Anda seorang perokok? Dan anda berhajat untuk berhenti merokok? Ha..ini berita baik untuk semua prokok tegar di luar sana yang berhajat untuk berhenti merokok tapi masih tak tahu bagaimana caranya. 

Apa kata korang ke Desa Seri Hartamas dan terus ke outlet NCIG dan dapatkan produk alternatif berhenti merokok si sana. 


Apa Itu NCIG?

NCIG adalah sebuah alat peranti yang mengantikan rokok. Ia berfungsi seakan vape namun ia sangat mesra pengguna dengan ketinggian hanya 3.74 inci dan ketebalan hanya 10 mm ia cuma seakan sebuah pen drive yang comel dan senang untuk dibawa ke mana-mana.

NCIG adalah satu-satunya alat untuk perokok, yang berjuang untuk melawan mitos syarikat tembakau bilion dolar di luar sana. Dengan size yang kecil dan mudah serta direka khas untuk perokok sebenar untuk merasa yang mereka sedang melakukan tabiat yang sama seperti merokok namun bezanya lebih puas.




NCIG Sangat Moden & Elegan

Apa yang paling aku suka tentang NCIG ni ialah reka bentuknya yang sangat moden dan elegan. Mana taknya..NCIG turut didatangkan dengan :

  • NKit ~ Set lengkap untuk mereka yang ingin memulakan langkah untuk berhenti merokok


  • NPOD ~ iaitu perisa yang didatangkan dalam 4 perisa terhebat iaitu Manggo Lush, Red Vanilla, Fine Tobacco & Cool Mint

  • NCase ~ Casing untuk NCIG anda yang sangat elegan
  • Ndock ~ Tempat mengecas NCIG
  • NHolder ~ Memudahkan korang untuk membawa NCIG korang tanpa perlu risau NCIG korang yang cun melecun tu tertinggal di kedai mamak!


Perghhh..sangat mudah dan bergaya kan? Secara jujurnya, aku yang bukan perokok ni pun sangat tertarik dengan teknologi NCIG yang pada aku sangat bergaya, moden dan elegan ni.

Cara penggunaannya pula sangat mudah! Hanya masukkan Npod di peranti NCIG dan anda terus boleh menghisapnya seperti menghisap rokok.


Pembukaan Outlet Pertama di Desa Seri Hartamas

Sabtu lepas iatu bersamaan 27 April 2019, NCIG telah pun merasmikan pembukaan outlet pertama mereka di Desa Seri Hartamas. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas NCIG, Sharifuddin Bujang atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din berkata yang pembukaan cawangan pertama mereka ini sangat dinantikan oleh semua pengguna NCIG seramai 60,000 rakyat Malaysia yang sudah pun menggunakan alat peranti ini.

En.Sharifuddin Bujang, Pengasas NCIG

Perasmian pembukaan outlet NCIG telah disambut meriah dengan kehadiran para tetamu, artis tempatan dan juga pihak media. Jangan tak percaya yang pembukaan N Store ni meriahnya dengan peminat mereka yang sanggup beratur semeriah peminat Apple beratur untuk dapatkan iphone terkini..







Selain pembukaan cawangan pertamanya, NCIG turut melancarkan 2 perisa baharu untuk mereka yang ingin berhenti merokok.


Bertuahnya Aku Dapat Cabutan Bertuah

Hehe..dah namanya rezeki dan agaknya sebab niat murni aku nak hadiahkan NCIG ni buat suami tersayang yang sememangnya perokok tegar, tiba-tiba nama aku naik ketika cabutan bertuah berlangsung. Dannnnn..guess what? perghhh aku dapat special edition NCIG yang berwarna merah! Seriously lawa giler weiiii..




Bagi korang yang berminat untuk mencuba produk alternatif merokok ni, boleh lah datang ke outlet mereka yang terletak di Desa Seri Hartamas atau boleh layari mereka di :