Bertempat di The Club Bukit Utama Golf Resort, UFORA sebuah jenama yang melahirkan ramai jelitawan telah melancarkan produk skincare terbaru mereka.


Alhamdulillah..aku turut berkesempatan untuk sama-sama meriahkan majlis pelancaran tersebut yang diadakan dalam acara gilang gemilang dengan kehadiran para wartawan, blogger dan artis tempatan.

Turut diperkenalkan kepada hadirin ialah pengasas UFORA sendiri iaitu Puan Supia Saupi dan suami iaitu Encik Nik Mohd Hilman Mustapha..hehe..cantik sangat tau Puan Supia ni..ada iras-iras Neelofa pada pandangan mata aku. En Nik pun tak kurang hensemnya..ibarat pinang dibelah dua. 

Pengasas Ufora Skincare Pn.Supia Saupi & suami En Nik Mohd Hilman

Sekitar Majlis Pelancaran

Majlis pelancaran UFORA skincare telah diadakan pada 1 Oktober 2018 bertempat di The Club Bukit Utama Golf Resort.

Majlis yang penuh meriah ini telah memperkenal skincare keluaran UFORA yang terdiri daripada 3 produk sahaja iaitu facial foam, sunscreen dan night serum yang bertepatan dengan konsep mereka iaitu "less item, more skincare"

Cukup dengan 3 produk penjagaan rutin harian, pengguna dijanjikan dengan keberkesanan dan kesihatan kulit dengan lebih mendalam.




3 produk penjagaan yang UFORA telah lancarkan ialah :

1. Facial Foam

Facial Foam keluaran UFORA ni kaya dengan kandungan ekstrak cranberry, ekstrak betik dan vitamin C yang bertindak untuk :
  • Membersih dan menyegarkan kulit
  • Menanggal kotoran dan sel kulit mati
  • Mencerahkan kulit
  • memperbaiki serta mengembalikan seri wajah
Cara penggunaan :
Cuma picitkan sedikit di atas tapak tangan, buih pencuci akan keluar dan urutkan pada wajah dan bersihkan dengan air.

sumber gambar : FB Page Ufora Skincare

2. Sunscreen

Anti penuaan yang terkandung di dalam Sunscreen UFORA ini mampu membuatkan kulit muka kekal muda dan anggun. dengan SPF 50, sunscreen keluaran UFORA ini mampu melindungi kulit dari sinaran UV .

Antara kelebihan sunscreen UFORA ialah :
  • Menutup cela di wajah
  • Perlindungan UVA & UVB yang efektif dan selamat digunakan
  • Mencerah dan meratakan tona kulit
  • Kaya dengan vitamin E
Cara penggunaan :
Oleskan pada kulit wajah setiap pagi selepas membersihkan muka. Boleh juga digunakan sebelum menggunakan make up.

sumber gambar : FB Page Ufora Skincare

3. Night Serum

Night serum keluaran UFORa ini sangat sesuai dengan semua jenis kulit kerana mempunyai kandungan aloe vera yang berkualiti tinggi. Night serum ini bertindak sebagai :
  • Mencerahkan kulit
  • Merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat
  • Menghilangkan parut di permukaan wajah
  • Melembutkan kulit wajah
Cara penggunaan :
Oleskan pada kulit wajah setiap malam sebelum tidur

sumber gambar : FB Page Ufora Skincare

sumber gambar : FB Page Ufora Skincare

Tahniah kepada pengasas produk UFORA iaitu Puan Supia dan suami Encik Nik Hilman kerana berjaya mengeluarkan produk berkualiti tinggi dan packaging yang menarik setanding produk keluaran antarabangsa.

Untuk setiap set UFORA skincare ini didatangkan sekali dengan 3D Blend Puff dan dijual dengan harga RM139 (Semenanjung Malaysia) & RM149 (Sabah & Sarawak)

Bagi yang berminat untuk memiliki set penjagaan wajah dari UFORA ini boleh lah dapatkan keterangan lanjut di :


UFORA Skincare juga boleh didapati di kedai jamu seluruh Malaysia

Sebelum berundur nah aku belanja sedikit video dan gambar sekitar majlis pelancaran UFORA Skincare.