Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Sebelum aku bawakan kisah Natrah seterusnya..aku nak ceritakan sedikit tentang Che Aminah selepas pemergian Natrah.

Petikan seterusnya aku ambil daripada majalah Dewan Masyarakat 1989, temubual yang dibuat oleh Datin Fatini Yacoob kepada Puan Kamariah iaitu anak angkat Che Aminah berbangsa Jepun yang diambil Che Aminah sebelum Natrah

Kehidupan Lara Che Aminah


Datin Fatini : "Bagaimana reaksi Che Aminah selepas semua peristiwa itu berlaku?"

Puan Kamariah : "Mama (Che Aminah) sangat menyesal. Dia selalu berkata dia tidak sepatutnya bawa Natrah ke Singapura. Dia juga menyesal menikahkan Natrah di Singapura, tidak di Johor. Sepatutnya untuk mengelakkan dari tindakan undang-undang, mereka patut nikah di Johor".

Datin Fatini : "Adakah Natrah mengirim khabar semasa dia di Belanda?

Puan Kamariah : "Ada juga pada tahun-tahun 50-an dan 60-an. Natrah hantar gambar dan minta mama kirimkan kain batik dan kain sarung yang menjadi kain kesukaannya."

Datin Fatini : "Bilakah Che Aminah meninggal?"

Puan Kamariah : "Mama meninggal pada tahun 1976. Dia kuat menghisap rokok selepas peristiwa kehilangan Natrah itu. Semasa meninggal, putung rokok masih ada dijarinya."

Datin Fatini : "Sebelum meninggal adakah penyelidik atau penulis buku datang menemuinya untuk menulis tentang riwayat hidup Natrah?"

Puan Kamariah : "Ada..tapi mama tidak mahu melayani mereka. Makcik ingat mama tidak mahu lagi memikirkan sesalnya membawa Natrah ke Singapura. Makcik pun jarang mendengar dia menyebut tentang Natrah beberapa bulan selepas peristiwa tersebut."

Melalui temuramah di atas, dapat dibayangkan bagaimana laranya hati Che Aminah. Lara hingga hujung nyawa. Betapa perpisahan tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap 3 jiwa ini. Che Aminah kerana terlalu sedih hingga ke saat kematiannya pun masih terselit rokok dijari..masih menyesali tindakannya membawa Natrah ke Singapura..

Tinggal kenangan


Share
Tweet
Pin
8 comments

Natrah ingin membunuh suaminya Wolkenfelt

16 Ogos 1976, Natrah telah dihadapkan di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya. Di mahkamah Natrah menceritakan bagaimana dia cuba membunuh suaminya menggunakan racun pada mulanya. Namun kerana racun tersebut berwarna biru, suaminya dapat mengesan lalu gagallah percubaan tersebut.

Namun Natrah tidak berputus asa, kali ini dia membuat rancangan pembunuhan dengan 2 orang rakan lelaki yang sering berkunjung ke cafe miliknya dan suami iaitu Tom Ballermans dan Adrie Jansen. Kali ini dia merancang untuk membeli senjata api jenis revolver. 

Walau bagaimanapun, perancangan pembunuhan kali ini ntah bagaimana diketahui oleh kakak Natrah yang bernama Corie dan Corie lantas membuat laporan kepada polis. Natrah ditangkap, namun peguam Natrah bijak menggunakan latar belakang Natrah yang tragik sebagai alasan bahawa latar belakang tersebut yang membuatkan Natrah bertindak diluar pertimbangan, lalu pihak mahkamah melepaskan Natrah memandangkan perancangan itu masih diperingkat awal dan tiada sebarang ganjaran diberikan kepada 2 orang rakannya.

Selepas dibebaskan Natrah tidak terus pulang ke rumah tetapi dia mengikut salah seorang rakan subahatnya untuk membunuh Wolkenfelt iaitu Tom Ballermans. Walaupun beberapa kali dipujuk oleh suaminya untuk pulang (ternyata Wolkenfelt benar-benar menyayangi Natrah) tetapi Natrah berkeras untuk memfailkan penceraian. 

Akhirnya mereka bercerai dan Natrah mendapat hak penjagaan 4 daripada 10 orang anaknya iaitu Carolien. Theo, Hans dan Huub.

Bagaimanapun sehingga akhir hayatnya Natrah enggan memberitahu tentang kenapakah dia merancang untuk membunuh Wolkenfelt. Pernah ditanya oleh pihak wartawan Dewan Masyarakat tentang kejadian tersebut namun Natrah enggan mengulas malah katanya biarkanlah perkara itu terus berlalu dan dia tidak mahu mengingati peristiwa tersebut lagi.



Natrah berkahwin lagi

Pada Disember 1979, Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans yang sebelum ini mencari rakan subahat dalam merancang pembunuhan Wolkenfelt. Namun jodoh Natrah dengan Tom tidak lama..pada tahun 1983 mereka bercerai.

Sejak penceraiannya pada tahun 1983, Natrah kerap keluar masuk hospital kerana beliau menghidap sakit jantung. Namun ada perkhabaran tentang Natrah sebenarnya mengalami tekanan perasaan dan sakit jiwa.

Selepas penceraiannya, Natrah menyara hidup dengan membantu rakan-rakannya dari Indonesia di pasar malam. Mungkin terasa 'dekat' dan sedikit sebanyak merawat rindunya kepada Tanah Melayu dan bahasa yang menjadi bahasa pertuturannya sebelum 'diculik' ke Belanda, Natrah senang sekali bergaul dengan rakyat Indonesia yang berhijrah ke Belanda. 

Akhirnya pada 15 September 1984, Natrah berpindah ke Amerika bersama teman lelaki barunya yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Benjamin Pichel, teman lelaki baru Natrah walaupun berasal daripada Jakarta, Indonesia tetapi dia adalah seorang penduduk tetap Amerika.

Bagaimana kesudahan kisah Natrah? Bahagiakah dia selepas mendirikan rumahtangga buat kesekian kalinya? Insyallah aku akan sambung pada entri seterusnya.
Share
Tweet
Pin
4 comments
Perkahwinan Natrah dengan J.G Wolkenfelt telah menjadi passport kebebasan Natrah untuk menentang keluarganya terang-terangan. Natrah mula membuat kenyataan balas diakhbar tentang betapa tidak gembiranya dia berada disamping keluarga kandungnya.


Pertelingakahan Natrah dengan ibunya mula menjadi isu masyarakat. Beberapa pihak pernah cuba meleraikan pertelingkahan yang tidak berkesudahan itu namun tidak menemui jalan penyelesaian. Natrah seolah-olah membalas dendam terhadap keluarganya terutama ibunya.

Kehidupan Natrah bersama suami barunya agak tenang. Dia mula menerima hakikat tentang kehidupan barunya. Anak-anak menjadi penyeri hidup mereka.

Namun.....


