Malam tadi last episod drama Andainya Takdir ek? haha..terus terang aku tak pernah pun tengok and follow drama ni tapi kat mana2 wssap group memang asyik cte pasal drama ni je. So cam biasa aku memang tak nak komen la pasal drama ni sebab aku memang tak follow.
Hari ni aku cuma nak cte pasal hubungan yang menyakitkan..yup..cam cte tu. Pada aku itu satu bentuk hubungan yang menyakitkan..menyakitkan kedua2 belah pihak sebenarnya. Realiti kehidupan sebenarnya ramai yang alami hubungan sebegitu tapi tak ramai yang cuba cari jalan keluar terutama wanita..kenapa?? sebab wanita rata2nya akan sayang dan cinta pasangan membuta tuli. Percayalah ramai wanita diluar sana yang menderita hasil perkahwinan yang tidak bahagia. Dan jangan terkejut kerana ramai juga yang dari golongan professional yang alami nasib begini tapi diamkan diri dengan alasan malu, masih sayang suami, harap suami akan berubah dan bla..bla..bla..
Percayalah kata aku..itu cuma alasan takut kehilangan. Betul..siapa yang tak takut kehilangan? terutama kalau dah bertahun2 layari alam perkahwinan. Tapi bukankah Allah dah berfirman dalam Al-Quran bahawa setiap pasangan itu Allah wujudkan sakinah? Rasa tenang dan bahagia bila melihat pasangan? Jadi apa gunanya pertahankan hubungan yang memang tiada sakinah dari awal? tiada ketenangan dari mula? Kenapa tak nak lepaskan? ego?malu?tak bersedia?? Oh nooooo..percayalah setiap apa yang kita ada cumalah pinjaman. Kalau kita berada dalam situasi tersebut bingkaslah bangun..cepat2 muhasabah diri dan didik diri untuk redha bahawa pasangan kita adalah pinjaman sementara dari Allah. Percayalah Allah tak akan uji kita diluar kemampuan kita. Kadangkala Allah hadirkan pasangan yang melukakan kita supaya kita belajar untuk kuat dan belajar untuk lebih menghargai pada masa hadapan.
Aku terjumpa 1 gambar yang pada aku sangat bermakna kata2nya..
"KADANGKALA TERUS BERPEGANG PADA SESUATU AKAN MEMBERI LEBIH KESAKITAN. BELAJARLAH UNTUK MELEPASKAN..IA AKAN BERI LEBIH KEBAHAGIAAN"
2 Comments
Sama lah kita.. Tati pun tak pernah tengok drama ni. satu sebab tak ada peluang dan kedua sebab memang tak suka tengok drama macam ni.. kang tak pasal2 kita pulak yang terlebih emo. Tapi memang setuju sangat dengan Nina.. Untuk apa mempertahankan yang jelas menyakitkan.. Sedangkan Allah berikan setiap makhluknya itu kelebihan untuk memilih. Jadi kenapa pilih derita bukan bahagia kan..
ReplyDeleteSorry for writing in English; Sigh... I don't know why, but ever since I become a dad to my one and only daughter, I found my heart bleeding... It's really hurt, seeing female victims, has not much say and put under pressure. I don't know, it would be different if my daughter is a son, I really feel like want to beat the crap of anyone blocking my way, and dragged the perpetrator or accuser to police, by brute force...
ReplyDelete