Ok..sekarang aku nak sambung 15 Tempat Yang Wajib di Lawati
di Johor Darul Takzim. Bahagian pertama aku dah pun kongsikan 5 tempat.
Sekarang aku nak sambung tempat ke-6 dan seterusnya.
6. Angry Bird Activity Park
Terletak di dalam Komtar JBCC di Johor
Bahru. Berkeluasana 26,000 sqft dan mampu memuatkan 1,000 pengunjung dalam satu
masa.
Angry Bird Activity Park sangat sesuai
untuk meluangkan masa bersama keluarga tanpa perlu risau untuk berpanas atau
berhujan sebab semua aktiviti di sini adalah aktiviti indoor. Ada
bermacam-macam aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak dan dewasa. Juga
terdapat mainan/aktiviti yang melibatkan kanak-kanak dan dewasa. Maksudnya
anak-anak dan ibu bapa boleh sama-sama berain dan meluangkan masa bersama.
Selain itu terdapat persembahan live tarian
dari Angry Bird! Yang ni paling aku suka sebab dapat peluk Angry Bird yang
comel ni.
Tiket
& Pakej
Single
Tickets
Normal Rate : RM75.00
Mykad/Mykid Holders : RM60.00
Annual Pass
Normal Rate : 230.00
Mykad/Mykid Holders : RM180.00
Family Pass (4 persons)
Normal Rate : RM280.00
Mykad/Mykid Holders : RM218.00
Family Annual Pass (4 persons)
Normal Rate : RM850.00
Mykad/Mykid Holders : RM700.00
School Groups
RM50/student (add RM20 on Weekends, Public
Holidays, School Holidays)
Waktu operasi : 10 pagi – 10 malam
Alamat : Level 3, Komtar JBCC, Johor Bahru,
80000 Johor Darul Takzim
Tel : 07-3005090/07-3005091
Website : www.angrybirdsactivitypark.my
Email : info@angrybirdsactiviypark.my
7. Desaru Fruit Farm
Desaru Fruit Farm ni tempat yang korang memang
wajib datang kalau ke Johor. Sebab apa? Sebab korang akan rasai sendiri
pengalaman melawat ladang yang berkeluasan 100 ekar ni sambil menikmati
buah-buahan juga hidangan berasaskan buah-buahan. Haa..Macam mana tu?
Desaru Fruits Farm ni telah dibangunkan
pada tahun 1990 dan cuma buka untuk perniagaan Agro Tourism pada tahun 2001.
Daripada tahun 2001 hingga ke tahun 2010,
Desaru Fruits Farm ni telah menerima kira-kira 180,000 pengunjung setahun dan
sehingga tarikh yang direkodkan kira-kira 1.6 juta pengunjung telah melawat
kebun buah yang terbesar ni.
Keluasan
Desaru Fruit Farm ini mempunyai keluasan
seluas 100 ekar (45.5 hektar) dan telah ditanam dengan lebih 10 jenis tumbuhan
dan lebih 100 pokok buah-buahan tropika yang bermusim seperti durian, rambutan,
pulasan dan manggis juga buah-buahan yang tidak bermusim seperti jambu,
cempedak, nangka, kedondong, ciku, nenas, manga, limau kasturi dan buah bidara.
Menarik Di Sini
Apa yang menariknya di sini ialah selain
melawat kawasan yang seluas 100 ekar ni, pengunjung juga boleh merasai sendiri pengalaman menjadi
petani untuk sehari. Dan jika datang pada musim durian pengunjung boleh
menikmati buah durian sepuasnya!
Di Desaru Fruit Farm juga terdapat Mini
Petting Zoo, jadi bagi pengunjung yang datang bawa anak ,bolehlah luangkan
masa di sini.
Tapi yang paling menarik di sini bagi aku
ialah ada buffet lunch di mana korang akan disediakan dengan masakan berasaskan
buah-buhan yang ada di sini seperti :
·
Kerabu Mangga
·
Rendang Nangka
·
Masak Lemak Pisang Daun Selasih
·
Asam Pedas Buah Markisa
·
Masak Lemak Udang Nenas Madu
·
Sotong Goreng Tepung bersama Sos Buah Naga
Menarik bukan? Walaupun sesetengah
masakan bunyi macam pelik tapi percayalah memang semua masakan kat sini sedap
belaka. Aku berani cakap sebab aku dah cuba.
Tapi ada 3 hidangan yang pada aku
memang sedap sangat iaitu Masak Lemak Pisang Daun Selasih, Asam Pedas Buah
Markisa di mana asam pedas ni menggunakan buah markisa sebagai pengganti asam
jawa dan Sotong Goreng Tepung bersama Sos Buah Naga. Memang sedap! Sampai
sekarang teringat-ingat.