Kehidupan Natrah Selepas 1975

Kehidupan aman Natrah tidak berpanjangan. Pada 25 November 1975, stesen television Belanda NRVC telah mengeluarkan filem dokumentari bertajuk 'The Time Just Stood Still' dimana Natrah diundang untuk diwawancara.
Pertemuan pihak NRVC sebelum ini ke rumah Natrah di sambut baik cuma Natrah memerlukan keizinan suaminya. Selepas berbincang dengan Wolkenfelt, mereka bersetuju ditemuramah namun pihak NRVC tidak memaklumkan terlebih dahulu tentang kehadiran Mansor Adabi dalam rancangan tersebut (tidak secara langsung bersiaran).
Natrah ke studio bersama anak-anak dan suaminya. Ketika rancangan ke udara, tiba-tiba pihak NRVC menyiarkan wawancara pihak mereka bersama Mansor Adabi yang dibuat di rumah Mansor Adabi di Singapura dengan kehadiran anak dan isterinya.
Wawancara dilakukan dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke bahasa Belanda. Natrah cuma terpaku dan sesekali menundukkan kepalanya mengesat takungan air mata. Keadaan menjadi haru seketika..malah ketika wawancara yang tidak sampai 5 minit bersama Mansor Adabi itu berakhir, Natrah mengambil masa beberapa saat untuk menjawab pertanyaan pengacara.
Dia cuma kembali tersenyum bila ditanya berapa anaknya..dengan senyuman yang kembali menguntum dia memberitahu bahawa dia kini mempunyai 10 orang anak.
Natrah Mula Berubah
Selepas pulang daripada rancangan 'The Time Just Stood Still' Natrah mula berubah. Menurut anaknya 2 hari Natrah berkurung di dalam bilik..hanya menangis. Makan minum tidak dihiraukan.
Selepas 2 hari baru dia keluar tapi dia kemurungan. Rumah itu tidak lagi aman..saban hari Natrah akan bertengkar dengan suaminya.
Rancangan 'The Time Just Stood Still' benar-benar merubah hidupnya. Ibarat luka lama berdarah kembali. Jiwanya tidak lagi tenteram. Mungkin dia membandingkan kehidupannya dengan kehidupan Mansor Adabi yang kini nampak senang dan mewah sedangkan hidupnya agak susah dengan anak yang ramai.
Mungkin juga dia cemburu..mungkin hatinya hancur memikirkan kenapa Mansor Adabi tidak cuba mendapatkannya semula di Belanda seperti pesanan terakhirnya kepada Mansor semasa dia menggenggam erat tangan Mansor hingga terpaksa disuntik. Pesan supaya dapatkan dia kembali tidak kira apa caranya.
Kemurungan Natrah berterusan..jiwanya mula terganggu. 7 bulan kemudian pada 16 Ogos 1976 Natrah ditangkap dan dituduh cuba membunuh suaminya..kenapa? bagaimana?..aku akan sambung pada entri seterusnya
Gambar Ihsan dari Google



Share
Tweet
Pin
6 comments

Lara Berterusan di Belanda

Kehidupan Natrah di Belanda benar-benar tersiksa..bukan seperti bayangan sesetengah pihak bahawa dia bahagia disamping keluarga kandungnya.

Wartawan Britain dan Belanda sering mengejarnya dan sering memaparkan kehidupan 'bahagia' Natrah. Mungkin kerana wartawan sendiri tidak berpeluang untuk mendekati Natrah kerana kawalan rapi pihak polis.



Natrah kini bukan lagi Natrah yang lama. Natrah kini benar-benar bertukar menjadi Bertha. Kini dia tidak lagi dibenarkan menjadi seorang Islam. Agama Natrah kini adalah Kristian. Jangan siapa pernah mempertikaikan keadaan itu. Aku juga suatu masa dulu pernah terpikir..kenapa mudahnya Natrah menukar agama? Tapi ketika itu aku cuma mengetahui separuh daripada keseluruhan cerita. Siapalah kita untuk mempertikaikan hidayah Allah. Hidayah Allah adalah lebih mahal dari segala benda di dunia. Harta kekayaan pun tidak semahal hidayah Allah. Bersyukurlah kita andainya kita tergolong dari orang-orang yang menerima hidayah dalam hidup..bersyukurlah kita lahir dan mati dalam Islam.

Berbalik kepada cerita Natrah, kehidupan sehariannya tida pernah melupakan Mansor dan Che Aminah. Saban hari hatinya jiwanya tertekan dan meronta kerana sayangkan suami dan ibu angkatnya. 

Namun, pada satu hari pada tahun 1954, Natrah terbaca tentang perkahwinan Mansor Adabi di akhbar yang disiarkan di Belanda. (Ye..selepas 4 tahun Mansor Adabi mendirikan rumahtangga lagi. Bukan kerana tidak sayangkan Natrah. Selama pemergian Natrah dia dan Che Aminah tidak habis berusaha untuk mendapatkan kembali Natrah. Tapi apakan daya..semuanya memerlukan kewangan yang cukup sedangkan kerana kes yang berlanjutan dan perbagai saman dikeluarkan maka mereka sudah kekeringan wang dan usaha selepas itu).

Hancurlah hati Natrah menerima perkhabaran perkahwinan Mansor Adabi. Berhari-hari dia menangis dan mengurungkan diri tanpa makan dan minum. Dia cuba menulis surat kepada Mansor Adabi dan ibu angkat tercinta iaitu Che Aminah tetapi malangnya surat tersebut dijumpai oleh Adeline ibu kandungnya. Surat tersebut dikoyak-koyak hingga hancur. Berikutan kejadian surat yang dikoyakkan itu, selama 14 hari Natrah tidak bertegur sapa dengan ibunya. Makin memuncak rasa bencinya terhadap ibu yang melahirkan dia itu.

Sekitar Tahun 1956-1975

Kecewa kerana tidak ada jalan kembali semula ke tanah Melayu, Natrah berputus asa. Dia tiada pilihan lain selain terus tinggal menetap bersama keluarga yang tidak disayanginya.

Perkenalannya dengan seorang askar muda bernama Johan Gerardus Wolkenfelt yang sering berkunjung ke rumahnya membuahkan bibit cinta. Namun menurut Natrah, bukanlah perasaan terlalu jatuh cinta tetapi lebih kepada perasaan ingin melarikan diri dari cengkaman keluarganya. 

Kerana terlalu mengawal, keluarganya membantah apabila Natrah memberitahu tentang rancangannya untuk berkahwin. Dan kerana bantahan itu Natrah terpaksa menipu bahawa dia kini mengandung. Berita itu menaikkan kemarahan keluarganya. Dia dipukul teruk ketika itu tetapi tetap berkeras untuk berkahwin demi melepaskan diri dari cengkaman ibu bapa.

Pada April 1956, Natrah telah berkahwin dengan J.G Wolkenfelt di Dewan Perkahwinan di Bergen Op Zoom tanpa dihadiri keluarganya kecuali adik lelakinya.

Pada 15 Feb 1957, Natrah melahirkan anak pertama. Kemudian beliau melahirkan hingga 13 orang anak namun hanya 10 orang yang hidup. Selepas berkahwin J.G Wolkenfelt bersara daripada askar dan menjadi tukang kayu. Mereka membuka sebuah cafe yang bernama Pumke di pekan Bergen Op Zoom. Kehidupan mereka sederhana. Namun adakah Natrah bahagia?..aku akan sambung pada entri seterusnya..




Share
Tweet
Pin
4 comments

Natrah di Belanda..Sepi..Rindu..Derita

Perjalanan Natrah ke Belanda mengambil masa dua hari untuk sampai. Kapal terbang KLM yang membawa Natrah bersama dukanya tidak dibenarkan mendarat untuk mengisi minyak kerana orang Islam membuat rusuhan, tidak ketinggalan di Pakistan..rusuhan kaum Islam menentang keputusan kes mahkamah Natrah juga berlaku.

Wajah sugul Natrah tidak mahu dipisahkan dengan Che Aminah

Sesampai di lapangan terbang, 4000 orang termasuk media-media penuh menunggu kehadiran Natrah. Media barat mula mengganas dan melabelkan Natrah sebagai 'Jungle Girl'. Malah pada klip video yang aku kongsikan dalam Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa Part 7 jelas kedengaran mereka menggelarkan Natrah sebagai 'Jungle Girl' yang pulang ke tanah air sendiri.

Pada 15 Disember 1950, selepas sidang akhbar diadakan, Natrah bersama ibu bapa kandungnya menaiki kereta menuju ke rumah mereka di Bergen Op Zoom diiringi kereta peronda polis dan kereta-kereta penduduk Bergen Op Zoom.



