Ahad lepas sekali lagi aku berkesempatan untuk turut hadir memeriahkan majlis 'CANNIS ~ THE FUTURE STAR OF NASDAQ' yang diadakan di KLCC Convention Centre yang turut dihadiri oleh lebih 3 ribu hadirin.


Pada yang memang follow aku mesti dah pernah baca artikel aku mengenai CANNIS. Bagi yang belum pernah baca boleh la klik link ni ..hehehe..http://www.bebelancikmin.com/2018/08/aplikasi-cannis-gabungan-7-dalam-1.html

NASDAQ

Sebelum aku pergi lebih lanjut, aku nak terangkan sedikit pada korang apa itu NASDAQ? NASDAQ adalah singkatan kepada National Association of Security Dealers Automated Quotation iaitu pasaran perdagangan sekuriti ekuiti berskrin elektronik terbesar di Amerika Syarikat. 

Dengan kira-kira 3,700 syarikat dan perbadanan, bursa ini menikmati jumlah dagangan sejam yang terbanyak di kalangan semua bursa saham di dunia.

Sedikit Tentang CANNIS

Ha..bila korang dah faham apa itu NASDAQ barulah senang aku nak ceritakan lebih lanjut tentng CANNIS pulak. Dan untuk tak memeningkan kepala korang, aku ceritakan serba sedikit tentang CANNIS sebelum aku ceritakan tentang aplikasi CANNIS dan sebagainya..hehe..

CANNIS adalah sebuah syarikat yang mempunyai hampir 100 orang pakar engineer daripada syarikat software di Hong Kong dan Amerika Syarikat.

CANNIS ni bukan calang-calang syarikat tau sebab CANNIS ini diketuai oleh insan-insan hebat di Malaysia seperti Y.A.M Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai Pengerusi CANNIS, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat sebagai Naib Pengerusi, Miss Angle Huang sebagai CFO dan Dato' Dr Azman Ching sebagai Group CEO.

Dato' Dr Azman Ching sebagai Group CEO.

Y.A.M Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai Pengerusi CANNIS telah diiringi oleh Dato' Dr Azman Ching untuk masuk ke dewan.


Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat sebagai Naib Pengerusi

Aplikasi CANNIS

CANNIS telah mencipta sebuah aplikasi gabungan 7 dalam 1 iaitu :
  • Live Broadcast
  • Creative Video
  • E-Dagang
  • Social Media
  • Diskaun untuk membeli-belah
  • Online game
  • Pembayaran online

Bayangkan, dalam masa kurang 2 bulan, aplikasi mudah alih CANNIS ini telah berjaya mengumpul 100 ribu pengguna! Hebat kan? Mana tak nya..korang boleh lakukan banyak perkara cuma menerusi 1 aplikasi sahaja. Senang dan sangat menjimatkan masa.

Sejak awal tahun 2018 lagi sebenarnya CANNIS telah melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama rakan strategik mereka, CANNIS telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di NASDAQ tidak lama lagi. 

Dengarnya Suku Ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk App Store  sebab dikhabarkan jumlah muat turun aplikasi komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebiji 29 bilion, kenaikan 10%. Ha..jadi bagi korang yang berminat untuk mencuba aplikasi CANNIS ni jangan lupa untuk download di Google Play dan App Store..

Menurut Dato' Dr Azman Ching ketika sidang akhbar baru-baru ni, CANNIS juga bakal melancarkan Long TV iaitu sebuah siaran tv yang menyediakan pelbagai channel dan juga 'powerbank station' yang memudahkan pengguna untuk menggunakan powerbank secara sewaan. Ha? Camne tu? Ekekeke..tak sabar aku nak tunggu diaorang melancarkan ini semua.



Bagi korang yang masih mahukan keterangan lanjut dan lebih pemahaman korang boleh lah dapatkan keterangan lanjut mengenai CANNIS ni di :