Dapatkan Vivo V17 di Pasaran 21 Disember 2019 Pada Harga RM1,699

by - December 18, 2019

Bertempat di Brixton 23, Bukit Bintang hari ini Vivo telah melancarkan telefon terbaru mereka iaitu Vivo V17 yang bakal berada di pasaran pada 21 Disember 2019 ini.


Menariknya tentang Vivo V17 ini ialah ia telah dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif yang memberikan pengguna pengalaman tontonan diluar imaginasi mereka! Menurut Raymond Lee, Pakar Produk Vivo Malaysia "V17 mewakili pemahaman kami tentang kepeluan pengguna hari ini dan inovasi yang kami banggakan. Reka bentuk 5 kamera dengan Skrin Ultra O membolehkan pengguna menghasilkan gambar dan berpengalaman menonton di luar imaginasi."

Menurut beliau lagi "Penciptaan V17 sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna sambil memperkukuhkan lagi kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik khas untuk rakyat Malaysia."


Keistimewaan V17

Aku sendiri dah mencuba V17 dan yang membuatkan V17 sangat istimewa ialah kerana ciri-cirinya yang sangat bersesuaian dengan kehendak pengguna masakini. Jom aku kongsikan ciri-ciri V17 ini :

  • Reka Bentuk Skrin Ultra O Super AMOLED yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan paparan paling nipis dalam industri


  • Kamera AI Quad 48MP & kamera depan 32MP. Serious la korang yang kamera V17 ni memang sangat superb ye! bayangkan dengan kamera depan 32MP ditambah pula dengan pilihan fotografi professional korang boleh pilih pelbagai jenis mode seperti Super Night Mode dan Super Night Selfie yang membuatkan gambar selfie korang letops walaupun dalam gelap ye! Hehe..tapi paling aku suka sebab ada sticker juga disediakan, so korang boleh la amik gambar comel-comel cam gambar-gambar yang aku amik ni..hehe..


  • Kapasiti bateri yang besar (4500mAh)
  • Pemprosesan Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM
  • Ultra Game Mode khas untuk gamer
  • Datang dalam 2 warna menarik iaitu Admiral Blue & Crystal White

Manakala untuk spesifikasinya pula korang boleh rujuk di bawah ni ni : 

Basic
Processor
Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core processor
Storage
8GB RAM + 256GB ROM
Battery
4500mAh with Dual-Engine Fast Charging (9V 2A)
Operating System
Funtouch OS 9.2 (based on Android 9.0)
Body
Dimensions
159.01 x 74.17 x 8.54mm
Weight
176g
Display
Screen
6.44” FHD+
Type
Super AMOLED Ultra O Screen
Touch Screen
Capacitive multi-touch
Biometric recognition
In-Display Fingerprint Scanning Technology
Camera
Camera
Front : 32MP Front Camera
Rear : 48MP + 8MP (Wide-Angle) + 2MP (Bokeh) + 2MP (Macro)
Photography Modes
Rear : Super Night Mode, Ultra Stable Video, Portrait Bokeh, Portrait Light Effects, AR Stickers, Pose Masters, Filters, AI Makeup, Super EIS for videos, Super Wide-Angle (Photo+Video), Super Macro, Portrait Framing, AI HDR, Burst, SLO-MO, PRO Mode, Panorama, AI Scene Recognition, DOC, Take Photo, Video Record and etc.
Connectivity
USB (Type-C), Wi-Fi, Bluetooth (Bluetooth 5.0), GPS, OTG
Sensors
Accelerometers, Ambient Light Sensor, Proximity Sensor, E-Compass, Gyroscope
Items in the box
V17, Earphone, Documentation, Type-C to USB Cable, USB Power Adapter, SIM Ejector, Protective Case, Protective Film (applied)

Menarikkan? Jadi tunggu apa lagi u olsssss..gi la pre-order Vivo V17 ni sebab V17 ini akan berada di pasaran pada 21 Disember 2019 nanti tau! Harga cuma RM1,699 u olsss!!

You May Also Like

19 comments

  1. Ohhh menarik gak smartphone ni... nak kena usha gak laa nanti. Macam2 smart phone baru keluar skarang ni rambang mata nak pilih mana satu..

    ReplyDelete
  2. Cantekkan gmbr dr bidikan phone ni. Kiranya antara pilihan yg kita blh pilih dlm range smart phone yg terkini

    ReplyDelete
  3. Wahhh Vivo baru lagi ke? Boleh la siapa yg ada bajet nak cari smartphone baru untuk dapatkannya. Saya masih lagi memakai fon lama. Tengah berjimat ni hehe

    ReplyDelete
  4. Omg, dah 17.. Kita masih pakai vivo 7 🤣
    Memang nak tukar, tapi masih elok lagi ni. Vivo memang best dan tahan lasak. Kita punya dah berjuta kali jatuh masih elok

    ReplyDelete
  5. Macam best je phone ni. Tengok ramai jugak member2 duk share pasal model phone vivo yang ni.

    ReplyDelete
  6. ni vivo yang baru tu kan harga pun boleh tahan murah lagi dari model lama diorang masa awal-awal keluar dulu

    ReplyDelete
  7. Wow menariknya phone ni, bukan je design dia nampak cantik cameranya pun boleh tahan cantik

    ReplyDelete
  8. Ada lagi model baru. laju betul hp sekarang ni yer.

    ReplyDelete
  9. Comel pulak filter dalam vivo17 ni erk..suka la dengan features latest vivo ni belum lg camera yang cantik tu. Tergoda pulak tgk camera belakang tu

    ReplyDelete
  10. Kalau dapat 1 kan best. Kalau sis nak pun tunggu rega turun dulu le..hehehe. Skrg ni budget very ketat nak dptkan phone baru

    ReplyDelete
  11. Bestnye fon vivo ni. Warna dia pon cantik. Nak surveyla nanti. Nak test kamera

    ReplyDelete
  12. Bestla V17 . Terkasima tengok camera dia. Mintakla ada rezeki lebih new year ni , mana tau dapat sambar 1. Harga pun boleh tahan berbaloi tu

    ReplyDelete
  13. Laju jugak Vivo sekarang...V17 dah. Teruja sangat tengok function camera dia, cantik sangat ni !

    ReplyDelete
  14. Tengah simpan duit nak beli phone lain, tup tup keluar pulak phone lain yang lagi cantik! Huish, pening nak beli yg mana satu sekarang ni

    ReplyDelete
  15. Serius la. Ritu baru je jenama lain keluar telefon baru. Ni vivo pulak. Dah la murah pulak tu.

    ReplyDelete
  16. wow. vivo aida pun dah jauh ketinggalan ni meskipun lom lagi 2 thn pakai :)
    dah 17 dah.
    and harga ok, affordable lah dgn specs yg ohsem tu.
    aida ni lain2 tak reti, cuma tgk tang camera jer :)

    ReplyDelete
  17. Rasa nak ambil vivo ni je.. Nad dhla penghuna vivo.. Hahaha.. Menrik sangat ni.. Banyak phoen sekrg.. Geram je rasa semua

    ReplyDelete
  18. Wah! Function kamera dia cam best. Mesti letops amik gambar selfie

    ReplyDelete
  19. spek vivo nie boleh tahan canggih dan advance ya. harga pon bolehlah affordable untuk spesifikasi sebegitu. kita pon tengah cari phone baru nie. bolehlah kot phone vivo nie

    ReplyDelete