Macam yang aku dah janjikan pada entry lepas, kali ni aku nak share tentang Pulau Bintan yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia.
Alang-alang dah ke Batam..rugi jika tak lajakkan terus ke Pulau Bintan. Perjalanan dari Batam ke Bintan harus menaiki feri atau speed boat. Jika menaiki feri perjalanan mengambil masa selama 1 jam, manakala jika menaiki speed boat..perjalanan dari Batam ke Bintan cuma mengambil masa selama 15 minit sahaja.
Sedikit Mengenai Pulau Bintan
Pulau Bintan yang juga dikenali sebagai Negeri Segantang Lada ialah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia. Pulau Bintan merupakan sebahagian daripada provinsi Kepulauan Riau di mana terletaknya Tanjung Pinang iaitu ibu negeri Riau.
Pulau Bintan mempunyai keluasan 2,402.28 kilometer persegi (jumlah keseluruhan kawasan ialah 60,057 kilometer persegi termasuk 96% kawasan laut).
Rata-rata penduduk Pulau Bintan adalah berbangsa Melayu dan bercakap dalam bahasa Melayu. Jadi jika ke Pulau Bintan jangan pelik bila mereka berbahasa Melayu macam di Malaysia. Sama seperti di Batam dan Malaysia, Islam adalah agama majoriti penduduk di Pulau Bintan. Dan kebanyakan penduduk Bintan adalah nelayan.
Untuk pengetahuan, tanah yang berada di Pulau Bintan adalah tanah yang jenis merah iatu tanah yang tidak subur untuk dibangunkan sebagai tanah pertanian. Sebab itulah rata-rata penduduk Pulau Bintan bekerja sebagai nelayan.
Perjalanan Dari Pulau Batam ke Pulau Bintan
Oleh kerana Batam dan Bintan adalah sebuah negeri berbeza ibarat Selangor dan Pahang, jadi agak banyak juga kelainan termasuk bahasa pengantara kerana penduduk Bintan berbahasa Melayu manakala penduduk Batam berbahasa Indonesia.
Dari Batam, kami menaiki speed boat dari Pelabuhan Domestik Telaga Punggur terus ke Tanjung Uban. Perjalanan kami menaiki speed boat cuma mengambil masa selama 15 minit sahaja berbanding jika menaiki feri akan mengambil masa selama 1 jam.
Dari Tanjung Uban ada bas yang menanti kami untuk menuju ke destinasi. Sama macam di Batam, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat di Bintan ni jauh..maklum lah negeri mereka kan besar.
Tempat Menarik di Pulau Bintan
Sebenarnya banyak juga tempat-tempat menarik di Pulau Bintan ni. Tapi memandangkan jadual kami agak padat jadi cuma 5 tempat yang sempat kami singgah hari tu.
Oh ye..oleh sebab perjalanan kami dari Batam ke Pulau Bintan hari tu melewati waktu Asar, jadi sesampai di jeti Tanjung Uban kami terus menuju ke tempat penginapan kami iaitu Madu Tiga Beach & Resort. Agak jauh juga perjalanan dari Tanjung Uban ke Madu Tiga Beach & Resort iaitu mengambil masa kira-kira 1 jam setengah perjalanan menaiki bas.
1. Madu Tiga Beach & Resort
Sebuah resort yang baru dibangunkan tak sampai lagi setahun. Kalau tak silap aku baru 6 bulan dibina.
Aku tak pasti kenapa resort ini dinamakan Madu Tiga Beach & Resort, pada perkiraan aku mungkin sebab dia salah seorang peminat Allahyarham P Ramlee sebab kebanyakan pondok-pondok yang terdapat di sini dinamakan sempena filem-filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Cuma ada desas desus mengatakan yang pemilik Madu Tiga Beach & Resort ni sememangnya isteri no. 3..sejauh mana kebenarannya aku tak pasti tapi melalui pengamatan aku memang kebanyakkan pondok-pondok dinamakan sempena filem lama seperti Do Re Mi dan Bujang Lapok.
Tapi aku memang suggestkan korang untuk datang ke Madu Tiga Beach & Resort ni sebab memang cantik sangat. Cuma masa aku datang hari tu agak tak bernasib baik sebab bahagian pantainya ditutup sementara sebab ada tumpahan minyak.
