15 Tempat Yang Wajib di Lawati di Johor Darul Takzim (BAHAGIAN 1)

by - April 26, 2018

Awal bulan April 2018 baru-baru ini aku berkesempatan mengikut FAM trip anjuran Gaya Travel dengan usahasama Tourism Johor. Terus terang aku pernah ke Johor tapi tak pernah betul-betul explore tempat-tempat menarik di Johor.

Jadi, mengikuti FAM trip ke Johor baru-baru ni adalah satu rezeki  yang tak terhingga untuk aku sebab aku dah boleh kongsi dengan korang tempat-tempat menarik yang wajib korang lawati di Johor Darul Takzim ni. Terima kasih Gaya Travel atas kesempatan ini..hehe..

Jom Johor..

15 tempat yang wajib korang lawati di Johor ni ialah :

1.       Sanrio Hello Kitty Town

Bagi peminat-peminat Hello Kitty dan khas untuk mereka yang ada anak-anak, jangan lupa untuk datang ke Sanrio Hello Kitty Town yang terletak di Puteri Harbour,Iskandar Puteri ni. Cuma 20 minit pemanduan daripada Malaysia-Singapore Second Link, 25 minit daripada Senai International Airport dan cuma 10 minit daripada Legoland Malaysia Resort.


Kalau korang nak tahu, Sanrio Hello Kitty Town ini adalah yang pertama di buka di luar Jepun! Jadi jangan lepaskan peluang untuk bercuti dengan keluarga di sini sebab ada pelbagai aktiviti yang disediakan di sini.

Selain tempat bermain, ada juga kedai cenderahati dan café yang bertemakan Hello Kitty di sini iaitu Red Bow Café dan Cinnamaroll Café.


Di Kitty’s House pula terdapat 6 section iaitu :
·         Living Room
·         Kitchen
·         Bathroom
·         Kitty’s Room
·         Secret Closet
·         Mimmy’s Room



Dan jangan lepaskan peluang melihat persembahan Hello Kitty di Candy Parade!



Waktu operasi :

Rabu hingga Isnin : 10 am –  6 pm
Selasa : TUTUP

Alamat : SANRIO HELLO KITTY TOWN,
Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour
79000 Iskandar Puteri,
Johor Darul Takzim

Untuk pembelian tiket sila lawati www.puteriharbour.com/play/sanrio-hello-kitty

2.       LEGOLAND®

Umum tahu yang LEGOLAND® adalah tarikan wajib yang ada di Johor Darul Takzim. 

 LEGOLAND® ni memang besar sangat jadi aku cadangkan kalau korang nak datang, luangkan atleast sehari untuk cuba semua permainan yang ada.

Antara yang ada di LEGOLAND® ni ialah :

·         The Great LEGO® Race

Kombinasi antara roller coaster dan virtual reality (VR) technology yang sangat mengujakan.



·         LEGO® NINJAGO WORLD

Rasai sendiri pengalaman dalam 3D dan features effect seperti asap, panas dan angin ketika pengembaraan.

·         Miniland : Asia in LEGO® Bricks

Kat sini korang boleh tengok pelbagai bangunan di bina dengan menggunakan lego. KLCC pun ada tau!





·         LEGO® Star Wars Miniland

Kalau korang nak tau, rekaan dan pembangunan untuk Millennium Falcon dari scene dalam episode IV : A New Hope mengambil masa selama 143 jam dan yang paling mencabar untuk dibina tau..model ni menggunakan 15,000 LEGO bricks dengan berat sebanyak 37kg  dan keluasan sebanyak 1.8m panjang dan 1.3cm luas.

Untuk keterangan lanjut mengenai LEGOLAND® Malaysia Resort :

Tel : +607 597 8888 (setiap hari dari pukul 9 am – 7 pm)

3.       Muzium Nelayan Tanjung Balau

Muzium Nelayan Tanjung Balau ini merupakan satu-satunya muzium yang mencerminkan suasana kehidupan masyarakat nelayan tradisional di Malaysia. Selain daripada galeri utama yang mempamerkan kisah peradaban nelayan, muzium ini turut mempunyai  :-

·         Galeri Geologi

Galeri ini membawa pengunjung kembali ke zaman lampau dengan koleksi fosil, batuan, mineral dan pelbagai informasi penting tentang geologi.

