Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya?

Sejauh mana korang faham atau tahu tentang rawatan kiropaktik? Secara jujur, aku baru mengetahui tentang rawatan kiropraktik ni pada tahun 2017 itu pun setelah aku sendiri mengalami masalah slipped disc. Bagi korang yang memang kenal atau follow aku, mesti tahu yang aku pernah mengalami slipped disc yang membataskan pergerakan aku. Bagi yang belum tahu..korang boleh baca entri aku yang agak hit jugak la sebab sampai hari ni aku masih terima email-email pertanyaan tentang rawatan slipped disc http://www.bebelancikmin.com/2017/12/aku-dan-slipped-disc.html

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya


Apakah Yang dinamakan Kiropraktik?

Buat pengetahuan, kiropraktik adalah sejenis perubatan alternatif yang mengkhususkan dalam merawat tulang belakang dan sistem muskuloskeletal sekitarnya. Kiropraktor (ahli perawat) dapat membantu kita mengurangkan sakit belakang dan meningkatkan fungsi berkaitan dengan tulang belakang kita.

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya


Sebenarnya rawatan kiropraktik ini bermula se-awal tahun 1895 lagi. Selepas itu rawatan ini telah menular serata pelusuk di Amerika Syarikat, Australia dan Negara-negara Eropah dan dianggap sebagai rawatan alternatif. Sejarah Kiropraktik: Di negara-negara barat ini rata-rata mereka telah mengiktiraf teknik kiropraktik . Rawatan ini berbeza dengan rawatan alternative yang lain kerana ia mempunyai kolej-kolej yang tersendiri untuk mempelajari tentang rawatan kiropraktik ini. Mereka juga mempelajari sukatan pelajaran lebih kurang sama dengan pelajar-pelajar jurusan kedoktoran yang lain.


Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya?

Rawatan kiropraktik ini dilihat secara menyeluruh (holistically) yang berkaitan dengan otot, skeleton, dan sistem saraf. Sistem saraf mengawal fungsi setiap sel, tisu dan organ. Tempurung kepala bertanggungjawab melindungi otak, korda spina pula diliputi oleh 24 tulang vertebra yang bergerak dan sangat sensitif.

Bila berlaku ketidakseimbangan tulang-tulang atau turutan tulang yang tidak normal ia boleh mengakibatkan keradangan dan mengganggu system vascular darah dan sistem saraf. Gangguan ini boleh mengakibatkan kesakitan dan mengganggu system saraf.

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya

Tubuh manusia boleh kita ibaratkan dengan sebuah kereta. Jika kita sedang memandu dan mendapati stering bergoyang (shaking). Bila dihantar kepada mekanik, bukan stereng yang rosak tetapi tayar yang sudah lari dari alignment. Tayar yang tidak seimbang boleh menyebabkan stereng bergoyang. Begitu juga dengan kiropraktik kita melihat secara fizikal.

Pakar kiropraktik akan memperbetulkan bahagian spina yang ‘ terkeluar’ atau dislokasi dari struktur tulang supaya kembali ke kedudukan asalnya. Selalunya pakar kiropraktik akan melakukan prosedur biasa menggunakan pergerakan tangan yang dipanggil penyesuaian spina, pakar akan memberi sedikit tekanan, memulas atau menarik kepada sendi spina tersebut. 


Barisan Doktor di Believe Chiropractic Cekap Membantu

Dah beberapa bulan ni suami aku asyik mengadu yang dia sakit dibahagian belakang terutamanya di bahu yang menyebabkan bahu belah kirinya agak ke bawah (nampak senget bila berjalan). Puas juga aku pujuk dia untuk dapatkan rawatan kiropraktik memandangkan aku agak biasa dengan rawatan ini sejak terkena slipped disc dulu.

Dipendekkan cerita, pujuk punya pujuk..akhirnya suami aku bersetuju untuk dapatkan rawatan kiropraktik. Klinik kiropraktik yang aku pilih ialah Believe Chiropractic yang terletak di Bukit Jalil. 

Awal-awal aku dah buat temujanji dengan Dr. Bernard Khong selaku empunya Believe Chiropractic ni supaya tak ada la alasan untuk suami aku mengelak tak nak pergi! Aku set appointment pukul 11 pagi. Tepat 11 pagi aku dah pun disambut oleh Dr. Bernard dan staff dengan layanan penuh mesra. Dan kemudiannya kami diperkenalkan kepada Dr. Tang Mee Kuan yang bakal merawat suami aku.

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya
Dr. Bernard Khong (2 dari kanan) pemilik Believe Chiropractic

Sebelum rawatan dimulakan, sesi konsultasi telah dijalankan dan kemudiannya bacaan darah dan timbangan berat badan diambil. Kemudian pesakit (suami aku) diminta untuk meniarap dan hot pad diletakkan bagi mengurangkan sakit sebab bahagian belakang suami aku memang sakit.

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya
Dr. Tang menerangkan tentang keadaan tulang belakang

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya
Dr.Tang memeriksa bahagian yang sakit

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya
Hot pad diletakkan selama 5 minit sebelum rawatan lanjut dilakukan

Lepas 5 minit hot pad diletakkan kemudian barulah rawatan kiropraktik dijalankan. Aku yang menyaksikan ni geram je nak buat jugak sebab macam best pulak bila dengar bunyi 'prap..prap..prap..' tulang berbunyi. Untuk sesi pertama, rawatan secara manual atau tradisi dilakukan iaitu tanpa menggunakan mesin.

