Citarasa Warisan @ Legar Putra, PWTC

Setiap tahun, bila tiba bula Ramadan..PWTC adalah antara tempat yang aku akan pergi untuk berbuka puasa. Kenapa? Sebab PWTC setiap tahun akan menghidangkan pelbagai menu menarik sepanjang bulan Ramadan dengan harga yang berpatutan.

Pada tahun 2019 ini, pihak restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengetengahkan tema Citarasa Warisan @ PWTC dengan pelbagai menu menarik yang pasti tidak mengecewakan hati pelanggan.


Buat pengetahuan, promosi buffet Ramadan kali ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam dan pihak restoran Riverside PWTC bakal menghidangkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Lebih 250 Menu Berbuka Puasa

Macam yang aku sebut di atas, pada tahun ini pihak PWTC akan menghidangkan lebih 250 menu berbuka puasa khas buat para pelanggan mereka. 

Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohammed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah tiap minggu. Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ini ialah :

  • Ayam Kampung Kerisik & Betik Muda
  • Ayam Gulai Minang & Daun Salam
  • Kambing Masak Kari Utara
  • Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk
  • Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua
  • Ayam Brastagi
  • Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk
  • Siput Sedut Masak Lemak Kuning
Perghh..banyak kan? Itu belum sebut lagi bab pelbagai jenis lemang yang dihidangkan antaranya :

  • Lemang Pulut
  • Lemang Pulut Hitam
  • Lemang Jagung.

Jadi, bagi peminat Lemang..jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di restoran Riverside PWTC. Macam aku haritu, memang asyik menghadap lemang dengan rendang. Memang layan habis..Bukan takat lemang, ketupat, satay dan kuah kacang pun ada. Hehe..rasa macam suasana hari raya pun ye!




Antara hidangan lain yang turut bakal ditawarkan kepada para tetamu yang hadir adalah :

  • 13 jenis ulam ulaman
  • 6 jenis keropok
  • 8 jenis jeruk
  • 7 jenis ikan masin
  • 14 jenis sambal 
  • 13 jenis kerabu 
  • Kambing goreng berempah
Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisas dan pencuci mulut seperti :

  • 8 jenis kuih muih Melayu termasuk tapai
  • 5 jenis kek
  • 4 jenis pai
  • Aneka jeli
  • Mousse & Pudding
  • 3 jenis bubur manis
  • Aneka biskut Melayu.



Kemudahan Surau & Pengangkutan Awam

Antara sebab yang aku suka berbuka puasa di PWTC ini ialah kerana mereka menyediakan surau yang besar dan di sini para tetamu bukan setakat boleh mengerjakan solat Maghrib tetapi juga Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di aras 3 PWTC. Kelengkapan solat seperti sejadah dan telekung juga disediakan di sini.

Gambar Ihsan Google
Selain kemudahan surau yang besar dan selesa, untuk datang ke PWTC ni sangat mudah dengan menggunakan kenderaan awam seperti LRT & KTM. Aku sendiri sejujurnya, tiap kali datang ke PWTC aku senang menaiki LRT. Pada aku cara tu lebih mudah, jimat masa dan wang juga..hehe..jadi, tak payah nak pening-pening kepala bersesak dalam kesesakan lalulintas.

Harga Bufet Ramadan Yang Berpatutan

Harga untuk buffet ramadan pada tahun ini di PWTC ialah :

  • Dewasa RM88.00 (Early Bird RM75.00 - pembelian baucar sebelum 5 Mei 2019)
  • Kanak-kanak (berumur dari 7 hingga 12 tahun) RM45.00
  • Warga Emas yang berumur 60 tahun ke atas RM75.00
Pakej Berbuka Puasa Persendirian & Korporat dengan harga berula daripada RM98.00 untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan :

  • Hidangan bufet
  • Dewan khas untuk berbuka
  • Sistem audio
  • Penyediaan ruang solat khas
  • Kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang
Untuk tempahan, boleh hubungi :

03-26146701
03-26146702


Post a Comment

17 Comments

  1. Ya Allah lemang dan rendang dia mengoda betul..mesti sedapkann...
    Kalau banyak menu camtu, sedap, berbaloilah dengan harganya kan...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya menu dia. Siap ada lemang.
    My favourite.
    Kalau makan tak hingat.
    Kena pulak lawan dengan rendang.. Huaaaa,, terliur..
    Ada sate.. Allah.. Syoknya makanan pelbagai.

