Hari ni saja aku nak berkongsikan resipi ringkas untuk korang sajikan minum petang buat keluarga. Aku faham, dalam keadaan negara sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni masa memang sepenuhnya bersama keluarga.


Namun, tak semua yang memahami tentang langkah PKP ni misalnya bagi mereka yang mempunyai anak yang autism agak sukar untuk fahamkan mereka bahawa kita tidak dibenarkan keluar bagi membendung wabak Covid-19 dari terus merebak. Begitu juga buat mereka yang ada anak kecil yang sentiasa merengek nak ajak keluar.

Jadi, aku rasa cara yang paling baik untuk pujuk anak-anak adalah dengan menyediakan makanan buat mereka. Jangan salah faham, aktiviti memasak ringkas ni sebenarnya boleh dilakukan bersama anak-anak bagi mengurangkan bosan mereka sambil boleh mengajar mereka untuk berdikari juga.

Resipi Sausage Bread Roll

Bahan-bahan :

  • Roti
  • Sausage
  • Telur
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Sedikit lada sulah sebagai perasa
Telur dipukul dan diperasakan dengan sedikit lada sulah

Cara Memasak :

  • Pecahkan telur di dalam sebuah piring
  • Masukkan lada sulah
  • Pukul rata dan ketepikan
  • Lenyekkan roti menggunakan pelenyek/pencanai bagi memudahkan roti digulung
  • Letakkan sausage ke atas roti dan gulung
  • Celup roti yang digulung dengan sausage kedalam telur yang dipukul sebentar tadi
  • Goreng sebentar bersama minyak yang sedikit
  • Sedia untuk dihidangkan.
Lenyekkan sedikit roti menggunakan kayu pencanai

Celup roti yang digulung bersama sausage ke dalam telur yang dipukul sebentar tadi

Goreng bersama sedikit minyak
Aku sediakan video juga jika korang nak lebih faham..hehe..