·         Galeri Keselamatan Laut

Galeri ini memaparkan informasi tentang komunikasi dan keselamatan di laut dalam serta koleksi kapal-kapal popular di dunia.

·          Galeri Kapal Karam Desaru.

Galeri ini memaparkan koleksi artifak yang dijumpai dari sebuah kapal dagang dari Negara China yang karam di perairan Desaru

Bagaimana Nak ke Muzium Nelayan Tanjung Balau?

         i.            Daripada Kuala Lumpur

Keluar persimpangan Senai Utara (Exit 253) Lebuhraya PLUS kemudian meneruskan perjalanan melalui Senai-Desaru Expressway (E22) menuju ke Desaru/Tanjung Balau

       ii.            Melalui Udara

Penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor (lebih kurang 45 minit) kemudian 1 jam memandu ke Desaru/Tanjung Balau melalui Senai Desaru Expressway (E22)

Hari Dan Masa Lawatan :

Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi – 12.15 tgh hari, 2.45 petang – 6.00 petang
Sabtu & Ahad : 9.00 pagi – 6.00 petang
·         Muzium ditutup pada hari pertama & kedua Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Bayaran Masuk

Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak : RM1.00

Untuk Keterangan Lanjut :

Bahagian Pelancongan,
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
Jalan Dato’ Haji Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor
Tel : 07-884 3100 / 07-822 1601
Fax : 07-822 6787 / 07-822 1600

4.       Kompleks Kraf Johor

Kompleks Kraf Johor bertempat di Larkin merupakan pusat seni dan budaya setempat di bawah kendalian Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau singkatannya ‘Kraftangan Malaysia’ sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).


Keistimewaan Kompleks Kraf Johor

Kompleks Kraf Johor menawarkan pelbagai produk pelancongan seni kraf kepada pengunjung domestic dan luar Negara berasaskan konsep pembudayaan, pemasaran dan pendidikan :-

                    I.            Premis Pemasaran Kraf

Menawarkan jualan runcit produk kraf dari kategori hadiah dan cenderamata, fesyen dan perhiasan diri, hiasan dalaman dan kelengkapan rumah yang boleh didapati di :

·         Butik Karyaneka @ Hadiah & Cenderamata

Menyediakan pelbagai produk kraf autentik Malaysia kepada pengunjung sebagai momento untuk dibawa pulang. Jenis produk yang dijual termasuklah produk anyaman, aksesori perhiasan diri, piuter, perak, jahitan dan lain-lain.

·         Butik Karyaneka @ Fesyen & Perhiasan Diri

Dibawakan secara eksklusif produk kraf tekstil seperti batik, tenun dan songket termasuk produk ready to wear yang masih mengekalkan penggunaan fabric dari bahan kraf tekstil seperti baju kemeja, blaus kanak-kanak dan sebagainya.

·         Butik Karyaneka @ VendyCraft

Butik ini mengaplikasikan pendekatan model perniagaan komuniti vendor yang melibatkan usahawan-usahawan kraf dari negeri Johor dengan variasi produk kraf dari kategori tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf.

·         Ole-Ole Johor

Outlet pertama di bawah Tourism Johor dengan mengetengahkan produk-produk cenderahati mampu milik seperti cenderahati kemahkotaan, ikon bangunan di Negeri Johor serta cenderahati produk yang mewakili 10 daerah di Negeri Johor.





·         Lembah Kraf @ Pengeluaran & Demonstrasi

Terdapat 5 wakaf bercirikan perkampungan Melayu beroperasi setiap hari yang membolehkan para pengunjung mempelajari seni pembuatan produk kraf. Produk kraf yang menjadi tarikan seperti alat muzik tradisional, patung wayang kulit, cenderamata dan produk tembaga.

