Ini berita baik untuk warga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Tahukah korang yang bila korang adalah penduduk atau warga Wilayah Persekutuan maka korang secara automatik boleh memohon untuk KAD CERIA?



Apa Itu Kad Ceria?

Kad Ceria merupakan KAD DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi-lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga Wilayah Persekutuan.

Jadi sasaran penggunanya hanyalah bagi mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.



Keistimewaan Pemegang Kad Ceria

Banyak sangat keistimewaan sekiranya korang adalah pemegang kad ceria ni. Antara keistimewaannya ialah :-

·         Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan/makanan/perkhidmatan
·         Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis/rakan dagang (merchants)
·         Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
·         Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan.
·         Info terkini promosi melalui telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan
·         Membantu keluarga dalam membuat perancangan perbelanjaan harian.
·         Panduan maklumat serta info terkini berkenaan cadangan/komen orang ramai tentang barangan/makanan/perkhidmatan yang istimewa yang ditawarkan dengan harga berpatutan/murah
Kad Ceria ini bukan sahaja memberi keistimewaan kepada pemegang malah memberi keistimewaan kepada Rakan Dagang. Dan insentif Rakan Dagang Kad Ceria oleh DBKL ialah :-
·         Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
·         Diskaun lessen penjaja 60%
·         Diskaun lesen perniagaan :
i.                     10% = 1 tahun
ii.                   15% = 2 tahun
iii.                  20% = 3 tahun
·         Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik premis perniagaan.
·         Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang pengguna Kad Ceria
·         Promosi kepada perniagaan secara berterusan (Media osial, Media Massa, Program-program KWP)
·         Pengiktirafan daripada Kerajaan kepada Perniagaan

Syarat Kelayakan Permohonan Kad Ceria :

·         Berumur 18 tahun ke atas
·         Warganegara Malaysia
·         Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan ATAU menetap di Wilayah Persekutuan ATAU..
·         Pemohon adalah Penjawat Awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan

Bagaimana Untuk Memohon?

Untuk membuat permohonan Kad Ceria ni korang bolehlah layari laman sesawang Kad Ceria ni di
Alamat : Urus Setia Kad Ceria
                 Kementerian Wilayah Persekutuan
                 Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2
                 62100 Putrajaya