Puas-Puas Puasa Bersama California Raisin

Daripada kecil aku memang suka sangat makan kismis. Pulak-pulak masa belajar, segelas susu segar bersama beberapa biji kismis memang jadi menu wajib setiap pagi.

Jenama kismis yang aku suka ialah 'California Raisin' sebab kismis California ni betul-betul manis semulajadi tanpa sebarang gula dan kaya dengan nutrient. Sebab itu kismis boleh dijadikan sebagai snek makanan sihat.




  

Menariknya, untuk menyambut kedatangan ramadan baru-baru ini, pihak California Raisin telah menganjurkan acara untuk media bertemakan 'Puas-puas Puasa' untuk memperlihatkan khasiat kebaikan kismis California.

Untuk acara tersebut diadakan juga pertandingan menghias kek dan biskut dengan menggunakan kismis keluaran California. Aku tak terkecuali mengambil tempat walaupun tak kreatif hahahaha..yang penting cuba! hahaha..

hahaha..ni hasil percubaan menghias yang aku buat..wakaka

Selain pertandingan menghias kek dan biskut, personaliti TV yang juga merupakan ibu yang sibuk iaitu Nur Affizza Azmi turut memeriahkan suasana dengan menghidangkan 3 jenis resipi mudah menggunakan kismis California.


Kenapa aku pilih Kismis California? Haaa..sebab kismis calfornia ni :-

  • Semulajadi sepenuhnya
  • Manis secara semulajadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak dan kolestrol dan rendah natrium (garam) secara semulajadi
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  • Sumber serat
  • Sumber nutrient
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.

Resipi Kuih Lopes Raisin California

Nah..aku kongsikan dengan korang resipi kuih lopes yang menggunakan kismis california ni.

Bahan-bahan Kuih Lopes :
  • 150g California Raisins
  • 600g Pulut
  • 10 helai Daun Pandan (cuci dan hiris 1sm)
  • 250ml Air
  • 2 sudu kecil Air Kapur
  • 2 cawan kelapa parut (putih sahaja)
  • 1/2 sudu kecil Garam
Bahan-bahan Sirap :
  • Gula Melaka (cincang kasar)
  • 150ml Air
  • 2 helai Daun Pandan (simpulkan)
* Daun pisang dipotong empat segi, celur dalam air panas selama 2 minit untuk melembutkannya.

Cara-cara memasak :
  • Cuci pulut sehingga bersih. Masukkan ke dalam mangkuk beserta air segar (anggaran 3 sm dari paras pulut). Rendam selama 2 jam
  • Sementara itu, sediakan ekstrak pandan. Masukkan hirisan pandan dan air di dalam pengisar. Kisar sehingga lumat. Tapis, perah supaya dapat lebih banyak air. Ketepikan, buang sisa daun pandan.
  • Sejat pulut dan masukkan dalam tin kek tohor dan besar. Campur air daun pandan dengan air kapur. Tuang ke dalam pulut. Kukus atas air didih selama 25 minit. Angkat pulut dari pengukus, tambah California Raisins dan kacau dengan garfu supaya serata.
  • Bahagikan pulut kepada 3 bahagian dan gulung dalam daun pisang. Ikat kedua-dua belah daun pisang sehingga kemas. Kukus lagi selama 15 minit.
  • Semasa mengukus pulut, masak gula melaka bersama air dan daun pandan. Biar sehingga gula larut dan pekat. Tapis. Masukkan sirap ke dalam bekas kecil.
  • Selepas kukus kali kedua, angkat pulut dan sejukkan dalam suhu rumah. Potong 1.5 sm panjang dan gaul dengan kelapa parut yang telah dicampur garam. Hidangkan bersama sirap gula melaka.

Untuk maklumat tentang resipi kismis California, sila ke 



Post a Comment

0 Comments