https://cutt.ly/it8lHbp) 7. Butter (untuk menumis)


Aku guna Bestari Golden Salted Egg Seasoning ni..sumpah sedap

Cara-cara :

1. Goreng ayam terlebih dahulu 2. Panaskan butter dalam kuali 3. Tumis bawang putih, cili api, daun kari 4. Masukkan salted egg seasoning 5. Masukkan ayam 6. Masukkan seaweed 7. Tutup api & sedia dihidang



Seriously kalau korang ikut cara aku ajar ni Insyallah memang sedap menu masakan korang. Hehe..lagipun seaweed tu menambahkan lagi rasa umphh untuk menu ni.

Lastly, macam biasa korang boleh tengok macam mana cara nak masak menu ni di video yang aku lampirkan. Akhir kata selamat mencuba dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Moga ramadhan kali ini memberi sejuta makna buat kita semua dalam kita sama-sama berjuang menentang Covid-19





Artikel berkaitan

2 comments

  1. Nampak menarik Min...nanti nak cuba lam.x pernah lagi combined seaweed dlm masakan

    ReplyDelete