Mango Float Royale Melaka Kini di Kuala Lumpur

Ada berita baik untuk semua peminat Mango Float Royale Melaka yang sangat viral tu! Kini korang dah tak payah bersusah-susah untuk ke Melaka semata-mata untuk menikmati segelas jus mangga yang dihidangkan bersama ais krim dan potongan mangga yang segar sebab Mango Float Royale Melaka telah membuka cawangan mereka di Wangsa Maju.



Minggu lepas aku berkesempatan ke Majlis Pembukaan cawangan terbaru mereka di Wangsa Maju. Memang agak meriah dengan pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk menikmati hidangan di sini. Buat pengetahuan, sebagai salah satu vendor di Prank Fries, gerai Mango Float Royale Melaka terletak di dalam kedai PrankFries.



Jadi, untuk datang ke Mango Float Royale Melaka di Wangsa Maju ni korang kenalah cari 'signboard' PRANKFRIES. Seperti konsep gerai jualan Mango Float Royale Melaka di Melaka, mereka turut mengekalkan konsep gerai itu di Wangsa Maju di mana sebuah gerai kecil disediakan di sini dan turut terdapat gerai makanan lain dijual di sini iaitu PrankFries yang menghidangkan kentang goreng dengan pelbagai perisa dan Oh! Chees Corndog yang menghidangkan corndog istimewa.




Bagi mereka yang belum pernah merasai keenakan minuman Mango Float Royale Melaka lagi, inilah peluangnya untuk korang datang dan merasai sendiri minuman yang viral ini. Dah tak perlu memandu jauh ke Melaka dan beratur panjang semata-mata nak dapatkan Mango Float Royale Melaka.

Ahad lepas, kebetulan aku ke Melaka dan sempat juga singgah ke Mango Float Royale Melaka dan seperti biasa cawangan mereka di Melaka ni penuh dengan pelanggan yang datang semata-mata nak mencuba minuman jus mangga yang enak ini.


Buat pengetahuan, selain di Melaka mereka turut membuka cawangan di Muar dan terbaru di Wangsa Maju. Jadi, kalau korang yang berada di Lembah Klang apa kata korang serbu Mango Float Royale Melaka yag terletak di :

PrankFries
6, Jalan Metro Wangsa,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpr

Waze : PrankFries Wangsa Maju

Post a Comment

5 Comments