Menurut pengurus resort tersebut, biasanya pantai di sini memang dibuka sentiasa. Tapi ketika hari kami datang tu, kejadian minyak tumpah baru je berlaku jadi kami dihalang untuk pergi ke kawasan pantai.
2. Safari Lagoi & Eco Farm
Terdapat pelbagai spesis haiwan antaranya gajah Sumatera, sun bears, pelbagai jenis burung dan banyak lagi la. Cuma menariknya di sini ialah terdapat juga tanaman seperti kacang, jagung, betik, buah naga dan pelbagai lagi jenis tanaman.
Untuk masuk ke sini aku memang nasihatkan korang pakai sport shoe haha sebab macam yang aku terangkan di atas, di Pulau Bintan ni tanahnya berwarna merah..hehe jadi faham-faham lah ye. Jangan pakai kasut tumit tinggi pulak.
Safari Lagoi & Eco Farm ni dibuka setiap hari dari hari Ahad hingga Isnin bermula pada pukul 8 pagi hinga 4 petang, manakal harga tiket pula ialah :
IDR 100,000 (dewasa)
IDR 50,000 (kanak-kanak)
3. Rumah Imaji, Lagoi
Rumah Imaji ni memang menarik sangat. Kalau di Malaysia ada Museum of Illusions, di sini terdapat Rumah Imaji yang tersangatlah luas dan besar. Jadi korang boleh bergambar sepuas-puasnya.
Rumah Imaji beroperasi setiap hari dari Ahad hingga Isnin dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.
Harga untuk masuk ke Rumah Imaji ni pula :-
IDR 100,000 (dewasa)
IDR 50,000 (kanak-kanak)
4. Lagoi Bay
Lagoi Bay ni sememangnya tempat tumpuan para pelancong. Kat sini terdapat pelbagai tempat dan pemandangan yang menarik.
Kat sini juga terdapat tempat letak kunci yang jadi kegilaan pelancong. Siapa datang sini mesti letak kunci kat sini..hehe..ntah apa simboliknya, aku pun tak tahu..hehehe..
5. Treasure Bay Bintan
Di Treasure Bay Bintan ni terdapat Crystal Lagoon iaitu taman rekreasi air terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia. Dibangunkan seluas 6.3 hektar dan terdapat pelbagai mainan yang ada di sini. Jadi.. Treasure Bay Bintan ni memang sangat sesuai dijadikan tempat percutian bersama keluarga.
Bercuti Dengan Pakej Lebih Mudah & Selamat
Macam aku, aku memang lebih suka ambil pakej berbanding pergi sendiri, maklumlah cuma berhati-hati sebab di mana-mana pun kalau tak berhati-hati memang mudah ditipu.
Lagi pun pada aku..ambil pakej lebih selesa sebab segala perjalanan dan tempat dituju sudah dirancang. Kalau korang nak ke Batam dan Bintan dengan pakej yang menarik korang boleh cuba menggunakan perkhidmatan Air Tours & Travel yang dimiliki oleh Ibu Adis. Memang tip top dan sangat bagus layanannya. Memang sangat puas hati!
Air Tours & Travel
Komp. Ruko Botania Garden
Blok D3 No 18, Batam Centre - Batam Island
Tel : +62-778-7433397
W/A : +62-813-64070919 (Simpati)
W/A : +62-877-64070919 (XL)
Instagram : https://www.instagram.com/airtourstravel/?hl=en
30 Comments
Wahhhhh....Bestnye... Cantik betul Pulau Bintan ni... Wish me Dream come true to visit the world... Alahai... inilah sebabnya dari kecil dulu LeYa memang suka melancong..
ReplyDeleteya ampun cantiknya tempat ni, seriously teringin benar kak lily nak pi ni ek
ReplyDeletethis place really looks beautiful. i really wanna plan to this place... so many places to visit and instagrammable..
ReplyDeleteCantiknyaaaaa Madu Tiga Resort tu, tapi kenapa nama dia madu tiga hahah. Tapi serious lawa, memang port-port untuk ambil gambar cantik. Treasure Bay Bintan pun Nampak tenang betul kalua dapat sampai sana.
ReplyDeleteYa allah..subhanallah cantiknya tempat ni ni semua..sangat instagramable la..kaki2 insta suka la ni kan..bertuah Min dpt explore...
ReplyDeletegreat place to visit... now only i know pulau bintan got so many nice place to visit...
