Aku memang suka drama Korea sejak lama dulu. kalau tak silap aku, aku mula terjebak dengan drama-drama Korea ni sejak tahun 2002 lagi..perghh..gila lama kan? Dulu-dulu antara yang paling hit ialah Winter Sonata la kan? Pastu banyak lah lagi drama-drama yang hit.

Kali ni aku nak sharekan dengan korang 3 buah drama pilihan aku yang aku rasa antara yang paling best untuk tahun 2018. Istilah 'paling best' yang aku gunakan ni ialah berdasarkan cerita yang tidak meleret dan boring serta jalan cerita yang bagus. 

Jom aku sharekan apa drama terbaik pilihan aku tu :

1. Let Me Introduce Her / About Her

Drama lakonan mantap Nam Sang-Mi, Kim Jae-won dan Jo Hyun-jae ini mengisahkan tentang semangat juang seorang isteri melawan kezaliman seorang suami yang sering mendera fizikal dan emosinya selama 7 tahun.

Tidak tahan dengan deraan demi deraan dari suaminya, Ji Eun-han bertindak melarikan diri dan membuat pembedahan plastik bagi merubah rupanya. Namun malang tidak berbau, Ji Eun-han telah mengalami masalah hilang ingatan dan takdir telah membawanya kembali ke rumah neraka yang dia  nekad tinggalkan.

Paling aku suka cerita ni ialah dia menggambarkan bagaimana sebuah rumahtangga yang nampak bahagia dan sempurna diluaran tidak semestinya bahagia dalam istilah sebenar. Drama ini juga mengajar kita untuk bangkit dan berjuang demi hidup macam Ji Eun-han ni..hehe..malas cerita panjang..baik korang tengok sendiri.


2. Familiar Wife

Ni lagi 1 drama yang aku suka sebab drama ni memberi kesedaran pada aku untuk aku hargai apa yang aku ada pada hari ini.

Ia mengisahkan tentang kehidupan suami isteri (lakonan Ji Sung & Han Ji-min) yang sentiasa berantakan. Sebab dah tak tahan dgn kehidupan yg tak harmoni tu suami dia ‘wish’ yg dia ada kehidupan baru yg x sengsara.

1 day berlaku ‘magic’ bila kehidupan suami ni betul-betul berubah. Isterinya bukan lagi isteri yang sentiasa bengis & pemarah tapi seorang perempuan cantik idamannya ketika di kolej.
Dalam kehidupan baru tu si suami bertemu semula si isteri di kehidupan lamanya. Kali ni si isteri menjadi rakan sekerja si suami.
Dari situ si suami mula mengenali isterinya. Baru dia sedar yang sikapnya la menyebabkan si isteri bertukar sifat, baru dia sedar tentang kelemahannya menjadi seorang suami menjadikan isterinya berubah menjadi ‘rasaksa’..
Si suami mula jatuh cinta dan menyesal atas tiap perbuatan & ingin kembali ke masa silam tapi keadaan dah terlambat..
Muahaha..pada aku drama ni macam bagi banyak pengajaran jugak la pada aku..antaranya :
  • Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang
  • Hargai pasangan hidup kita
  • Petbaikilah kekurangan dalam perhubungan, selidik di mana silapnya bila kehidupan rumahtangga tidak lagi harmoni.
  • Sikap kita adakalanya memberi impak pada perhubungan kita.
  • Pasangan kita adaah yang terbaik yang telah dianugerahkan oleh Allah

Wahhhh gituuuu..haha..aku memang camni tiap kali tengok drama aku akan melihat sesuatu drama tu dari pelbagai perspektif. Tak semua drama tu asyik tunjuk tauladan tak baik..sebenarnya yang penting camne cara kita berfikir.

3. Player

Aku suka drama Player ni sebab drama ni macam kisah penyiasatan sikit..cerita yang membanteras jenayah dan orang jahat..

Drama lakonan Song Seung-heon, Krystal Jung, Lee Si-eon & Tae Won-suk ni sekarang sedang ditayangkan di astro channel 395. Aku memang tengah giler dengan drama ni la sekarang. 

Drama ni mengisahkan 4 orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing yang bergabung namun sebagai penjenayah. Tapi demi membanteras jenayah juga, si 4 orang penjenayah yang pakar ni telah bergabung dengan pihak pendakwaraya bagi mengheret penjenayah kemuka pengadilan.


Hehe..tu la dia 3 drama terbaik pilihan aku untuk tahun 2018. tengok wei korang jangan tak tengok..yang pasti 3 drama ni plot jalannya tak membosankan dan tak terlalu meleret.