    ReplyDelete
  3. Alamak.. ternampak satay tu.. rasa macam terliur je nak makan.. kat PWTC je ni ye.. dekat tapi masa pulak tak berapa nak ada nak pi sana

    ReplyDelete
  4. Woah ada tapai. Jarang betul nak tengok buffet ramadan yang bagi tapai dalam menu dieorang ni.

    ReplyDelete
  5. semua menu pebret kita ada tu..bestnya..rasa tak sabar nak puasa.Boleh makan lauk kegemaran kita bebanyak..harga pun berpatutan kan.boleh recommend kat kawan² nanti

    ReplyDelete
  6. Kak Min saya tengok Lemang dan Ketupat pastu ada rendang lagi memang dah terasa sangat nak raya nya hehehe tapi puasa dah habis ganti opppss awasss... Tapi sini memang banyak makanan sedap-sedap belaka lah..

    ReplyDelete
  7. Adoi tengok gambar makanan laapr plak. Menu raya pun dah ada.Rasa semangat plak nak raya kali ni . Okaylah buffet bawah rm100 per head . Berbaloi dengan menu banyak cmni

    ReplyDelete
  8. Adoiiii meleleh air liur tengok semua makanan. Banyak juga menu yang disediakan sampai 250 jenis .Harga pun berpatutan Kira berbaloi harga yang ditawarkan dengan menu yang banyak macam ni. Murah

    ReplyDelete
  9. Belum lagi tengok gambar siput sedut tu tapi dah terliur. Tak pernah lagi menapak kat putrajaya time puasa untuk try buffet mana2. Paling paling pun lawat bazaar kat situ.

    ReplyDelete
  10. Fuh! 250 hidangan ya? Terbaiklah! Mcm² la nak makan nanti. Jgn tak termakan sudah hehe. Bagus bila kelengkapan surau semua ada dan selesa. Barulah org tak fikir byk kali ntk pilih tmpt mereka nanti. Kecur betul tgk makanan tu haa. Halaah terus lapar. Ahhaha harga pon affordable. Sesuai ntk semua nak cuba nanti

    ReplyDelete
  11. tengok lemang tu dah rasa nak raya ni..hahaa..sekejap jekan masa berlalu..sedap sanagt ni tengoknyaa..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya. Saya suka sangat makan rendang. Boleh suggest kat kawan ni untuk buka puasa.

    ReplyDelete
  13. Masya Allah.. X tahan AM tengok lemang2 di sini.. AM paling suka lemang pulut hitam tue.. Aduhaii.. Kena ajak boss singgah bila ramadhan nnti nie.. Menu2 sangat menarik pula tue d sini.. X tahan godaan wooii dbuatnya

    ReplyDelete
  14. Apo ni sedap2 makanannya. Terliuq tengok hihihi. Ni kalau bulan posa kena minta reward dari cik somi bawa makan ke sini hehehe

    ReplyDelete
  15. Wow! Siap ada Tapai tu! Nak ajak rakan sekerja buka puasa jugak. 250 jenis hidangan makanan... byk tu!

    ReplyDelete
  16. wow wow wow.. macam dah terliur teruk ni, takpe-takpe. menu hat ni bulan posa je kaluar, hari biasa memang tak nampak, insyallah semoga dapat menikmati ramadhan lebih kurang sebulan je lagi ..amin =)

    ReplyDelete