Perkara pertama yang ditanya Natrah ketika sampai ialah di mana masjid di Bergen Op Zoom dan dia meminta sejadah. Kuatnya rasa cinta Natrah pada ajaran Islam dan betapa bagusnya didikan Che Aminah. Namun apalah daya gadis kecil ini..hidupnya dipaksa untuk menganut Kristian.

Kehidupan di Belanda sangat menyiksakan Natrah. Namanya kini bukan lagi Natrah..tiada siapa yang memanggilnya Natrah. Namanya kini ialah Bertha, di sana sini melaungkan nama Bertha. 24 jam kehidupannya dikawal ketat oleh polis. Wartawan pula sentiasa memburunya. 

Di rumah sahaja terdapat 3 polis yang mengawal, 1 di hadapan rumah, 1 di dalam rumah dan 1 di belakang rumah. Ke sekolah juga diiringi polis malah talian telefon di rumahnya juga disambungkan ke balai polis. Lihatlah betapa mereka takutkan Mansor dan Che Aminah. Takut kalau-kalau Natrah dapat melarikan diri.

Setiap orang asing di Bergen Op Zoom akan ditahan dan disoal polis. Malah menurut wartawan May Steel untuk akhbar "Flustrated Weekly' keluaran 22 September 1951 yang diterbitkan di London, Natrah tidak pernah dibawa oleh keluarga ke tepi pantai untuk mengelakkan Natrah teringatkan Tanah Melayu dan Singapura khususnya Kemaman.

Di sini Natrah bukanlah lagi Natrah yang dulu..Natrah dulu yang ceria dan nakal kini menjadi Natrah yang sangat pendiam. Dia tidak bercakap dengan sesiapa kecuali ibunya. Dia tidak pandai berbahasa Belanda namun dipaksa dan dilarang bercakap menggunakan bahasa Melayu sedangkan kedua ibu bapanya pandai berbahasa Melayu Indonesia.

Dia juga bencikan makanan barat. Seringkali dia menangis meminta nasi sebagai hidangan. Kekecewaan dan penderitaan Natrah ini diceritakan sendiri Natrah Pada Akhbar Het Parool pada 17/01/1959.."Saya tidak pernah walau sehari pun berasa selesa tinggal di rumah sendiri dengan mereka. Saya lebih suka pergi ke sekolah dan diajar oleh paderi, di rumah saya harus membasuh menggunakan air sejuk hingga tangan saya bengkak dan berdarah, saya tidak dibenarkan menggunakan air suam kerana kos gas sangat mahal."

Natrah semasa kehidupannya bersama Che Aminah, sangat dimanjakan. Che Aminah tidak membenarkan dia membuat kerja-kerja rumah kerana Che Aminah mempunyai pembantu rumah.
Di Belanda dia dipaksa membuat semua kerja rumah..kadangkala kakak-kakaknya juga mengambil kesempatan untuk bersenang-lenang dan membiarkan Natrah melakukan semua kerja sendirian.

Tinggal kenangan..

Share
Tweet
Pin
10 comments

Keputusan Mahkamah & Rusuhan

"Saya beragama Islam..Saya tidak mahu ke Belanda.." Itu antara ungkapan kata Natrah ketika di Mahkamah sebelum dia dipindahkan ke gereja..sebelum dia dipisahkan dari suaminya Mansor Adabi dan ibu angkat tercinta Che Aminah.

Berikutan Mansor & Che Aminah memohon untuk memperdengarkan rayuan..pada 11 Disember 1950 seramai 3000 orang mula berkumpul di perkarangan Mahkamah. Provokasi media Inggeris benar-benar menaikkan kemarahan umat Islam. Ye la..mana mungkin kita semua akan membiarkan Natrah murtad..

Tengah hari 11 Disember 1950, keputusan diperdengarkan hakim..keputusan tidak berganjak..Natrah harus dikembalikan kepada keluarga kandungnya. Keadaan mula kecoh..rusuhan mula berlaku daripada tengahari 11 Disember 1950 hingga tengahri 12 Disember 1950.

Orang ramai bergerak ke masjid Sultan dengan teriakan "Allahu Akbar". Laporan rasmi kerajaan Singapura melaporkan seramai 18 orang terbunuh dalam rusuhan tersebut (9 orang berbangsa melayu dan 9 lagi berbangsa eropah), 173 cedera dan kebanyakannya parah manakala 200 kenderaan dibakar dan dirosakkan. Perintah berkurung dikeuarkan 2 hari 2 malam.

Menurut Mansor, ketika kejadian beliau berada di dalam masjid..tidak dibenarkan keluar selama 2 hari. 


Di mana Natrah?

Disebabkan kekecohan berlaku, Natrah dilarikan daripada gereja yang ditempatkan ketika kejadian ke tempat lain. Natrah mula tidak keruan. Dikhabarkan dia menangis tidak berhenti. Merayu-rayu agar tidak dibawa ke Belanda.

Namun kekejaman pihak Belanda dan ibunya sendiri Adeline, Natrah telah dibawa lari ke Belanda menaiki kapal terbang KLM. Tiada seorang yang mengetahui hal tersebut. Pihak akhbar cuma mengetahui tentang 'penculikan' itu sehari kemudian.

Mansor dan Che Aminah tidak menyangka mereka akan bertindak begitu sekali. Hancur luluhlah hati sang suami dan si ibu..berderailah harapan mereka untuk memiliki Natrah buat selamanya.

Natrah di Belanda

Natrah khabarnya telah disuntik ubat penenang ketika dibawa lari ke Belanda. Air matanya sudah kering untuk menangis.

Rupanya di Belanda, bagaikan satu pesta menanti ketibaan Natrah. Seramai 4000 orang telah berkumpul dengan sepanduk "Welcome Home Bertha".

Natrah ketika sampai, disambut dan dipeluk bapanya..namun jelas kelihatan di dalam video tentang kepulangan beliau ke Belanda, Natrah menolak bapanya. Nampak jelas kesugulan muka Natrah. Ketika sampai, Konsul Jeneral Belanda menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Natrah namun tidak diendahkan Natrah hingga mendatangkan kemarahan Konsul Jeneral Belanda tersebut hingga digelarnya Natrah anak tidak mengenang budi


Share
Tweet
Pin
5 comments

Lara yang tak berkesudahan

Setelah keputusan Hakim diperdengarkan..Natrah harus dikembalikan kepada keluarga kandungnya, Natrah terus meraung..dipautnya erat tangan Mansor, menggenggam tangan sasa itu sekuat hatinya. Tiada siapa yang mampu meleraikan genggaman itu hingga Natrah terpaksa di suntik.

Namun Natrah sempat berpesan kepada Mansor untuk mendapatkannya kembali walau apa caranya sekali. Tapi..itu adalah kali terakhir Mansor melihat Natrah..selamanya.

Menurut Natrah ketika ditemubual oleh Datin Fatini Yaacob :

"Saya menangis sekuat hati dan menggenggam tangan Mansor dengan seerat-eratnya untuk mengelakkan dibawa pergi. Saya masih ingat lagi ketika itu tidak ada sesiapa pun boleh membuka genggaman erat tangan tersebut.

Oleh kerana tiada cara memutuskan kami berdua, mereka menyuntik saya, dan saya tidak dapat mengelak, terus tidak sedarkan diri. Bila sedar, saya telah berada di gereja.."

Mansor Adabi pula ketika ditemuramah..lama beliau terdiam sebelum menjawab...

"Rasanya seperti langit runtuh ketika itu"..

Ya Allah..bayangkan bagaimana perasaan suami isteri ini dipaksa untuk berpisah buat selamanya...

Natrah di Gereja

Berikutan keputusan Mahkamah telah ditetapkan, Peguam Che Aminah dan Mansor memohon supaya pelaksanaan perintah Mahkamah  iaitu penyerahan Natrah kepada Adeline ditangguhkan sehingga rayuan dipertimbangkan. Tetapi hakim menolak permohonan itu.

