Hidangan Malaysia di Luckin Kopi

Dah namanya rakyat Malaysia, tak sah kalau hidangan tak ada sepinggan nasi lemak dan secangkir kopi. Aku juga seperti tipikal Malaysian yang lain, tak sah rasanya kalau tak ada nasi lemak dan kopi panas.

Walau cuma beberapa hari di perantauan, tekak mula merindui Nasi Lemak Sambal Petai! Jadi tanpa berlengah aku terus ke Luckin Kopi yang terkenal dengan hidangan Malaysia yang enak. Terletak di Jalan Panggong, Kuala Lumpur, Luckin Kopi terletak betul-betul berhampiran stesen LRT dan MRT Pasar Seni yang memudahkan para pengunjung. Cuma 5 minit berjalan kaki dari stesen MRT ke Luckin Kopi.




Apa Yang Menarik di Luckin Kopi?

Luckin Kopi ni sebenarnya agak popular sekarang, jadi sebab itu aku tak lepaskan peluang untuk menikmati sendiri hidangan yang ada di sini. Dan ternyata hidangan di sini sangat menepati citarasa aku terutama Nasi Lemak Sambal Petai dan Kopi Ais nya! Memang sangat umphhhh..

Dan yang paling penting harganya sangat-sangat berpatutan ye! Bayangkan, nasi lemak biasa yang dijual di sini baru berharga RM5.90 dan seriously sambal nasi lemak kat sini memang sedap ye! tapi kalau korang nak tambah lauk atau hidangan sampingan yang lain korang kena la tambah sikit duit.

Jom..aku kongsi kan menu-menu yang korang mesti cuba di Luckin Kopi ni.

  • Nasi Lemak
Harga bermula dari RM5.90
  • Mee Siam

Harga bermula dari RM5.90
  • Petai Pasta
Dalam banyak-banyak hidangan, aku agak tertarik dengan menu ini sebab ianya gabungan barat dan asia. Bayangkan gabungan rasa pasta dengan petai..memang sedap dan aku sukakan gabungan rasa yang unik ni.

Harga RM20.90

  • Salted Egg Chicken Rice
Aku peminat no. 1 apa-apa yang berasaskan telur masin dan sos telur masin kat sini memang terbaik! Ini review jujur ye..sumpah sedap wei!

Harga RM12.90

  • Petai Bun
Bun lembut yang dihidangkan bersama sambal petai yang enak (korang wajib cuba sambal petai diaorang! Memang terangkat wei!!)

Harga RM12.90
  • Rojak
Harga RM8.90
  • Luckin Cham Peng
Perghhh..yang sedap wei! Peminat kopi sila cuba!!

Harga RM4.90
Itu antara menu-menu yang aku sendiri dah cuba. Memang semuanya sedap (INI SEMEMANGNYA REVIEW JUJUR YE!)

Selain tu, aku rasa korang patut datang ke Luckin Kopi ni sebab tempat makannya sangat selesa, cantik, kemas dan sangat instagrammable tau!



Tempat ni memang lawa wei..sangat instagrammable.

Jadi..tunggu apa lagi? Jom la serbu Luckin Kopi :

Alamat : 14, Jalan Panggong, 50000 Kuala Lumpur (berdekatan stesen LRT & MRT Pasar Seni)


Post a Comment

2 Comments

  1. uuuit memalam kite scroll tengok makanan yummsss..

    ReplyDelete
  2. Saja betul tunjuk makanan sedap tapi seriuslah.. Kita baru tau pasal kafe ni. Nak deting kat sini nanti.hahha

    ReplyDelete