Tak lama lagi dah nak cuti sekolah kan? Biasa cuti sekolah mesti nak plan pergi jalan-jalan dengan keluarga, makan besar dengan anak-anak dan belanja sanak saudara yang datang jauh.

Jom aku share satu tempat makan yang banyak sangat pilihan makanan yang ada dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Kat mana tu? Ha..dekat je..di IOI City Mall, Putrajaya.


Pak John Steamboat & BBQ

Pak John Steamboat & BBQ restoran terletak di GE-11, Ground Floor, IOI City Mall ini menawarkan 160 pilihan makanan dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.

Korang boleh pilih apa sahaja makanan yang korang nak makan dan enjoy lah sepuas hati korang hehehe..macama aku hari tu, duduk makan sampai 2 jam! Sampai perut rasa nak meletup hahah..mana taknya..semua makanan kat sini sedap-sedap belaka.

Hari tu, aku pilih sup tom yam sebagai kuah steamboat. Tom yam dia memang sedaplah dan kena sangat dengan tekak aku yang sukakan makanan masam-masam pedas.



Untuk yang bakar-bakar, suami aku dah pastilah ambil kambing. Aku..sebab memang tak berapa nak makan kambing jadi aku lebih suka ambil daging dan abalone..hehehe..sedap wei abalone bakar! Aku sampai ulang ambil 2-3 pinggan.





Tapi sumpah wei..banyak sangat pilihan makanan. Aku sampai tak tau nak pilih mana satu..hahaha..bagi yang awak anak-anak, mesti diaorang suka bila tengok banyak sangat 'cucuk-cucuk'. Macam aku yang dah tua ni pun bukan main terujanya bila dapat fish cake hahaha..pastu rebus dalam sup tom yam..perghh meleleh!



Untuk penggemar-penggemar makanan laut pulak..aku rasa Pak John ni pun kira ibarat syurga makanan laut jugak lah bila tengok banyak giler seafood yang dihidangkan di sini.



Nampak tak muka keliru nak amik apa? hahaha..
Ha..kalau nak cerita bab makanan..memang tak habis lah kan..sebab terlalu banyak sangat pilihan. Bayangkan lah..kalau ada 160 pilihan! Aku rasa separuh dari 160 tu pun aku tak terambil.

Selain hidangan untuk steamboat & BBQ, terdapat juga hidangan buffet seperti mee goreng, nasi goreng dan pelbagai pilihan lagi.


Hidangan pencuci mulut juga disediakan termasuk kek, waffle dan ais krim. Jadi aku rasa Pak John ni memang sebuah restoran yang sangat sesuai untuk bawa seisi keluarga.


Aku suka bahagian ni..ni tempat sos..pelbagai pilihan sos ada di sini

Harga Berpatutan Untuk Hidangan Sehebat Ini

Melihat hidangan yang aku cerita kan di atas..mesti korang tertanya-tanya berapa harga sekepala? Muahahah..mesti korang tak percaya yang harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan.


Jadi, kalau korang berminat nak makan di Pak John ni, boleh lah korang ke outlet-outlet yang berdekatan dengan korang sebab Pak John ni selain ada di IOI City Mall, juga ada di E-Curve


Pak John Steamboat & BBQ
IOI City Mall Outlet
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall,
62502 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel : +603-89571128

E-Curve Outlet
Lot LG-13A & LG-15, eCurve Mall,
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47820 Petaling Jaya, Selangor

Tel : +603-77333913/ 012-7050648

Website : www.pakjohn.com