Dipendekkan cerita, setelah melalui beberapa proses akhirnya Hakim membenarkan permohonan rayuan diperdengarkan pada 11 Disember 1950 di Mahkamah rayuan manakala arahan rasmi berkaitan keputusan hari tersebut akan dikeluarkan pada 12 Disember 1950.

Sehingga tarikh rayuan didengarkan di mahkamah, Natrah dikehendaki tinggal di Gereja Convent of the God Shepherd. Di sini Natrah dihalang untuk bertemu Mansor dan Che Aminah. Kosul Jeneral Belanda pula memberitahu bahawa di sini Natrah akan diberikan 'pendidikan semula'. Walaupun tidak dijelaskan apakah itu 'pendidikan semula' yang dimaksudkan..umum mengetahui disinilah Natrah dipaksa untuk mempelajari agama Kristian.

Natrah meronta tidak mahu berada di sini namun apakan daya bagi seorang gadis yang berusia 13 tahun ini untuk melawan..bermula disinilah jiwa Natrah hancur dan episod-episod sedih dalam kehidupannya mula terbentang luas dihadapan.


Provokasi Media tentang Natrah

Akhbar-akhbar Inggeris mula membuat provokasi tentang Natrah selama beliau berada di Gereja. Antara provokasi yang menaikkan kemarahan umat Islam sekaligus menyatukan semua penduduk Islam di Singapura dan Tanah Malaya ialah tajuk "Bertha melutut di depan patung Virgin Mary". Menurut artikel itu Natrah berbuat demikian atas kehendaknya sendiri

Berita itu menggemparkan dan rusuhan mula terjadi. Orang Islam pastinya marah dengan berita tersebut. Disebabkan itu akhbar Utusan Melayu mula meminta untuk membuat kiputan tentang Natrah di gereja namun ditolak keras oleh Konsul Jeneral Belanda dengan pelbagai alasan.

Namun setelah 4 hari membuat permohonan akhirnya Konsul Jeneral Belanda bersetuju itupun setelah pihak akhbar Utusan Melayu memberitahu tentang kemarahan kaum Melayu dan masyarakat Islam tentang berita Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary.

Menurut Puan Rosewati Buang yang ditugaskan membantu pemberita kanan mendapatkan berita Natrah di gereja..mereka bertemu secara tidak sengaja Natrah di pintu masuk gerej dan Natrah terus menerkamnya dan bertanyakan dimanakah ibunya Aminah dan Natrah memberitahu betapa tersiksanya dia berada di gereja. Ayat Natrah berbunyi "Kak Buang..Kak Buang di mana mak saya sekarang dan bagaimana dia? Tolonglah kak Buang..saya sangat susah hati tinggal di sini"

Menurut Puan Rosewati Buang, suara Natrah ketika itu merayu-rayu dan tangan beliau ditarik-tarik Natrah. Pada mulanya beliau mendiamkan diri kerana syarat untuk bertemu Natrah ialah mereka tidak boleh bercakap dengan Natrah..namun kerana kasihan dan terharu beliau memberitahu Natrah yang Che Aminah sihat dan tinggal di Rowell Road temoat di mana Natrah tinggal bersama ketika di Singapura.

Pertemuan itu berlaku terlalu pantas sebelum Natrah diheret pergi...





Share
Tweet
Pin
6 comments

Perbicaraan Natrah

Tanggal 2 Dec 1950, keputusan perbicaraan diumumkan selepas mendengar keterangan daripada Che Aminah dan Adeline Hertogh bermula 20-24 November 1950.

Natrah memakai sepasang kebaya kuning lengkap dengan perhiasan barang kemas pada hari berkenaan. Natrah, Che Aminah dan Mansor Adabi kelihatan sugul pada hari tersebut. Sugul kalau-kalau keputusan tidak berpihak pada mereka. Mereka sudah kekeringan air mata.



Peguam mewakili kedua-dua belah pihak hadir pada pagi itu. Kelihatan John Eber mewakili Mansor, Sardon mewakili Che Aminah dan Kenneth Seth bagi pihak keluarga Hertogh. Orang ramai juga hadir memberi sokongan, tak kurang pihak media membanjiri perkarangan mahkamah bagi membuat liputan.

Hakim Brown muncul dengan hujah penghakiman setebal 24 halaman dan memakan masa selama 45 minit untuk membentangkan hujah tersebut. Antara hujah penting hakim Brown ialah :

“..setelah menimbangkan dengan teliti segala keterangan berkaitan dengan perkahwinan ini, umur budak ini, serta peluang mengenali Mansor, serta tarikh perkahwinan sehubungan dengan tarikh keputusan Mahkamah Rayuan, saya terpaksa merumuskan bahawa perkahwinan yang dimaksudkan itu sebenarnya satu muslihat yang ternyata perbuatan ini memalukan semua pihak terlibat.

Dalam hal ini saya ingin menegaskan bahawa saya berpuas hati dengan budak ini tidak dipaksa atau ditipu berkahwin. Saya telah menemuinya di kamar saya. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak Eropah, dia lebih dewasa daripada umurnya yang sebenar.

Dan tidak ada sebab kenapa saya tidak mempercayai kenyataan di dalam afidavitnya yang mengatakan dalam pertemuannya dengan Mansor di York Hill Home, mereka terpikat.

Tetapi perasaan terpikat inilah yang memungkinkan terjadinya muslihat. Dan apakah yang boleh diperkatakan terhadap mereka yang membiarkan minat yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak berumur 13 tahun terhadap pemuda yang jarang-jarang ditemuinya untuk digunakan sebagai asas bagi satu muslihat dalam masa tiga hari sahaja dia menjadi isterinya?

Aminah sudah menyatakan oleh kerana budak ini sudah akil baligh maka dia menganggap dia tidak perlu mengambil berat soal ini. Saya tidak setuju.

Memandangkan Aminah adalah seorang Islam yang lebih menitikberatkan soal akil baligh berbanding dengan diri saya sendiri, saya masih tidak mempercayainya. Dan jika pun saya mempercayainya. Saya harus mengatakan dia TIDAK LAYAK LAGI DIBERI HAK MENJAGA BUDAK INI.

Wanita Melayu ini bukanlah wanita kampung. Di Eropah dia tergolong dalam kelas bangsawan ataupun kelas pertengahan. Walau apa pun diperkatakan tentang dirinya sebagai saksi yang boleh dipercayai, saya percaya dia adalah ibu angkat yang baik dan penyayang.

Saya tidak percaya seorang Islam yang baik dan sentiasa menitikberatkan kepentingan anak perempuannya akan membiarkan anaknya yang berumur 13 tahun berkahwin dalam tempoh 3 hari sahaja dengan lelaki yang pernah ditemuinya hanya dua kali sahaja. Juga saya tidak percaya AMinah tidak membincangkan perkara ini dengan orang lain.

Berdasarkan pandangan saya terhadap Aminah, saya tidak dapat mengelak membuat tanggapan bahawa dia telah dipujuk supaya bersetuju melaksanakan muslihat ini oleh orang lain dan orang lain inilah yang sebenarnya yang mula-mula melahirkan idea ini."

Keputusan Dalam Hal Perkahwinan

Hakim Brown telah membuat keputusan ini :-

"Apa yang saya nampak dalam kes ini, oleh kerana si bapa tidak pernah menggugurkan haknya yang sah atau mempersetujui anaknya menganut Islam. Maka dari segi undang-undang budak ini tidak boleh dianggap sebagai seorang Islam. Sekiranya ini benar, maka untuk sebab ini, peraturan umum mesti dipatuhi dan pengecualian yang ada dalam Dicey adalah tidak diguna pakai dalam kes ini, disebabkan bawah undang-undang domisil dia dan undang-undang Tanah Jajahan ini dia mempunyai hak untuk berkahwin. OLEH ITU SAYA MEMUTUSKAN PERKAHWINAN INI TIDAK SAH.