ReplyDeleteMoga ada lah rezeki auni ke sana nanti. Nampak menarik sangat tempat-tempat di Pulau Bintan.
ReplyDeleteLEARN YOUR ACTUAL ELIGIBILITY TO APPLYING FOR A HOME LOAN
Cantiknya madu tiga resort tu. Serius dekat Pulau Bintan ni cantik cantik semuanya. Tempting sungguh nak pergi jugak
ReplyDeleteAwesomenye trip ke Bintan ni. I suka tengok Treasure Bay Bintan tu. Birunye air dia. Attraction dia pun menarik and fun jugak. Package dia harga sangat berpatutan.
ReplyDeleteTak sangka pun kita awak yang kat situ ada tempat menarik dan cantik macma ni hehehe ok lah lepas ni kita akan pergi bercuti kat sini dah lama tak pergi berehat-rehat macam ni hehehehe bestnya...
ReplyDeleteCantiknya Pulau ni kak Min terutama resort Madu Tiga tu. Unik namanya hihi. Kinah tengok pakej macam best je, ada hajat nak seberang ni cuma masih dalam perancangan lagi ni. Bila tengok pakej yang kak Min lampirkan tu macam boleh on je hihi
ReplyDeleteCantikkkk..tak sangka Pulau Bintan secantik ini. Tapi kat Indonesia memang banyak pun kan tempat-tempat cantik..Eh, slang bahasa diorng memang sama macam Malaysia? Ntah2 sedara diorang pun ramai kt Malaysia kan
ReplyDeleteCantikkk. Satu2nya tempat kat indonesia yg emi pernah pergi adalah lombok. lain2 belum pernah pergi lagi.
ReplyDeletebest juga travel ke batam dan pulau bintan . huda serius baru tahu ada tempat best camni dan harga nak pergi sini sangat-sangat affordable. thanks for sharing kak min
ReplyDeletePulau ni memang cantik, itu pun tengok dalam pakej-pakej pelancongan yg ditawarkan oleh agent pelancongan. Nampak tenang je
ReplyDeleteKak Min pakai mode edit HDR ke apa ? gambar nampak cantik walaupun warna nampak fantasi hahaha.. apa pun nampak cantik betul pulau bintan... masih ada lagi ciptaan Allah terpelihara dengan baik... nanti nak pergi lah sana..
ReplyDeleteBaru 1st time dengar pasal pulau bintan ni...ingatkan sama ja ngn pulau batam..lain ehhh...tapi ok la kalau diorg berbahasa melayu kan..maknanya mungkin dulu diorg ni sebahagian dari Tanah Melayu la kot kan..
ReplyDeleteHarga pakej not bad la..stil consider murah tu
Uniknya nama tempat tu, negeri segantang lada. Suka kalau nama tempat unik2 lagi2 kalau dpt pergi tempat unik2. Nampak kk min happy sgt.
ReplyDeleteUntung kak dapat pergi ke sini..cantik semua tempat dia..tennag je tengok..nama tempat tu kang pergi terus termadu kang..eh..hehee..one day ada rezki pergila ke sini..semua tempat best ni..
ReplyDeleteWow..amazing tempat menarik di Bintan ni..
ReplyDeleteCantik sangat resort yang baru dibina tu,unik betul nama resort tu madu tiga.hehehe
Harga pakej yang ditawarkan sangat berbaloi
Tak sangka Bintan ni cantik. Tambah pula nuansa percakapan pun sama macam percakapan Melayu Malaysia. Untuk resort memang sgt tertarik. Btw, nampak rusa tu cam kurus je. Diuruskan dengan baik ke tu? Ada rezeki nak juga kesini.
ReplyDeleteA wonderful trip, very informative. Photos show the brightness of nature and national attractions. Beautiful places for tourist trips. The impression is wonderful.
ReplyDeleteTqvm..
DeleteWhen you are traveling with the airlines and other tourist agencies you can be more confident about your travel, because of the great experience of such companies.
ReplyDeletebest kann jalan2 pulau bintan.. :p
ReplyDeleteds
ReplyDeleteds
ReplyDeletemelancong ke tanjung pinang . sekali terjumpa entri akk. nak letak dalam list
ReplyDeleteHehehe sila2
DeleteThanks Cik Min atas perkongsian yang menarik.
ReplyDelete