Kebaikan Nangka Kini Dalam Bentuk Cip

Umum mengetahui yang buah nangka bukan sahaja enak dimakan malah mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.


Rasa manis semulajadi buah nangka terutamanya nangka madu memang sangat memikat banyak hati peminat buah tempatan ini. Namun tahukah korang yang buah nangka mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Antara khasiat buah nangka ialah :

  • Kalium dalam nangka sangat efektif dalam mengurangi risiko penyakit jantung kerana ia mampu menurunkan tekanan darah.
  • Kandungan zat besi dalam buah nangka membantu mencegah anemia dan meningkatkan circulation darah dalam badan.
  • Nangka kaya dengan magnesium yang sangat berguna untuk tulang.
  • Dengan phyto-nutrisi dan vitamin C, nangka memiliki sifat anti kanser dan anti penuaan.
Itu antara khasiat dan kebaikan nangka yang aku dapat kongsikan dengan korang.


Kebaikan Buah Nangka Kini Dalam Bentuk Cip & Snek

Peka dengan segala kebaikan yang ada di dalam buah nangka, sebuah syarikat yang bernama Marhas Trading telah menjadikan buah nangka dalam bentuk snek makanan sihat. Buah nangka madu yang diusahakan oleh mereka telah dijadikan dalam bentuk cip.



Semuanya bermula apabila Marhas Trading membuka ladang nangka madu pada tahun 2013. Ladang nangka madu yang berkeluasan 14 ekar itu telah diusahakan oleh pengasas Marhas Trading sendiri iaitu Encik Hasni.

Memandangkan mereka mempunyai ladang yang luas, Encik Hasni mula terfikir untuk mengekalkan kebaikan dan kemanisan buah nangka madu yang diusahakan beliau dalam bentuk cip atau dalam bahasa pasarnya keropok. Maka terhasillah PakCHIPS iaitu satu jenama yang memasarkan cip nangka madu.

Cip nangka madu yang dihasilkan mereka adalah dari jenis J33 dan telah cara 'vacuum fried' yang menjadikan cip nangka mereka langsung tidak berminyak malah sangat rangup. Mereka juga menghasilkan cip nangka madu ini tanpa sebarang perisa dan gula tambahan. Segala kerangupan yang korang rasa tu ialah hasil dari rasa sebenar buah nangka madu!


Bukan Sahaja Nangka Malah Kini Pisang Juga Dalam Bentuk Cracker!

Buat pengetahuan, PakCHIPS bukan hanya mengeluarkan cip nangka madu malah mereka turut mengeluarkan Pisang Rangup Cracker yang menggunakan kaedah yang sama iaitu 'vacuum fried' tanpa sebarang perisa dan gula tambahan.


Menariknya ialah setiap gigitan terasa seperti buah yang sebenar! Aku dah cuba semuanya..korang bila lagi?


PakCHIPS Boleh didapati di Kebanyakan Hypermarket

Oh ya! Lupa nak tekankan yang PakCHIPS ni adalah keluaran usahawan muslim bumiputera. Aku sangat bangga bila usahawan muslim bumiputera telah menjadi sangat berjaya hingga boleh menguasai hampir keseluruhan hyper dan supermarket di seluruh Malaysia macam yang dilakukan oleh PakCHIPS ni.


Kalau korang nak dapatkan produk mereka, korang boleh lah ke :

  • Lulu Hypermarket
  • MyTOWN Shopping Centre
  • AEON Mall Shah Alam
  • AEON Mall Cheras
  • Petronas terpilih
Aku bersama Puan Mardhiah pemilik Marhas Trading

Dan banyak lagi.Yang aku sebut tu cuma sikit je. Cuma sebagai panduan untuk korang dapatkan produk PakCHIPS ni.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi mereka di :

Tel : 012-206 6591

Post a Comment

2 Comments

  1. Macam best je nangka transform jadi cip. Boleh cari nanti buat kudap-kudap hihi

    ReplyDelete
  2. Xpernah lagi try kerepek nangka ni

    ReplyDelete