Siapa sangka filem Asia berjaya memenangi filem terbaik di Anugerah Oscar 2020! Filem karya pengarah Korea Selatan Bong Joon Ho ini telah diangkat sebagai filem terbaik dan sekaligus mengalahkan filem-filem besar yang lain temasuk Joker, Little Women, Marriage Story dan Once Upon a Time In Hollywood.



Kejayaan besar filem Parasite ini membuktikan bahawa filem luar kini turut diterima di Amerika Syarikat yang sebelum ini terlalu ego menidakkan kebolehan filem-filem dari luar terutamanya dari Asia.

Syabas buat pengarah Parasite dan barisan pelakon yang berjaya membuka mata Amerika Syarikat. Selain filem terbaik, Parasite turut mengungguli kategori Filem Antarabangsa Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.




Sinopsis Filem Parasite


Filem ini mengisahkan seorang lelaki muda bernama Ki-taek serta ahli keluarganya yang semuanya sedang menganggur dan bergelut untuk meneruskan kehidupan. Pada suatu hari, seorang rakan Ki-taek telah membantu beliau untuk mendapatkan kerja sebagai seorang tenaga pengajar terhadap keluarga Park yang kaya raya dan terkenal. 

Kejayaan Ki-taek memperoleh pekerjaan dengan keluarga Park telah mendorong ahli keluarganya yang lain untuk mula menumpukan perhatian bagi mendapatkan pekerjaan yang berpotensi di dalam kehidupan keluarga tersebut. Akhirnya, satu kejadian aneh, tidak diingini dan sukar dijangka telah melanda Ki-taek dan ahli keluarganya sehingga merubah kehidupan mereka sekeluarga. 


Aku tak boleh nak cerita lebih-lebih. Sebaiknya korang tonton sendiri filem ini dan buat penilaian korang. Untuk mereka yang sukakan filem jenis mind-blowing filem ini adalah filem untuk korang dan yes..aku sejenis yang suka filem macam ni.

Jom tengok trailer ni dulu.


Oh ye..Aku suka review yang kawan aku ni tulis. Korang boleh klik sini untuk baca review yang ditulis oleh kawan aku ni. https://m.facebook.com/groups/195519797151850?view=permalink&id=2678708205499651