Macam yang aku dah janjikan pada entry lepas, kali ni aku nak share tentang Pulau Bintan yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia.

Alang-alang dah ke Batam..rugi jika tak lajakkan terus ke Pulau Bintan. Perjalanan dari Batam ke Bintan harus menaiki feri atau speed boat. Jika menaiki feri perjalanan mengambil masa selama 1 jam, manakala jika menaiki speed boat..perjalanan dari Batam ke Bintan cuma mengambil masa selama 15 minit sahaja.

Sedikit Mengenai Pulau Bintan

Pulau Bintan yang juga dikenali sebagai Negeri Segantang Lada ialah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia. Pulau Bintan merupakan sebahagian daripada provinsi Kepulauan Riau di mana terletaknya Tanjung Pinang iaitu ibu negeri Riau.

Pulau Bintan mempunyai keluasan 2,402.28 kilometer persegi (jumlah keseluruhan kawasan ialah 60,057 kilometer persegi termasuk 96% kawasan laut).

Rata-rata penduduk Pulau Bintan adalah berbangsa Melayu dan bercakap dalam bahasa Melayu. Jadi jika ke Pulau Bintan jangan pelik bila mereka berbahasa Melayu macam di Malaysia.  Sama seperti di Batam dan Malaysia, Islam adalah agama majoriti penduduk di Pulau Bintan. Dan kebanyakan penduduk Bintan adalah nelayan.

Untuk pengetahuan, tanah yang berada di Pulau Bintan adalah tanah yang jenis merah iatu tanah yang tidak subur untuk dibangunkan sebagai tanah pertanian. Sebab itulah rata-rata penduduk Pulau Bintan bekerja sebagai nelayan.

Perjalanan Dari Pulau Batam ke Pulau Bintan

Oleh kerana Batam dan Bintan adalah sebuah negeri berbeza ibarat Selangor dan Pahang, jadi agak banyak juga kelainan termasuk bahasa pengantara kerana penduduk Bintan berbahasa Melayu manakala penduduk Batam berbahasa Indonesia.

Dari Batam, kami menaiki speed boat dari Pelabuhan Domestik Telaga Punggur terus ke Tanjung Uban. Perjalanan kami menaiki speed boat cuma mengambil masa selama 15 minit sahaja berbanding jika menaiki feri akan mengambil masa selama 1 jam.



Dari Tanjung Uban ada bas yang menanti kami untuk menuju ke destinasi. Sama macam di Batam, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat di Bintan ni jauh..maklum lah negeri mereka kan besar.


Pemandangan pekan Tanjung Uban


Tempat Menarik di Pulau Bintan

Sebenarnya banyak juga tempat-tempat menarik di Pulau Bintan ni. Tapi memandangkan jadual kami agak padat jadi cuma 5 tempat yang sempat kami singgah hari tu.

Oh ye..oleh sebab perjalanan kami dari Batam ke Pulau Bintan hari tu melewati waktu Asar, jadi sesampai di jeti Tanjung Uban kami terus menuju ke tempat penginapan kami iaitu Madu Tiga Beach & Resort. Agak jauh juga perjalanan dari Tanjung Uban ke Madu Tiga Beach & Resort iaitu mengambil masa kira-kira 1 jam setengah perjalanan menaiki bas.

1. Madu Tiga Beach & Resort

Sebuah resort yang baru dibangunkan tak sampai lagi setahun. Kalau tak silap aku baru 6 bulan dibina. 



Aku tak pasti kenapa resort ini dinamakan Madu Tiga Beach & Resort, pada perkiraan aku mungkin sebab dia salah seorang peminat Allahyarham P Ramlee sebab kebanyakan pondok-pondok yang terdapat di sini dinamakan sempena filem-filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Cuma ada desas desus mengatakan yang pemilik Madu Tiga Beach & Resort ni sememangnya isteri no. 3..sejauh mana kebenarannya aku tak pasti tapi melalui pengamatan aku memang kebanyakkan pondok-pondok dinamakan sempena filem lama seperti Do Re Mi dan Bujang Lapok.

