Biasa makan sambal hitam Pahang? Sambal hitam Pahang ni memang tak asing lagi di Malaysia sekarang. Suatu masa dulu, sambal hitam pahang ni cuma dikenali di Pahang sahaja tau sebab sambal hitam pahang ialah sambal tradisi negeri Pahang.
Asalnya sambal hitam pahang ni cuma dikenali di 3 daerah di Pahang iaitu di daerah Raub, Kuala Lipis dan Jerantut di mana tempat lahir sambal hitam hitam pahang ini sendiri. Kemudian barulah merebak ke daerah-daerah lain di Pahang.
Pernah sekitar tahun 1998-2006 aku belajar di Kuantan dan seterusnya bekerja di Muadzam Shah, masa tu bila aku ceritakan tentang sambal hitam pahang masih ramai yang tak kenal. Sedangkan aku dah kenal sambal hitam pahang ni sejak lahir..maklum lah aku memang berasal dari daerah Raub.
kalau di daerah Raub, Kuala Lipis dan Jerantut..sebut je sambal hitam memang semua tahu dan memang menjadi hidangan wajib di setiap rumah. Sebenarnya sambal hitam pahang ni dimakan dalam 2 cara. Cara pertama dimakan mentah je. Cuma tumbuk cili,ikan bilis,garam dan belimbing rebus a.k.a belimbing hitam kemudian dihidangkan dan makan bersama ulam-ulaman.
Cara kedua pula ialah digoreng dan dimasak dan cara yang kedua ni yang sangat popular sekarang. Di mana-mana pun sekarang ramai yang menghidangkan dengan cara kedua. Kalau aku, memang suka kedua-dua cara. Kalau yang mentah tu aku paling suka kalau makan bersama pucuk betik. Memang umphh sangat!
Kenapa dipanggil Sambal Hitam?
Asal nama sambal hitam ni ialah lahir dari warna hitam belimbing yang telah direbus. Sambal hitam pahang ni menggunakan belimbing buluh yang telah direbus hampir seharian, setelah direbus..belimbing buluh yang asalnya bewarna hijau akan bertukar warna menjadi hitam. Ha..dari situ lahirlah nama sambal hitam! Bagi orang Pahang pula sebutannya ialah 'Itang' Biasa orang Pahang akan panggil Sambei Itang atau sambal belimbing.
Belimbing buluh yang segar |
Belimbing buluh yang telah direbus |
Dan proses untuk merebus belimbing buluh ni bukan senang tau! Belimbing buluh ni akan direbus tanpa menggunakan air, cukup sekadar direbus bersama garam kasar dengan menggunakan kayu api. Kalau menggunakan dapur gas warnanya tidak akan menjadi hitam. Ia akan menjadi warna kemerahan. Kalau aku, memang mengekalkan lagi cara tradisi untuk merebus belimbing ni sebab asap-asap dari kayu api tu lah yang membangkitkan aroma belimbing rebus ni.
Proses Memasak Sambal Hitam
Untuk proses memasak sambal hitam ni pun tak semudah memasak sambal lain. Sambal hitam perlu dimasak lama dengan menggunakan api yang kecil. Kenapa? Untuk tahan lebih lama. Bagi yang memasak sekadar makan bersama keluarga, memang tak susah. Tak payah masak lama pun tapi sambal paling lama bertahan 2 hari dan kemudian akan berkulat.
Macam aku yang sememangnya pengusaha Min'z Sambal Hitam Pahang ni, proses untuk memasak sejenis sambal hitam akan mengambil masa selama hampir 12 jam! Semua bahan-bahan akan dipastikan betul-betul masak sebelum proses seterusnya dijalankan. Sambal akan dimasak dengan api yang perlahan dan sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
Memandangkan aku memang sedikit pun tidak menggunakan bahan pengawet dan bahan perisa tambahan, ketepatan waktu amatlah penting bagi memastikan sambal hitam pahang ini tahan lebih lama. Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun menghasilkan Min'z Sambal Hitam Pahang ni..Insyallah sambal kami tahan sehingga 1-2 tahun diluar selagi tak dibuka dan masuk angin.
Min'z Sambal Hitam Pahang
Bagi yang baru mengenali Min'z Sambal Hitam Pahang, disini aku ingin berkongsikan sedikit maklumat tentang sambal hitam pahang keluaran kami.
Kami telah menghasilkan 3 jenis sambal hitam pahang iaitu :
- Sambal Hitam Ikan Bilis Basah iaitu sambal hitam pahang versi asli seperti yang sentiasa dihidangkan di rumah. Istimewanya sambal hitam kami ialah kami menggunakan bahan-bahan mentah premium yang kami memang memastikan kesegarannya kerana bahan yang tak segar akan mengganggu keaslian rasa sambal hitam pahang. Manakala untuk ikan bilis pula, kami sememangnya cerewet dengan jenis ikan bilis yang digunakan sebab itu kami sanggup membeli ikan bilis yang betul-betul bagus kualitinya dari Sabah. Harga sebotol Sambal Hitam Ikan Bilis Basah ni kami jual dengan harga cuma RM15 sebotol.
