Aplikasi Cannis Gabungan 7 Dalam 1

by - August 19, 2018

Semalam, 18hb Ogos 2018 bertempat di Setia City Convention Centre, NIMPMOS Sdn Bhd iaitu sebuah platform e-dagang secara langsung dari Malaysia telah melancarkan aplikasi Cannis yang mampu mengumpulkan lebih 20,000 pengguna dalam masa 24 jam.



Wahhh..menarik sungguh bunyinya kan? Tau tak? Semalam aku berkesempatanlah ke majlis pelancaran Cannis ni dan MasyaAllah memang meriah sungguh! Lautan manusialah yang membanjiri majlis pelancaran gilang gemilang tu. Dianggarkan 5,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.



Antara yang turut hadir ialah Pengerusi Cannis iaitu Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, kekanda Sultan Selangor.

Turut hadir juga ialah Tan Sri Dato Sri Ong Tee Kiat selaku Naib Pengerusi Cannis Group serta Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Datuk Dr. Azman Chin.


Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat

Apa Itu Aplikasi Cannis?

Dengan menggunakan slogan 'You think it, we build it' aplikasi Cannis adalah satu aplikasi yang menggabungkan :-
  • Live broadcast
  • Creative Video
  • E- Dagang
  • Social Media
  • Diskaun untuk bershopping
  • Online game
  • Pembayaran Online
Pendek kata semuanya ada dalam satu aplikasi dan sangat memudahkan pengguna. Untuk pengetahuan korang, Cannis ni mempunyai hampir 100 senarai jurutera professional dari syarikat software di Hong Kong dan Amerika Syarikat dengan keupayaan penyelidikan pembangunan yang kukuh.

Nah..apa kata tengok video ni kejap untuk lebih faham apa yang aku ceritakan mengenai Cannis ni..hehe..


Aplikasi yang canggih ini mampu mengumpulkan  lebih 20,000 pengguna dalam masa 24 jam dan dijangka akan menjadi aplikasi pilihan ramai di masa akan datang. Pergh..menarik sungguh bunyinya kan? Maklumlah..semuanya ada dan menguntungkan semua pihak. Contohnya macam aku yang ada produk sendiri ni..pun boleh bekerjasama dengan Cannis untuk memasarkan produk aku secara online.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cannis iaitu Datuk Dr. Azman Chin, durian musang king pun turut dijual secara online mnggunakan aplikasi Cannis ni tau! Dan penghantaran dalam masa 24 jam terus dari China. Hahaha..sekarang dah tak payah nak susah-susah start enjin kereta dah nak cari musang king..semuanya dihujung jari anda gittewww..haha..

Sekitar Majlis Pelancaran Aplikasi Cannis

Macam yang aku dah ceritakan sedikit di awal tadi, majlis pelancaran aplikasi Cannis ni telah berlangsung di Setia City Convention, Shah Alam. Memang meriah sangat-sangat majlis ni. Anggaran seramai 5,000 orang tetamu menghadiri majlis pelancaran aplikasi yang gah ini.

Punyalah meriah hinggakan persembahan tarian singa pun ada tau! Lautan manusia yang datang ni bukan sahaja dari Malaysia malah ada yang datang dari Singapore, Indonesia, Korea, Thailand dan banyak lagi lah.



Antara tetamu yang hadir ialah pengasas, pengerusi dan kapitalis Aaron Tsai yang merupakan seorang kapitalis profesional dalam membantu syarikat-syarikat China untuk menyenaraikan bursa saham New York, Nasdaq dan GEM, dan presiden persatuan Blockchain Korea dan World Blockchain South  Pengerusi Persatuan Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jason H, Guangdong dan ramai lagi.


Turut diadakan juga ialah majlis menandatangani perjanjian atau M.O.U 


Bagi korang yang ingin tahu lebih lanjut atau pun download sendiri aplikasi Cannis ni, bolehlah ke :

Website : www.cannis.app


You May Also Like

2 comments

  1. Bestnya dpt event CANNIS npk media sangat, tahniah CANNIS dgn pelancaran tbt😊

    ReplyDelete
  2. singgah sini sambil follow blog hehe

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/altheas-real-fresh-skin-detoxer-review.html

    ReplyDelete