Sekarang tiba pada soal yang paling rumit dalam kes ini, iaitu siapakah yang berhak untuk menjaga budak ini. SAYA BERPUAS HATI DEMI KEPENTINGAN BUDAK INI ADALAH TIDAK WAJAR DIA DISERAHKAN KEPADA DEFENDAN YANG KETIGA (Mansor) melainkan dia sendiri melucutkan haknya itu dengan cara-cara tertentu, atau dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tetapi dengan cara yang betul yang dia tidak mempunyai peluang untuk menjalankan tanggungjawab, kini dia memohon melalui mahkamah ini. Atas dasar apakah saya harus menolak apa yang undang-undang telah berikan kepadanya?

Dan saya berpuas hati sekiranya saya menolak perintah sepertimana yang dituntutnya itu, saya telah bertindak bertentangan dengan prinsip undang-undang yang sedia ada yang menjadi tanggungjawab saya untuk mentadbirnya."

Kesimpulan Keputusan Penghakiman Hakim Justice Brown

1. Oleh sebab umur Maria Bertha Hertogh masih belum mencapai 18 tahun, maka Maria adalah di bawah tanggungjawab dan penjagaan bapanya (hak penjagaan)

2. Kewarganegaraan Maria adalah mengikut kewarganegaraan/domisil bapanya iaitu Belanda (domisil)

3. Pernikahan Maria dengan Mansor Adabi terbatal dan tidak sah kerana bawah undang-undang Belanda, ikatan/kontrak perkahwinan hanya sah sekiranya seseorang itu melebihi had umur 16 tahun (pernikahan terbatal kerana domisil dan bawah umur)

Bagaimanapun undang-undang Tanah Jajahan (Inggeris), mengiktiraf undang-undang Islam dan boleh memberi substitut undang-undang Belanda dalam menilai sahnya pernikahan mereka, sekira boleh dibuktikan domisil Mansor adalah Singapura dan Maria adalah seorang Islam,

Dalam hal ini, domisil Mansor adalah Kelantan dan bukan Singapura dan Maria tidak mempunyai hak untuk menjadi seorang Islam, kerana dia masih dibawah tanggungjawab bapanya.

Bapanya berhak menentukan agama Maria, dan dalam hal ini agama Maria adalah Kristian. Bapanya juga tidak memberikan kebenaran untuk membolehkan Maria memeluk Islam. Oleh itu, keputusan hakim HUBERDINA MARIA HERTOGH MESTILAH DIKEMBALIKAN KEPADA IBU BAPA KANDUNGNYA." - (semua petikan perintah mahkamah ini daripada buku penulisan Datin Fatini Yaacob : Natrah (1937-2009) Cinta. Rusuhan. Airmata)

Mendengar keputusan itu Mansor terus terduduk..berkecai hatinya..

Natrah meraung sekuat hati..

Che Aminah terus pengsan..

Tau tak korang..aku menagis saat aku taip entri ni. Bayangkan kalau aku yang cuma membaca dan mengahayati kisah ini terasa hancur luluh dengan keputusan hakim..apatah lagi 3 jiwa yang saling mengasihi ini?..hancurnya hati mereka..

Aku akan sambung lagi kisah lara 3 jiwa ini di entri seterusnya.


Share
Tweet
Pin
7 comments
Berikutan pernikahan antara Natrah dan Mansor Adabi berlangsung di Singapura, sebuah negeri di bawahan jajahan British maka kes pernikahan ini menjadi isu yang besar kerana Natrah masih dibawah umur.

Seperti yang diketahui umum, Belanda yang berniat jahat mula mengambil kesempatan. Ibu bapa kandung Natrah mengambil tindakan untuk mendapatkan hak penjagaan semula ke atas Natrah yang sebelum ini mereka gagal mendapatkannya.



Pernikahan yang berlangsung memberi kesan yang besar. Media mula sengaja membesarkan cerita. Media barat mula mengecam tindakan Mansor yang mengahwini seorang perempuan yang masih dibawah umur. Pelbagai gelaran diberikan kepada Mansor Adabi.

Ketika Perang Dunia Kedua dahulu, Singapura dan Tanah Melayu disifatkan sebagai negeri yang tidak bertamadun maka semakin hebat kecaman dari media barat. Malah Natrah digelar sebagai ‘Jungle Girl’. Fitnah media barat semakin hebat hingga menyebarkan cerita kononnya Natrah dibesarkan di dalam hutan dan tidak bertamadun.

Berita ini menyemarakkan rasa benci orang Belanda. Mereka sehabis mungkin berusaha untuk mendapatkan Natrah walaupun Natrah sendiri memilih untuk terus tinggal di Tanah Melayu dan menganut Islam sebagai agamanya.

Ketika itu ramai orang perseorangan dan pertubuhan barat menyokong keluarga kandung Natrah. Ada yang menawarkan untuk menculik Natrah seperti yang dilapotkan oleh akhbar Daily Express yang bertarikh 26 Ogos 1950. Malah ada seorang juruterbang menawarkan kapal terbangnya untuk membawa Natrah ke Belanda.

Pesanan Natrah kepada Ibu Bapa Kandungnya dan Temuramah dengan Mansor Adabi

Ketika akhbar Belanda dan Britain rakus melemparkan pelbagai tuduhan negatif dan berunsurbfitnah atas perkahwinan Natrah-Mansor, seorang penulis bebas Belanda, John Thiesen Jr. memberi liputan yang lebih positif dan berbeza daripada media-media barat.

John Thiese Jr. berjaya membawa rakaman suara Natrah dan Mansor Adabi kepada masyarakat Belanda. Menurut Thiesen beliau ingin memperbetulkan tanggapan kononnya Natrah dipaksa berkahwin oleh Che Aminah. Thiesen berkata “ Saya telah merakamkan suara Mansor dan saya ingin menunjukkan bahawa suara itu adalah suara seorang lelaki yang pendiam dan terpelajar yang tahu apa yang dilakukannya.”

Pita rakaman itu memaparkan suara sebenar Natrah dalam bahasa Melayu sepenuhnya yang ditujukan kepada ibunya.

“Yang diingati Hertogh.. Saya sedar emak masih lagi berusaha bersungguh-sungguh untuk memisahkan saya daripada emak saya Aminah dan suami saya Mansor. Tetapi emak tidak akan berjaya. Saya benar-benar menyayangi Aminah. Saya sungguh kecewa yang emak dan kerajaan Belanda cuba mencemarkan nama baik emak saya Aminah. Itu amat kejam. Dia bukannya seorang amah seperti yang emak dan akhbar-akhbar Belanda fitnah.

Tidak ingatkah emak dialah yang menjaga kita semua semasa perang Jepun dahulu. Kalau tidak kita semua mungkin mati kelaparan.

Semua orang tahu tindak-tanduk emak itu tidak mempunyai apa-apa perasaan. Ia adalah satu usaha yang tidak berperikemanusiaan untuk memisahkan kami berdua.

Saya berasa malu bila mengetahui yang emak tidak akan menyerah kalah untuk mendapatkan saya kembali. Tiga bulan lamanya saya menangis di Rumah Kebajikan Masyarakat. Emak saya Aminah juga turut menangis sepanjang dugaan itu dan ini telah mengganggu kesihatannya.

Jika benarlah emak ibu yang penyayang dan penganut Kristian yang baik, kenapakah emak tidak menunjukkan kelakuan yang baik dan berperikemanusiaan dalam hal ini?