Tapi aku memang suggestkan korang untuk datang ke Madu Tiga Beach & Resort ni sebab memang cantik sangat. Cuma masa aku datang hari tu agak tak bernasib baik sebab bahagian pantainya ditutup sementara sebab ada tumpahan minyak.

Menurut pengurus resort tersebut, biasanya pantai di sini memang dibuka sentiasa. Tapi ketika hari kami datang tu, kejadian minyak tumpah baru je berlaku jadi kami dihalang untuk pergi ke kawasan pantai.


2. Safari Lagoi & Eco Farm


Terdapat pelbagai spesis haiwan antaranya gajah Sumatera, sun bears, pelbagai jenis burung dan banyak lagi la. Cuma menariknya di sini ialah terdapat juga tanaman seperti kacang, jagung, betik, buah naga dan pelbagai lagi jenis tanaman.



Untuk masuk ke sini aku memang nasihatkan korang pakai sport shoe haha sebab macam yang aku terangkan di atas, di Pulau Bintan ni tanahnya berwarna merah..hehe jadi faham-faham lah ye. Jangan pakai kasut tumit tinggi pulak.

Safari Lagoi & Eco Farm ni dibuka setiap hari dari hari Ahad hingga Isnin bermula pada pukul 8 pagi hinga 4 petang, manakal harga tiket pula ialah :

IDR 100,000 (dewasa) 
IDR 50,000 (kanak-kanak)

3. Rumah Imaji, Lagoi

Rumah Imaji ni memang menarik sangat. Kalau di Malaysia ada Museum of Illusions, di sini terdapat Rumah Imaji yang tersangatlah luas dan besar. Jadi korang boleh bergambar sepuas-puasnya.




Rumah Imaji beroperasi setiap hari dari Ahad hingga Isnin dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Harga untuk masuk ke Rumah Imaji ni pula :-

IDR 100,000 (dewasa)
IDR 50,000 (kanak-kanak)

4. Lagoi Bay

Lagoi Bay ni sememangnya tempat tumpuan para pelancong. Kat sini terdapat pelbagai tempat dan pemandangan yang menarik.




Kat sini juga terdapat tempat letak kunci yang jadi kegilaan pelancong. Siapa datang sini mesti letak kunci kat sini..hehe..ntah apa simboliknya, aku pun tak tahu..hehehe..


5. Treasure Bay Bintan

Di Treasure Bay Bintan ni terdapat Crystal Lagoon iaitu taman rekreasi air terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia. Dibangunkan seluas 6.3 hektar dan terdapat pelbagai mainan yang ada di sini. Jadi.. Treasure Bay Bintan ni memang sangat sesuai dijadikan tempat percutian bersama keluarga.




Bercuti Dengan Pakej Lebih Mudah & Selamat

Macam aku, aku memang lebih suka ambil pakej berbanding pergi sendiri, maklumlah cuma berhati-hati sebab di mana-mana pun kalau tak berhati-hati memang mudah ditipu.

Lagi pun pada aku..ambil pakej lebih selesa sebab segala perjalanan dan tempat dituju sudah dirancang. Kalau korang nak ke Batam dan Bintan dengan pakej yang menarik korang boleh cuba menggunakan perkhidmatan Air Tours & Travel yang dimiliki oleh Ibu Adis. Memang tip top dan sangat bagus layanannya. Memang sangat puas hati!

Air Tours & Travel
Komp. Ruko Botania Garden
Blok D3 No 18, Batam Centre - Batam Island

Tel : +62-778-7433397
W/A : +62-813-64070919 (Simpati)
W/A : +62-877-64070919 (XL)

Instagram : https://www.instagram.com/airtourstravel/?hl=en

Berapa Bajet Untuk Datang Ke Batam & Bintan?

Aku tau..itu mesti soalan yang pertama akan keluar. Ye la..nak bercuti mesti la tengok bajet kan? Ok..ni aku lampirkan pakej-pakej yang disediakan oleh Air Tours & Travel. Nanti korang boleh la pilih mengikut bajet yang bersesuaian dengan korang.