Assalamualaikum..aku yakin dihujung-hujung minggu ni ramai yang punya kesempatan nak search resipi untuk juadah berbuka puasa dan aku pasti ramai juga yang tercari-cari resipi yang mudah & ringkas.

Sebab tu hari ni aku bermurah hati nak kongsikan satu resipi yang sangat mudah, ringkas dan sedap di makan. Haaa..resipi apa tu? Nah Aku kongsikan..



Resipi Sambal Kentang, Bilis & Tempe Goreng Kering

Bulan-bulan puasa ni adakalanya kita perlukan lauk pauk yang ringkas tapi sedap terutama ketika sahur. Aku pun sekarang kalau bersahur akan pastikan ada 1 menu yang simple yang dapat membangkitkan selera untuk makan.

Jadi, aku suka buat sambal kering. Sambal ni buat banyak pun tak pe, kalau tak habis simpan dalam tupperware dan letakkan dalam peti sejuk.

Nah, aku kongsikan satu resipi untuk korang cuba iaitu resipi sambal kentang, bilis & tempe goreng kering.

Bahan-bahannya :

  • Minyak untuk menggoreng
  • Ikan bilis
  • Kentang yang dihiris nipis
  • Tempe yang dipotong mengikut citarasa
  • Bawang besar yang dihiris
  • Bawang putih yang dicincang
  • Halia yang dicincang
  • Cili kisar
  • Sedikit garam & gula sebagai perasa
* Bawang besar, bawang putih & halia juga boleh dikisar. Cuma cara aku, aku suka hiris & cincang je







Cara-cara memasak :

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan
  • Goreng kentang sampai garing dan ketepikan
  • Goreng tempe sampai garing dan ketepikan
  • Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih & halia seketika.
  • Masukkan cili kisar 
  • Masukkan gula dan biarkan tumisan tadi benar-benar masak dan bertukar warna merah kehitaman.
  • Masukkan garam
  • Tutup api dan biarkan sambal sejuk seketika dalam 10-15 minit.
  • Kemudian masukkan semua bahan digoreng tadi dan gaul sebati
  • Sedia dihidang.



Ketepikan semua bahan yang digoreng

Ingat! Sejukkan seketika sambal yang siap ditumis sebelum digaulkan dengan bahan yang telah digoreng tadi


Ha..senang dan ringkas kan? Tapi step yang paling penting ialah SEJUKKAN SAMBAL TERLEBIH DAHULU SEBELUM MASUK BAHAN-BAHAN YANG DIGORENG. Kenapa? Supaya bahan yang kita goremg tu tak lembik setelah digaul. Kalau cuba cara ni insyallah sambal kering korang rangup macam keropok hehe..selamat mencuba.

Tadaaa..dah siap