Tolonglah jangan ganggu kami lagi. Saya bahagia tinggal dengan suami saya Mansor. Dia berpelajaran dan baik orangnya. Dia lebih baik daripada orang kebanyakan. Dia seorang guru sekolah rendah dan datang dari keluarga yang disegani.

Orang-orang di sini mungkin kulitnya berwarna dan bukan berkulit putih, tetapi tingkah laku mereka amatlah mulia sekali.

Suami saya mengajar saya bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk membimbing saya menjadi pandai. Saya tidak memasak kerana emak angkat saya Aminah membuat semuanya itu untuk saya dan suami saya.

Saya gembira dengan keluarga yang saya sayangi ini. Saya menghormati emak, ayah juga keluarga. Tolong sampaikan salam saya kepada semua.”

Rakaman suara Mansor pula di dalam bahasa Inggeris :

“Saya sekarang bahagia. Isteri saya dan saya bahagia sekali, tetapi kami sedih terhadap sikap akhbar-akhbar dan kerajaan Belanda yang memutarbelitkan berita-berita mengenai kami. Semua orang dalam dunia ini inginkan kebahagiaan dan begitu jugalah harapan kami.

Saya menyeru kepada orang-orang di Belanda dan Eropah, sudah sampai masanya perbezaan warna kulit dan bangsa dihapuskan. Di Tanah Melayu, kami tinggal di sebuah negara kosmopolitan.

Perkahwinan campur lazim berlaku dan tidak ada sebab mengapa individu tidak boleh memilih pasangan hidup sendiri, untuk diri mereka sendiri, jika pasangan yang hendak mereka kahwini itu daripada berlainan warna atau kepercayaan yang berbeza.

Kami masih lagi muda. Sekiranya kami bernasib baik dan mempunyai kelapangan dan peluang kami akan datang ke Belanda dan menziarahi keluarga Hertogh.”

Namun akhbar De Telegraaf membidas isi kandungan pita rakaman suara Natrah-Mansor dengan mengatakan “Kami tidak mempertikaikan Mansor adalah seorang manusia yang bertamadun dan berpelajaran. Tetapi ini tidak bermakna dia mempunyai hak untuk mengahwini seorang budak perempuan berumur 13 tahun.”

Jika diteliti rakaman Natrah dan Mansor tersebut, boleh dibayangkan bagaimana mereka menyayangi antara satu sama lain tanpa sebarang paksaan. Cinta mereka benar tulus dan ikhlas. Begitu juga tentang perasaan Natrah terhadap ibu angkatnya Aminah yang sudah dianggap sebagai ibu kandung sendiri. Kasihnya terhadap Che Aminah tidak berbelah bahagi hingga ke akhir hayatnya.

Share
Tweet
Pin
2 comments

Permulaan Kes Pertama Natrah di Mahkamah

Selepas pertemuan A.A Locke (pada aku Locke la punca segala kejadian..aku kalau dapat jumpe mereka-mereka yang terlibat dalam kes ni, Locke ni aku lempang dulu..haha emo pulak) antara Locke dan Che Aminah, Che Aminah bersetuju untuk membawa Natrah ke Singapura.

Mungkin kerana Che Aminah berniat dan yakin dia akan memenangi hak pemilikan Natrah sebagai anak angkat, dia tekad membawa Natrah walau dihalang keras oleh ahli keluarga beliau.

Pada 12 April 1950, mereka telah sampai ke Singapura dan tinggal di rumah kenalan Che Aminah yang beralamat di No.94, Syed Alwi Road, Singapura. Di rumah inilah beberapa kali Pegawai Konsul Belanda datang kononnya untuk berbincang tentang Natrah namun bukan perbincangan yang berlaku tetapi Che Aminah cuba disogokkan dengan S$500 bagi melepaskan Natrah.

Tentu saja Che Aminah menolak sogokan tersebut kerana sayangnya pada Natrah bukan kepalang. Kerana menolak sogokan tersebutlah maka pada 22 April 1950  Che Aminah telah menerima surat daripada Ketua Hakim Mahkamah supaya Natrah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura. Arahan dibuat atas surat saman bernombor 124 daripa Konsul Jeneral Belanda kerana enggan menerima S$500 yang ditawarkan (nampak tak agenda jahat Belanda?)

Dipendekkan cerita, selepas melalui perbicaraan. Che Aminah memenangi kes hak pemilikan dan penjagaan Natrah. Ye..Che Aminah telah menang pada kes yang pertama. Keputusan itu sangat menggembirakan hati Natrah yang memang sangat menyayangi Che Aminah. Natrah sememangnya tidak menyenangi ibu kandungnya Adeline. Perasaan itu digambarkan ketika pertemuan pertama Natrah dan Adeline selepas beberapa tahun terpisah. Natrah enggan menemui Adeline dan menyorok dibelakang Che Aminah.



Mansor Adabi

Mansor Adabi adalah anak tunggal kepada penulis dan sasterawan terkenal sebelum perang dunia kedua di Kelantan iaitu Abdul Kadir Adabi.

Lahir pada tahun 1928 di Kelantan. Pada tahun 1947 telah pergi ke  Singapura untuk mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Ketika itulah beliau telah berkenalan dengan M.A Majid Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam Singapura dan menjadi bapa angkat beliau.

Selepas tamat peperiksaan Senior Cambridge, Mansor telah menjadi guru pelatih. Disinilah bermulanya perkenalan antara ibu Mansor Adabi dengan Che Aminah.

Pernikahan Antara Mansor Adabi dan Natrah

 Mansor Adabi dan Natrah telah menikah tidak lama selepas Che Aminah memenangi kes hak penjagaan Natrah.

Menurut Mansor, pertemuan pertama antara beliau dan Natrah adalah di Girl Homecraft Centre, York Hill, Singapura ketika Natrah dihantar ke sana ketika proses perbicaraan. Pertemuan pertama itu memang memggetarkan jiwa mereka berdua. Mansor ke sana kerana menemani Che Aminah melawat Natrah.

Pernikahan mereka berlangsung pada tahun 1950. Ketika diwawancara tentang pernikahan tersebut oleh penulis buku Voices of Asia, Mansor telah di tanya tentang adakah perkahwinan tersebut dilakukan secara paksa. Mansor menjawab ‘Yes..force of attraction’ menggambarkan betapa dia benar-benar jatuh cinta dengan Natrah.

Namun pernikahan tersebut adalah nikah gantung. Menurut Natrah, mereka bersetuju hanya akan bersama ketika Natrah mencapai usia 21 tahun (ketika pernikahan berlangsung usia Natrah baru 13 tahun)



Permulaan Kisah Lara 3 Jiwa

Siapa sangka, ikatan pernikahan yang dibayangkan akan menamatkan segala derita Natrah mengenai perebutan hak akan menjadi penyebab permulaan kisah lara 3 jiwa insan ini. Bukan saja Natrah, Che Aminah dan Mansor Adabi juga lara ke akhirnya.

Berita pernikahan Mansor Adabi dan Natrah menaikkan rasa amarah keluarga kandung Natrah dan kerajaan Belanda. Liputan media barat menambah bara di dada. Media mula membesar-besarkan cerita penikahan itu kononnya Natrah dipaksa bernikah dengan Mansor Adabi.

Walaupun Che Aminah memenangi kes pertama, namun kewarganegaraan Natrah masih mengikut kewarganegaraan bapanya iaitu Belanda.

Dua hari selepas pernikahan Natrah dan Mansor, Che Aminah menerima surat saman peguam Sisson and Delay, Kuala Lumpur bagi pihak ibu bapa kandung Natrah. Surat saman tersebut mengatakan mereka tidak lagi mahu Che Aminah menjaga Natrah dan mereka mahu Natrah diserahkan kepada Konsul Jeneral Belanda pada 10 Ogos 1950.