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya

Untuk sesi kedua selepas habis sesi manual bersama Dr. Tang Mee Kuan, suami dibawa ke bilik rawatan lain di mana mesin digunakan untuk rawatan. Pertama kali sebenarnya aku tengok rawatan kiropraktik menggunakan mesin. Menurut Dr. Tang, mesin digunakan bagi membantu 'menarik' bahagian-bahagian tertentu di mana rawatan secara manual tidak mampu melakukan.

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya


Siapa Yang Perlu Dapatkan Rawatan di Believe Chiropractic?

Macam yang aku dah terangkan panjang lebar di atas, kiropraktik ialah sejenis rawatan yang  berkaitan dengan otot, skeleton, dan sistem saraf. Jadi, sekiranya korang mengalami masalah :

  • Scoliosis
  • Sports Injuries
  • Disc Herniation
  • Frozen Shoulder
  • Neck & Back Pain
  • Arthritis & joint pain
  • Headache/migraines
korang boleh la dapatkan rawatan di Believe Chiropractic ni.

Masalah Tulang Belakang : Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya


Harga, Waktu Operasi & Maklumat Lanjut

Berapa harga rawatan? Itu memang soalan 'favourite'..hehe..jadi aku dah siap-siap buatkan jadual harga rawatan untuk memudahkan korang untuk buat rujukan. Boleh check list harga ni ye :-

CHIROPRACTIC
PRICE
Initial Session (New Patient)
RM 150
Follow Up Session
RM 120
Simple Consultation
RM 50


MODALITIES (Add Ons)

Spinal Decompression Therapy
RM 200
Shockwave Therapy
RM 150
Ultrasound Therapy
RM 35
Electrical Muscle Stimulation
RM 35


PROGRAMMES/PACKAGES

Chiropractic Adjustment (5x)
RM 540
Chiropractic Adjustment (10x)
RM 1,000
Chiropractic Adjustment (20x)
RM 1,800
Spinal Decompression Therapy (5x)
RM 900
Spinal Decompression Therapy (10x)
RM 1,600
Spinal Decompression Therapy (20x)
RM 3,000
Shockwave Therapy (5x)
RM 675
Shockwave Therapy (10x)
RM 1,200

Waktu operasi Believe Chiropractic pula adalah seperti berikut :-

Isnin : TUTUP
Selasa - Jumaat : 9 pagi - 7 malam
Sabtu - Ahad : 9 pagi - 4 petang

Alamat :

BELIEVE CHIROPRACTIC
No. H-1-01,
Pusat Bandar Bukit Jalil,
Jalan Jalil Utama 2,
57000, Kuala Lumpur

Tel : 03- 27332984


Last but not least, sila la tonton video yang aku sediakan ini. Jumpa di lain entry ya!







Post a Comment

18 Comments

  1. Ouh... Baru tau ada juga rawatan luar selain di hospital. Elok sangat la. Sekurangnya ada alternatif lain kepada pesakit

    ReplyDelete
  2. Alaaa kalau ada kat Johor, boleh suruh anak Sis yang slip disc tu cuba..nampak bagus sangat rawatan dia laaa

    ReplyDelete
  3. info baru untuk saya, terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Terima kasih cikmin share info sgt bermanfaat ni. Baru tahu ada rawatan lain utk masalah slip disc rupanya

    ReplyDelete
  5. hmmm rasanya za pun kena buat check up utk spinal ni asyik sakit je ... thanks sharing info ....

    ReplyDelete
  6. Alaaaa, ngeri pulak rasa bila dengar bunyi prap prap tu. Adoiiiii... tapi mesti rasa lega kan lepas buat treatment. Kalau kena sakit macam abe yee tu, berapa kali rawatan ekk kena buat? ke sekali buat dah ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam kes abe yee kena buat beberapa kali sebab bahu dia dah senget sebelah dah tu huhu..

      Delete
  7. Banyak rawatan camni, tapi tengok dalam drama tv la kan. Sekarang baru tau ada cawangan terdekat. Husband selalu sakit belakang. Ruby pun selalu juga. Kami berurut je selalunya. Kami nak cuba alternatif jumpa pakar. Nak xray tengok amende la yang sakit sangat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try gi chiropractic ruby! Kak min elok dr slip disc antara sebabnya dptkan rawatan kat chiropractic la

      Delete
  8. Rawatan kiropratik nie best dia masa dengar bunyi tulang tu di crack2 kan. Fuhhh rasa lega

    ReplyDelete
  9. Bagusnya. Nanti nak bawa husband ke sinilah.. dia dah la memang sakit belakang hehe

    ReplyDelete
  10. rasa nak buat checkup jugak lah di sini, yelah selalu sakit2 belakang tapi tak tau sebabnya kan! bolehjadi masalah tulang belakang juga...

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing!
    Those who have spine pain or problems, they can visit this place!
    All the best.

    ReplyDelete
  12. wow! sedap nyer if dpt join urutan ni.
    tak de masalah tulang belakang. lenguh2 biasa jer.
    tapi tu la. urut gini dpt beri kelegaan, kan :)

    ReplyDelete
  13. Rawlins nak share dengan kawan yang ada scoliosis nie. Kesian tengok dia selalu tak selesa jika berdiri lama. Tq Kak Min

    ReplyDelete
  14. I think i need to go to Chiro sebab nak perbetulkan dan align tulang belakang.

    ReplyDelete
  15. Fuuhhh... Syioknya rasa kalau dapat chiropractic ni. Legaaa badan

    ReplyDelete