                  II.            Pemakanan dan Budaya

·         Craft Bistro

Menawarkan menu masakan asli Johor serta menu ala carte. Para pengunjung boleh menjamu selera sambil melihat suasana kehijauan di Kompleks Kraf Johor. Craft Bistro beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

                III.            Penegembangan Ilmu dan Pendidikan Kraf

·         Galeri Kraf Alat Muzik Tradisional Johor

Menghimpunkan koleksi alat muzik tradisional Johor melalui paparan maklumat mengenai proses pembuatan dan produk akhir di samping berkesempatan berinteraksi dengan bahan pameran. Antara koleksi yang dipamerkan adalah alat muzik gambus, kompang, kemplingan, gamelan dan wayang kulit. Keistimewaan galeri ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba alatan muzik yang dipamerkan.





Waktu Operasi : 9.00 pagi – 6.00 petang
Bayaran : PERCUMA
Alamat : Kompleks Kraft Johor
                 PTB 20002, Jalan Cenderasari Off Jalan Datin Halimah
                 80350 Larkin, Johor Darul Takzim
Tel : 07-2350433
Fax : 07-2350432
Facebook : Kompleks Kraf Johor
Instagram : KompleksKrafJohor

5.       Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar



Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar ini terletak di Johor Bahru yang memperkenalkan warisan Negeri Johor kepada pengunjung. Di dalam Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar ni terdapat :

·         Galeri Tenunan Johor

Galeri Tenunan Johor menyingkap sejarah tenun di Negeri Johor yang lebih dikenali sebagai Tenun Johor Corak Muar. Terdapat juga ruang pameran berkaitan sejarah kedatangan tekstil di nusantara. Segmen motif dan reka corak tenun Johor dan koleksi busana tradisional Johor




·         Bengkel Tenun Johor

Antara tarikan lain yang terdapat di kompleks ini ialah Bengkel Tenun Johor yang membolehkan pengunjung bukan sahaja dapat mempelajari sejarah asal usul tenunan Johor malah dapat melihat bagaimana tekstil yang dihasilkan di bengkel ini.




·         Mini Galeri Khaled Nordin

Kunjungi Mini Galeri YAB Dato Mohamed Khaled Nordin bagi mengetahui perjalanan hidup dan biografi beliau dari zaman kanak-kanak dan sejarah bermulanya karier beliau di dalam bidang politik sehingga dilantik menjadi Menteri Besar Johor

·         Pusat Dokumentasi Johor

Pusat ini menawarkan pelbagai pengisian berbentuk ilmiah, antaranya buku, manuskrip serta tesis akedemik serta bahan rujukan berkaitan dengan sejarah, persuratan, kesenian dan budaya negeri Johor

·         Galeri Seni

Galeri ini juga menjadi pusat seni dan budaya yang berperanan sebagai tempat untuk pembelajaran, pendidikan seni, pengumpulan rujukan, dokumentasi dan kreativiti seni serta pameran yang mengetengahkan pelukis-pelukis negeri Johor.




·         Laman Seni Warisan

Laman Seni Warisan merupakan pentas bagi mempromosi kebudayaan Johor dan aktiviti untuk dipersembahkan kepada orang ramai dan pelancong dari dalam dan luar Negara.

Untuk keterangan lanjut mengenai Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar

Alamat : Yayasan Warisan Johor
                 Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar
                 Lot 888, Jalan Sungai Chat
                 80100 Johor Bahru, Johor
Tel : +6072213148/+6072245488
Fax : +6072234355
Website : www.ywj.gov.my
Facebook : Yaysan Warisan Johor
Instagram : YayasanWarisanJohor


 Untuk entri kali ni aku share kan 5 tempat dahulu..lagi 10 tempat akan menyusul kemudian..hehe..kalau tak korang pening nak baca panjang sangat..ekekeke..









You May Also Like

2 comments

  1. tak pernah pergi hello kitty, nanti pergi lagi ajak ehh

    ReplyDelete
  2. Hari tu jalan Johor tak sempat pergi semua ni. Kena arrange trip lain ni

    ReplyDelete