Assalamualaikum..aku yakin dihujung-hujung minggu ni ramai yang punya kesempatan nak search resipi untuk juadah berbuka puasa dan aku pasti ramai juga yang tercari-cari resipi yang mudah & ringkas.
Sebab tu hari ni aku bermurah hati nak kongsikan satu resipi yang sangat mudah, ringkas dan sedap di makan. Haaa..resipi apa tu? Nah Aku kongsikan..
Resipi Sambal Kentang, Bilis & Tempe Goreng Kering
Bulan-bulan puasa ni adakalanya kita perlukan lauk pauk yang ringkas tapi sedap terutama ketika sahur. Aku pun sekarang kalau bersahur akan pastikan ada 1 menu yang simple yang dapat membangkitkan selera untuk makan.
Jadi, aku suka buat sambal kering. Sambal ni buat banyak pun tak pe, kalau tak habis simpan dalam tupperware dan letakkan dalam peti sejuk.
Nah, aku kongsikan satu resipi untuk korang cuba iaitu resipi sambal kentang, bilis & tempe goreng kering.
Bahan-bahannya :
- Minyak untuk menggoreng
- Ikan bilis
- Kentang yang dihiris nipis
- Tempe yang dipotong mengikut citarasa
- Bawang besar yang dihiris
- Bawang putih yang dicincang
- Halia yang dicincang
- Cili kisar
- Sedikit garam & gula sebagai perasa
* Bawang besar, bawang putih & halia juga boleh dikisar. Cuma cara aku, aku suka hiris & cincang je
Cara-cara memasak :
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan
- Goreng kentang sampai garing dan ketepikan
- Goreng tempe sampai garing dan ketepikan
- Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih & halia seketika.
- Masukkan cili kisar
- Masukkan gula dan biarkan tumisan tadi benar-benar masak dan bertukar warna merah kehitaman.
- Masukkan garam
- Tutup api dan biarkan sambal sejuk seketika dalam 10-15 minit.
- Kemudian masukkan semua bahan digoreng tadi dan gaul sebati
- Sedia dihidang.
Ketepikan semua bahan yang digoreng |
Ingat! Sejukkan seketika sambal yang siap ditumis sebelum digaulkan dengan bahan yang telah digoreng tadi |
Ha..senang dan ringkas kan? Tapi step yang paling penting ialah SEJUKKAN SAMBAL TERLEBIH DAHULU SEBELUM MASUK BAHAN-BAHAN YANG DIGORENG. Kenapa? Supaya bahan yang kita goremg tu tak lembik setelah digaul. Kalau cuba cara ni insyallah sambal kering korang rangup macam keropok hehe..selamat mencuba.
Tadaaa..dah siap |
13 Comments
Juadah yang simple.. nanti nak cuba la hehe
ReplyDeleteK mid pun selalu buat nie..ringkas dan sedap..bole simpan lama dan panaskan semula
ReplyDeletesedapnya, tq sharing menu simple tapi sedap. bila dah habis idea nak masak apa, makan simple macam ni pun dah cukup. tambah ikan atau ayam goreng, dah siap menunya
ReplyDeleteAllahu ni faveret kite ni! Nanti nak buat lah family kite tak berapa sgt gn tempe kite je yg suka haha
ReplyDeleteini laa resepi yg ringkas tapi sedap dan mmg digemari ramai kan! nak buat pon senang, bahan2 pon senang, sesuai untuk mkn bila2 sama ada sahur atau berbuka jugak. anyway thanks for the tips tuu!
ReplyDeleteMudah jugak rupanyanya nak buat Sambal kentang temple bilis ni. Saya tak berapa suka trmpe, boleh la modify sikit guna kentang dan bilis je. Nampak sedap ni. Yummeh. Tq kak meen for sharing
ReplyDeleteOkayh nanti boleh cuba buat , boleh buat kudap-kudapan hehe
ReplyDeleteAwasss yerrr masak sedap-sedap tak hantar kat kita sikit ni kalau dpat makan waktu sahur dah cukup ngan nasi putih sedapnya... Nasib stock Kentang US kita ada lagi boleh buat hehehehe...
ReplyDeletedah lama teringin nak buat tapi asyik tak sempat je. Alang dah jumpa resipi ni boleh la try buat nanti.
ReplyDeleteIni kalau buat untuk kudapan pun best jugak selain makan untuk berbuka. Menu ringkas tapi sedap
ReplyDeleteSedapnya... Menu simple gini memang membuka selera. Favorite nina menu gini tuk sahur
ReplyDeleteSenangnya! Dahlah cx suka makan masakan mcm ni. Nanti nak try buatlah! Menarik betul berbuka puasa atau sahur mcm ni dgn nasi panas. Fuh! Marvelous
ReplyDeleteuishhhh feveret saya niii! kentang + ikan bilis + tempe + sambal huishh kombinasi yang sangat ngam dan membuatkan saya makan nasi 2 pinggan! hhahah
ReplyDelete