Siapa The Blood Countess Elizabeth Bathory?

Dilahirkan pada 7 Ogos 1560 dalam keluarga bangsawan yang kaya raya, Elizabeth Bathory adalah seorang countess Hungary. Salah seorang sepupunya adalah Perdana Menteri Hungary. Telah berkahwin pada usia 15 tahun  (tahun 1575) dengan Count Ferencz Nadasy yang ketika itu berusia 25 tahun. Oleh kerana Count Ferencz Nadasy dari keluarga bangsawan yang lebih rendah darjatnya maka Elizabeth mengekalkan nama keluarga beliau iaitu Bathory.

Selepas berkahwin mereka tinggal di istana Cachtice yang terletak di Slovakia. Oleh kerana suami beliau iaitu Count Ferencz sering keluar berperang yang ketika itu hebat berperang menentang kerajaan Uthmaniah, maka Elizabeth sering merasa kesunyian dan bermula itu dia sering curang malah mempunyai hubungan sejenis dengan Countess Klara Bathory. Dia juga kemudiannya telah terpengaruh dengan kegiatan satanisme yang telah diperkenalkan oleh Dorothea Szentes.

Ketika berusia 40 tahun, Elizabeth Bathory mula merasa bimbang tentang kecantikkannya yang mula pudar dan mula terfikir pelbagai cara untuk mengekalkan kecantikkannya. Pada suatu hari, Elizabeth telah menampar salah seorang dayangnya yang ketika itu tertarik rambut Elizabeth ketika menyikat rambut tuannya itu. Kerana tamparan itu terlalu kuat, darah mula memancut dari hidung dayang tersebut. Bermula dari situ Elizabeth terfikir bahawa darah dapat mengekalkan kecantikan dan awet muda. Dayang tersebut telah diheret ke bilik mandi, dipotong nadinya dan darahnya ditadah untuk dijadikan mandian serta diminum oleh Elizabeth. Semenjak itulah kekejaman beliau berleluasa hingga mengorbankan 650 nyawa gadis muda.

Pada 30 Dec 1610 tentera telah menyerbu ke istana Cachtice setelah mendapat aduan tentang kekejaman Elizabeth. 4 orang pembantu beliau telah ditangkap dan dijatuhi hukuman mati namun Elizabeth telah dibiarkan hidup namun dikurung di dalam kamarnya. Elizabeth mati di dalam tahanan di dalam kamarnya setelah 4 tahun kemudian. Dia adalah antara orang yang terkejam dalam sejarah dunia.

Sebenarnya kisah ni sangat-sangat panjang tapi aku ringkaskan sebab aku faham korang mesti malas nak baca kalu panjang-panjang sangatkan? hahaha..kalau yang sejenis dengan aku yang suka nak tau lebih lanjut korang boleh klik je DI SINI.

Elizabeth Bathory a.k.a The Blood Countess

Ni la Istana Cachtice



Post a Comment

1 Comments

  1. ya ampun, dah lah curang pastu lesbian plak tu
    then nak cantik hisap darah orang.. ngerinya..
    teringat masa za kekecik ada perempuan purdah kekonon naik kancil nak hisap darah anak dara sbb nak cantik..

    ReplyDelete