Mansor Adabi juga mendapat surat yang sama namum mereka tidak mengendahkan surat saman yang dikeluarkan sehingga tarikh 10 Ogos 1950 berlalu. Perbuatan ini menyebabkan keluarga kandung Natrah memperbaharui tuntutan hak penjagaan selepas mereka kalah kali pertama. Mereka disokong kuat oleh kerajaan Belanda 

Share
Tweet
Pin
2 comments
Sambungan kisah Natrah..untuk yang baru singgah boleh la rujuk part yang pertama di Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa Part 1

Kehidupan Natrah Sebagai Anak Angkat Che Aminah

Natrah telah dipelihara oleh Che Aminah bermula 1 November 1942 ketika Natrah berusia 5 tahun. Ketika itu mereka berada di Bandung. Nama asal Natrah iaitu Hurbedina Maria Hertogh telah ditukarkan kepada Natrah Binti Ma'aruf.

Memandangkan persetujuan asal kedua belah pihak untuk membenarkan Natrah dibesarkan secara Islam, maka tiada bantahan daripada pihak Adeline iaitu ibu kandung Natrah atas pertukaran nama tersebut. 

Malah dikhabarkan bahawa keluarga kandung Natrah ketika itu sering juga menziarahi Natrah yang berada di bawah jagaan Che Aminah. Namun keadaan itu tidak lama kerana selepas itu Adeline mula berhenti menjenguk Natrah.

Pada bulan Julai 1946, keluarga Hertogh telah kembali ke Belanda tanpa Natrah selepas Sarjan Hertogh iaitu ayah Natrah telah dibebaskan oleh Jepun. Sarjan Hertogh telah bersara daripada askar dan dikhabarkan juga menapung hidup dengan wang pencen dan bekerja di kilang roti. Mereka menetap di 24, Emmaplein, Bergen op Zoom, di bahagian selatan Belanda.. Kehidupan mereka agak susah, tidak seperti Natrah yang hidupnya dimewahkan oleh Che Aminah.

Pada bulan Julai 1947, setahun kemudian barulah Che Aminah membawa Natrah daripada Bandung ke Kemaman, Terengganu yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Malaya.




Natrah di Kemaman

Kehidupan Natrah di Kemaman adalah saat paling bahagia di dalam hidup beliau. Natrah sendiri mengakui ketika ditemubual sekitar tahun 1989. Menurutnya beliau hidup dalam keadaan dimanjakan oleh Che Aminah. Malah Che Aminah mempunyai kehidupan yang mewah ketika itu. Natrah dimanjakan seperti anak sendiri. Kerja rumah tidak pernah menjadi tanggungjawab Natrah kerana Che Aminah mempunyai seorang pembantu rumah dan seorang tukang kebun.

Natrah seperti kebanyakan kanak-kanak, memang bersifat nakal. Malah menurutnya selama berada di Kemaman dia seringkali ponteng kelas. Namun Natrah membesar sebagai seorang yang taat pada agama. Solat 5 waktu tidak pernah ditinggal dan menurut Natrah sendiri dia juga khatam membaca Al-Quran sebanyak 2 kali.

Natrah adalah seorang kanak-kanak yang nakal tetapi taat. Walaupun nakal, dia seorang yang lemah lembut dan mempunyai peribadi yang baik. Sebab itu Che Aminah terlalu menyayangi Natrah.


Permulaan Kehancuran Syurga Duniawi Natrah

Semuanya bermula apabila A.A Locke seorang pegawai British telah terlihat Natrah di Sekolah Rendah Daerah Kemaman dalam acara senaman yang dihadiri Locke.

Locke yang pada mulanya menyangka Natrah anak British mula mengajak Natrah berbual namun Natrah tidak pandai berbahasa Inggeris dan memberitahu bahawa dia adalah anak Belanda. Beberapa hari kemudian Locke mengunjungi rumah Che Aminah bertanyakan tentang bagaimana Natrah menjadi anak angkat Che Aminah, seorang penduduk tempatan.

Beberapa hari kemudian Locke datang kembali dengan mengatakan bahawa Che Aminah mestilah ke Singapura untuk membincangkan tentang kedudukan hak pemilikan Natrah dengan Konsul Jeneral Belanda.

Che Aminah walaupun dihalang oleh kaum keluarga, tetap juga berkeras untuk ke Singapura. Mungkin pada perkiraan beliau, beliau akan menang..ye pada permulaannya kes penjagaan Natrah telah DIMENANGI oleh Che Aminah.


Share
Tweet
Pin
8 comments
Gigih aku mencari bahan rujukan untuk entri kali ni sebab kali ni aku bukan nak cerita tentang calang-calang orang. Aku nak bercerita tentang Natrah yang suatu masa dulu menggemparkan dunia.

Namun rujukan untuk kisah Natrah ni tak banyak. Yang betul-betul detail ialah dari penulisan Datin Fatini Yaacob yang pernah menjadi wartawan Dewan Masyarakat. Datin Fatini Yaacob adalah orang yang bertuah yang dapat bersemuka dan menemuramah sendiri mendiang Natrah @ Bertha. Dari temuramah itulah terlahirnya artikel di Dewan Masyarakat Edisi Feb 1989 hingga June 1989 dan terhasillah Buku bertajuk "Natrah (1937-2009) ~ Cinta. Rusuhan. Airmata"

Oleh kerana kisah ini terlalu panjang aku akan update cerita ini part by part. Aku akan mulakan dengan pengenalan Natrah supaya korang akan lebih faham tentang jalan kisah hidup penuh duka ini.

Natrah sebuah kisah lara 3 jiwa hingga ke akhir hayat. Natrah mengingatkan kita tentang penyatuan melayu dan Islam demi berjuang menyelamatkan akidah seorang muslim..namun..semuanya sudah tersurat. Hidayah itu milik Allah.



Menyelusuri susur galur Natrah

Kisah bermula dari Louise Hunter Winterberg seorang gadis berdarah campuran Indo - Belanda, seorang pelakon bangsawan yang telah berkahwin dengan Joseph Hunter dari Scotland. Hasil perkahwinan itu lahirlah sepasang anak bernama Soewaldi dan Adeline.

Namun jodoh antara Louise dan Joseph tidak kekal lama apabila Louise lari meninggalkan Joseph dan berkahwin dengan Raden Ismail seorang pelakon bangsawan indonesia yang beragama islam. Louise memeluk islam dan menukar namanya kepada Nor Louise.

Soewaldi dan Adeline yang ketika itu berumur 7 dan 5 tahun berada dibawah jagaan Nor Louise. Mereka dibesarkan dengan adat melayu dan didikan Islam. Namun ketika berusia 15 tahun, Adeline telah menukar agama ke agama kristian dan berkahwin dengan seorang tentera Belanda iaitu Sarjan Adrianus Petrus Hertogh.

Adrianus Petrus Hertogh adalah anak jati Belanda yang lahir pada 19 September 1905 di Willerustad, Noord Brabant, Belanda. Beliau telah datang ke Tanah Jawa ketika berusia 19 tahun iaitu pada 11 September 1924.  Berkahwin dengan Adeline ketika berusia 28 tahun di gereja Roman Katolik Bandung dan kemudian menetap di Baroshweg 11, Tjimahi Bandung. Mereka dikurniakan 5 orang anak termasuk Huberdina Maria Hertogh yang kemudiannya melakar sejarah.

Pada 8 Mac 1942, ketika tercetusnya perang dunia kedua, tentera Belanda di bawah pimpinan Jeneral Ter Poorten telah menandatangani surat penyerahan kuasa kepada tentera Jepun dan sejak itu Belanda menjadi tawanan Jepun. Antara anggota tentera menjadi tawanan Jepun adalah Sarjan Adrianus Petrus Hertogh yang ketika itu berusia 37 tahun.