- Sambal Hitam Ikan Bilis Kering. Sambal Hitam Ikan Bilis Kering ni teksturnya seakan-akan serunding. Proses memasak Sambal Hitam Ikan Bilis Kering la yang paling lama. Bagi sesetengah mereka yang tak sukakan sambal bertekstur basah, Sambal Hitam Ikan Bilis Kering memang menjadi pilihan. Yang pasti rasa masam, masin, manis dan pedas yang seimbang membuatkan Sambal Hitam Ikan Bilis Kering ni betul-betul unik dan authentic! Dijual dengan harga cuma RM15 sebotol sahaja
- Sambal Hitam Ikan Talang. Ini adalah sambal signature kami! Sambal Hitam Ikan Talang adalah resipi inovasi yang kami ciptakan sendiri. Menggunakan ikan talang jeruk yang kami import dari luar negara, proses menghasilkan sambal hitam ikan talang la yang paling rumit sekali. Ikan talang jeruk yang segar tu kami potong menjadi kiub-kiub dan kemudian barulah dimasak menjadikan sambal hitam pahang. Dan Sambal Hitam Ikan Talang adalah yag paling laris dijual sebab itu kami gelarkan Sambal Hitam Ikan Talang ni sebagai 'Golden Product' kami. Kami pastikan setiap kunyahan tidak akan mengecewakan. Bayangkan rasa masam yang terbit dari belimbing buluh rebus, masin dari ikan talang jeruk, manis dari kesegaran bawang yang kami gunakan dan pedas dari cili api yang terpilih diadun dan dimasak sempurna sehingga berjam-jam lamanya melahirkan rasa sambal hitam pahang yang enak dan tidak sedikit pun menjejaskan keaslian rasa sambal hitam pahang itu sendiri. Dijual dengan harga RM20 sebotol kami memastikan harga kami setanding rasa.
Menariknya, packaging kami sangat mesra pengguna dengan label-label yang lengkap dengan fakta nutrisi dan sebagainya. Hanya perlu buka kan penutup botol dan sambal kami sedia dimakan. Min'z Sambal Hitam setakat ini memang mudah untuk dibawa travel ke luar negara termasuk ke Australia. Alhamdulillah packaging kami membantu memudahkan proses untuk dibawa ke luar. Ramai pelanggan kami telah bawa ke Perth, Pakistan, Mekah, Korea, Norway, Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Bagi yang ingin mencari goodies untuk para tetamu..kami juga menyediakan pek size kecil yang sangat sesuai untuk dijadikan hantaran mahupun cenderahati pada para tetamu majlis. Bayangkan, korang hadiahkan sambal hitam pahang yang sememangnya rare dan bukan mudah di masak ni untuk tetamu kehormat korang! pasti majlis korang menjadi sebutan!
Kini Min'z Sambal Hitam Pahang dijual di Potboy Groceries
Seiring dengan arus kemodenan kini yang rata-rata pngguna lebih suka untuk membeli secara online. Kini Min'z Sambal Hitam Pahang boleh dibeli terus secara online di Potboy Groceries.
Potboy Groceries sememangnya terkenal khususnya di Lembah Klang kerana sangat-sangat membantu pengguna. Mana taknya..korang boleh beli apa sahaja barang dengan minima order cuma 1 barang dan Potboy Groceries akan menghantar barang yang korang order tu ke depan pintu rumah korang! Perghhh..mudah kan?
Jadi..bagi korang yang nak sangat mencuba produk kami iaitu Min'z Sambal Hitam Pahang, korang boleh terus dapatkan produk kami di Potboy Groceries dengan cuma menekan link ini https://potboy.com.my/index.php/catalogsearch/result/?q=sambal+hitam+pahang&cat=
Untuk pengetahuan korang, 7 September yang lepas pihak Potboy Groceries sendiri telah melakukan proosi besar-besaran tentang kehadiran Min'z Sambal Hitam Pahang di platform Potboy Groceries. Kehadiran pihak Potboy Groceries ke kedai kami di Setia Alam dan kehadiran rakan-rakan blogger bagi menjayakan FB Live Potboy Groceries sangat kami hargai.
Bagi yang tak berkesempatan untuk melihat kami di FB Live Potboy Groceries hari tu jangan bimbang..korang boleh klik link ni ye! https://www.facebook.com/potboygroceries/videos/277100803127514/
Jadi..korang tunggu apa lagi? Hehehe..untuk dapatkan Min'z Sambal Hitam sekarang dah mudah! Cuma klik https://potboy.com.my/index.php/catalogsearch/result/?q=sambal+hitam+pahang&cat=
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Min'z Sambal Hitam Pahang boleh rujuk di bawah :
Alamat :
Min'z Sambal Hitam Pahang
No.106, Jalan Setia Permai BQ U13/BQ,
Setia Alam Seksyen U13, 40170
Shah Alam, Selangor
Whatsap : www.wassap.my/6014666772
1 Comments
nak belilah! dah lama teringin haha geram je nengok
ReplyDelete