Tawaran RM1 di myNEWS Untuk Masa Terhad

Wahhhh..ni ada berita baik untuk pengunjung setia myNEWS! Kini korang boleh membeli belah di myNEWS dengan harga RM1 je!


Taaaaapiiii..tawaran ini hanya untuk Bento dan Onigiri pada hari tertentu dan untuk masa terhad sahaja di outlet terpilih! Maknanya bukan setiap hari korang dapat membeli Bento dan Onigiri pada harga RM1.




Buat pengetahuan korang juga, pembelian Bento dan Onigiri pada harga RM1 hanya sah melalui aplikasi myNEWS. Caranya mudah je :

1. Muat turun aplikasi myNEWS di telefon pintar korang
2. Daftar akaun korang
3. Kemudian kad virtual korang akan dipaparkan menandakan korang telah sah menjadi ahli baru myNEWS
4. Korang perlulah menambah nilai e-dompet myNEWS korang
5. Tadaaa..korang dah boleh berbelanja Bento dan Onigiri pada harga RM1 namun suka aku nak ingatkan yang kuantiti pembelian korang terhad pada 2 bungkus sahaja dalam 1 resit

Apa Kelebihan Menjadi Ahli myNEWS?

Mesti korang tertanya-tanya apa yang bestnya menjadi ahli myNEWS ni kan? Ha..yang bestnya menjadi ahli myNEWS ni ialah :

  • Dapat mengumpul mata ganjaran untuk setiap pembelian.
  • Dapat menebus mata ganjaran untuk mendapatkan pelbagai produk myNEWS, kupon dan lain-lain.
  • Mata ganjaran juga boleh ditebus melalui pengumpulan setem di mana ia bergantung kepada promosi yang bersesuaian.
  • Korang juga berpeluang mendapat pelbagai kelebihan dan manfaat melalui Membership Ranking Level di mana semakin tinggi tahap korang maka semakin banyak kelebihan yang korang perolehi semasa berbelanja di myNEWS.

Bento & Onigiri Pada Harga RM1

Berbalik pada kisah Bento dan Onigi yang berharga RM1 tadi.. Buat pengetahuan semua, tawaran Bento dan Onigiri pada harga RM1 ini bukan pada setiap hari dan juga bukan ada di semua outlet ye! Bento RM1 hanya ditawarkan pada setiap hari Selasa manakala Onigiri RM1 pula ditawarkan pada setiap hari Khamis dan tawaran ini diadakan sepanjang bulan SEPTEMBER ini saja tau! Jadi dapatkan Bento dan Onigiri pada harga RM1 ini di outlet yang terpilih.




Macam mana nak tahu outlet yang terpilih tu? Nah..korang buka link ini dan check sendiri kat mana outlet berdekatan korang.

Bento Tuesday : Bento Tuesday
Onigiri Thursday : Onigiri Thursday

Jom la dapatkan Bento dan Onigiri yang dihidang fresh setiap hari. Oh ye! Bukan setakat Bento dan Onigiri, malah bagi peminat roti cam aku ni boleh dapatkan Maru Bakes di myNEWS. Pelbagai pilihan roti yang enak disediakan di sini dengan harga diskaun RM0.50

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran-tawaran hebat di myNEWS ni korang boleh lah melayari :

Post a Comment

5 Comments

  1. ni anak kak ana suka beno ni Min :)

    ReplyDelete
  2. Mane nak cari RM1 untuk makanan camtu ye, memang best :)

    ReplyDelete
  3. Saya juga sempat beli onigiri untuk RM1.. sangat berbaloi

    ReplyDelete
  4. Untungnya harga Rm1. Sedap kan onigiri dgn bento tu. Nanti kita pi Mynews okeh.

    ReplyDelete