Buah Markisa segar dari ladang |
Jambu air ni memang terbaik sangat |
Sotong Goreng Tepung + Sos Buah Naga |
Masak Lemak Pisang Daun Selasih |
Asam Pedas Buah Markisa |
Untuk Keterangan Lanjut
Kalau korang merancang untuk datang
ke sini, korang boleh la ke :
Desaru Fruit Farm
Hentian Penawar No 1,
Sungai Cemaran, Desaru 81900
Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
Tel : +607-8225886, 8308017
Fax : +607-8224886
Website : www.desaruff.com
Email : alice@desaruff.com
8. Muzium Sejarah Kota Johor Lama
Terletak di Kampung Johor Lama iaitu 27km
dari Bandar Kota Tinggi. Kota ini terletak di sebuah kawasan ladang getah di
tepi Sungai Johor.
Sejarah Kota Lama bermula pada tahun 1540
apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor kedua 1528-1564) berpindah ke
Tanjung Batu yang hanya di sebelah Sungai Johor. Baginda kemudiannya membina
sebuah “kota” (benteng) dari kubu batu.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :
Tel : 019-7008324 (En.Kudin)
Tel : 012-7262604/019-7444984 (En. Nahar)
9. Kampung Belukar Durian
Kampung Belukar Durian adalah destinasi
popular untuk memancing udang air tawar dan juga destinasi berkelah romantik serta aktiviti berasaskan air. Tanah Lembab Sedili merupakan contoh yang
terbaik bagi tanah lembab di Negara ini diselubungi dengan tumbuh-tumbuhan di
tepi sungai dan hutan paya air tawar.
Banyak aktiviti boleh didapati di sini
seperti penanaman semula bakau, sungai safari, meneroka pantai berpasir,
mengutip lokan dan sebagainya.
Tapi paling aku suka kat sini ialah
pemandangan yang cantik.
Tel : 019-7380372 (En. Kamal)
Tel : 019-7842064 (Pak Wan Zaili)
10. Taman Buaya Teluk Sengat
Taman Buaya Teluk Sengat terletak di teluk
Sengat, Kota Tinggi, Johor. Terdapat lebih daripada 1000 ekor buaya di sini.
Menariknya di sini terdapat buaya yang berusia lebih daripada 100 tahun.
Taman Buaya ini telah ditubuhkan pada tahun
1979. Buaya-buaya yang terdapat di Taman Buaya Teluk Sengat ini adalah spesis buaya air masin. Para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan bagaimana buaya
diberi makan, selain dibawa untuk melihat buaya-buaya yang berada di Taman
Buaya ini.
Selain itu para pengunjung juga berpeluang
untuk memegang serta bergambar dengan anak buaya dengan pengawasan penjaga.
Pendek kata, kalau melawat Taman Buaya Teluk Sengat ni korang akan diberi
pengetahuan tentang buaya daripada telur hinggalah pada buaya yang berusia
lebih 100 tahun.
Telur Buaya..Teksturnya kasar & keras. !st time aku pegang seumur hidup..haha |
Waktu Kunjungan dan Keterangan Lanjut
Waktu operasi Taman Buaya Teluk sengat ni
ialah daripada 9.00am hingga 6.30pm
Alamat : Lots 1289 & 1290, Jalan
Sembilan,
Kampung Belading, Teluk Sengat,
81940 Kota Tinggi, Johor
Tel : 07-8955220
Fax : 07-8955137
Hp : 016-7162727
Hp : 013-7775508
Hp : 019-7915116
8 Comments
banyak tempat yang kami tak pergi lagi.
ReplyDeleteHehe boleh la ke tempat2 yg sy suggest ni
DeleteBanyak tempat boleh dilawati di Johor rupanya. SIqah tak pernah lagi sampai JB. Inshallah one day :) Kalau nak melawat JB nanti, boleh jenguk balik entri ni :D
ReplyDeleteCik Min, jemput join giveaway dan segmen di blog Siqah jika ada kelapangan ye :)
LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA
SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA
Banyaknya tempat menarik dekat Johor baharu ya dulu pernah sampai tahun 2010 tu atas urusan kerja tak ada g mana
ReplyDeleteKampung Belukar Durian tu cantik..
ReplyDeleteBanyaknya tempat menarik di Johor.kene pergi time cuti sekolah hujung tahun best ni.
ReplyDeletewah
ReplyDeletebanyak tempat menarik di johor nih
Wah banyak rupanya tempat menarik di Johor.. Nak ke johor nanti boleh refer sini😍
ReplyDeleteHusniey baru follow sini, #112 salam kenalan ya cik min