Natrah

Dilahirkan pada 24 Mac 1937 sebagai Huberdina Maria Hertogh di Tjimahi, Bandung. Dibesarkan di dalam lingkungan budaya melayu namun mengikut kewarganegaraan bapanya iaitu Belanda.

Ketika bapanya di dalam tawanan Jepun Natrah baru sahaja berusia 6 tahun. Namun ketika ditemubual oleh wartawan Dewan Masyarakat pada akhir Mac 1989, Natrah mengingati jelas kejadian bapanya diheret di hadapannya oleh tentera Jepun kerana menurut beliau ketika itu dia sedang bermain di luar rumah.

Berikutan kepayahan hidup Adeline membesarkan anak tanpa suami di sisi, maka Adeline meminta Che Aminah iaitu kenalan ibunya Nor Louise untuk memgambil salah seorang anaknya. Che Aminah menolak pelawaan itu beberapa kali memandangkan Che Aminah sudah mempunyai seorang anak angkat yang dibawa dari Jepun yang diberi nama Kamariah.

Namun atas desakan, Che Aminah mengambil Benny iaitu adik Natrah namun dipulangkan semula selepas 1 minggu kerana Benny dikhabarkan kuat menangis. Selepas itu barulah Che Aminah mengambil Natrah sebagai anak angkat beliau.




Siapa Che Aminah?

Che Aminah Hj Mohamad adalah seorang peniaga dari golongan bangsawan yang berasal daripada Kemaman. Beliau pernah menetap di Jepun selama 12 tahun ketika mengikut arwah suaminya iaitu Abd Ghani yang bertugas sebagai pensyarah bahasa Melayu  di Jabatan Bahasa Asing di sebuah universiti di Tokyo. Berikutan itu Che Aminah fasih berbahasa Jepun malah membawa pulang seorang anak angkat Jepun yang diberi nama Kamariah.

Namun, tidak lama sekembalinya dari Jepun, Abdul Ghani meninggal dunia. Selepas itu Che Aminah telah bernikah dengan Ma'aruf pada tahun 1930-an.

Che Aminah bukan sahaja fasih berbahasa Jepun malah boleh berbahasa Urdu, Cina, Tamil dan Inggeris. Che Aminah jelas digambarkan oleh Hakim Justice Brown dalam penghakimannya ketika kes perebutan hak penjagaan Natrah sebagai seorang yang terpelajar. Malah Hakim Justice Brown berkata "This Malay Lady is not a kampung women. In Europe she would described as belonging to the bourjoisie or middle class"



Share
Tweet
Pin
8 comments
Maafkan aku sebab masih belum boleh move on dari Tanah Aina Fahad. Walaupun cuma 2 hari 1 malam di sana tapi kesan di hati ni..haishhh memang mendalam sangat.

Untuk ke Tanah Aina Fahad ni sebenarnya tak susah pun. Kalau dari KL sebenarnya amik masa tak sampai 2 jam pun kalau korang tak singgah ke mana-mana. Tapi kalau korang nak singgah makan dulu kat Lemang To'ki hahaha..amik masa lama la sikit.


Kalau siapa yang selalu ke Kelantan ikut Raub, haaa..mesti akan lalu Ulu Dong. Kat sini la terletaknya Tanah Aina Fahad ni. Kalau susah sangat korang waze je Lata Jarum, mesti akan jumpa.
Boleh baca entri aku sebelum ni tentang  Tanah Aina Fahad


Aktiviti kami yang pertama sekali mestilah makan..hahaha..ok ni aktiviti paling best la sebab dah la dewan makan kat sini cantik giler, dah la mengdap air terjun..makanan pulak semua sedap-sedap disamping layanan tip top dari pengurusan Tanah Aina Fahad ni.

Tempat bersantai selepas makan pun disediakan tau..




Pengat durian oiiii..hahaha..giler sedap

Habis aktiviti makan, kami bersantai sekejap di dewan ruangan santai sementara tunggu masa untuk aktiviti jungle trekking. Ruangan santai ni di sediakan pelbagai aktiviti untuk riadah seperti meja ping pong, carrom..malah cd juga disediakan bagi yang ingin melayan filem








Jungle Trekking

Ni memang aktiviti yang paling mencabar selama berada di sini..ekeke..mana tak nyeeee..meredah gunung ganang (ok ni lebih-lebih..haha), mengharungi sungai dan hutan selama 2 jam. Memang mencabar gila rasanya.

Tapi aku bangga sebab aku berjaya menghabiskan aktiviti ni walaupun pancit sikit. Tapi jujur aku cakap..aku agak berbangga dengan pencapaian aku selaku orang yang menghidap slipped disc awal tahun ni. Bayangkan selama hampir setahun aku tak ada aktiviti kerana slipped disc dan jungle trekking ni adalah aktiviti lasak pertama aku selepas sembuh (walaupun saraf aku ada lagi sedikit tersepit di bahagian kaki kiri)

Aku cukup terharu dengan team KBBA9 yang sentiasa menjaga satu sama lain terutama aku (chewahhh perasan pulak). Cukup terharu bila masing-masing ambil berat pasal aku. Cukup terharu bila saat aku pancit big boss Ben Ashaari menghulurkan snickers untuk pulihkan tenaga aku hahaha..

Bila Nan, Ayue, Yanty & Fir jaga aku kat belakang seriously rasa nak nangis sangat walaupun aku tau sebenarnya Nan tu pancit jugak hahaha..(nasib ada aku untuk cover).

Tapi paling tak boleh lupa..punya gigih mendaki sampai tercabut tapak kasut aku. Haa..lagi satu..pacat pun banyak gila hinggap nasib la aku bukan penakut pada pacat. Kesan gigitan tu gatal sampai sekarang oooo...



Berendam dalam Sungai

Haaaa..ni aktiviti paling best. Memandangkan untuk mengakhiri jungle trekking tu kami kena mengharungi sungai yang airnya berarus deras, maka kami amik kesempatan ni untuk berendam sekejap. Sekejap tak sekejap sangat lahhhh..sampai masing-masing dah ketar dan cramp kaki baru naik. Hahaha..itu pun sebab pihak pengurusan Tanah Aina Fahad dah panggil makan sebab ada jamuan minum petang disediakan..eh..bihun goreng dia sedap wooooo...

Berendam Dalam Kolam

Habis berendam dalam sungai..habis minum petang..sambung berendam dalam kolam pulak. Hahaha..hilang segala rasa tension dan stress bila kembali jadi kanak-kanak riang. Paling best bila main lumba renang. Hahaha memang best giler budak-budak ni semua.

Makan Malam

Lepas Maghrib, makan malam disediakan. Perghh layanan di Tanah Aina ni memang tip top u olsss..tiada istilah lapar kalau berada di sini. 

Makan yang dihidangkan pula semua sedap-sedap belaka.


Melawat Jambatan Gantung

Sebelum mulakan aktiviti campfire, kami semua sempat melawat ke jambatan gantung. Memang cantik sangat pemandangan waktu malam di sini. Lampu hijaunya memang menggoda pandangan. Jadi semua ambil kesempatan ni untuk bergambar.

Campfire

Ni aktiviti paling dinantikan semua orang. Hahaha..best sangat aktiviti ni sebab kami reka permainan sendiri daripada permainan sambung ayat sampailah pada permainan teka nama filem. Memang lawak giler permainan ni bila Bam Hoq terkaku pana dapat task Boboboi.

Hahaha..ni semua aktiviti hari pertama di Tanah Aina Fahad. Insyallah next entri aku kongsi cerita aktiviti hari terakhir kami di sana.

Apa-apa pun korang boleh layari website https://www.tanahaina.com/fahad/ untuk keterangan lanjut. Apa yang aku boleh bagitahu..kat sini memang aku enjoy habis.


Share
Tweet
Pin
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates