Tempat Makan, Pusat Kraftangan & Penginapan di Kuala Lumpur

Pada entry aku yang lepas aku dah kongsikan tentang tempat tarikan terbaru di KL yang korang kena terjah.. BACA DI SINI

Jadi, di entry kali ni aku nak kongsikan pula tempat makan, pusat kraftangan dan tempat penginapan yang korang boleh pertimbangkan (especillay buat korang yang datang dari luar Lembah Klang). Aku faham, bagi mereka yang datang dari negeri luar, pasti tempat-tempat ni yang korang titikberatkan selain tempat menarik yang korang nak pergi.

Jom, aku mulakan dengan tempat makan yang korang boleh terjah jika korang datang ke Kuala Lumpur.

Tempat Makan Sedap di Kuala Lumpur

1. Restoran Rasa Desa Kuala Lumpur


Restoran Rasa Desa Kuala Lumpur terletak di Bukit Damansara ini menghidangkan menu-menu masakan Melayu yang bukan sahaja berbaloi dari segi harga malah sangat berbaloi dari segi rasa.


Antara yang dihidangkan di sini ialah set Patin Goreng Sambal Tempoyak, set Asam Pedas Pari, set Daging Salai Masak Lomak, Set Kerutup Ayam dan Set Patin Gulai Tempoyak yang harganya bermula dari RM14.90.


Selain menu-menu set yang aku sebut di atas, juga terdapat Itik Salai, Nasi Lemak, Nasi Dagang dan pelbagai lagi menu masakan Melayu yang enak-enak.


Nak rasa keenakan masakan Melayu di sini? Boleh la ke alamat :
No.47 Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

2. Restoran Big Baba

Terletak di Taman Desa, Restoran Big Baba mengetengahkan masakan Baba Nyonya yang enak buat para pengunjung.


Antara menu istimewa yang dihidangkan di sini ialah Pong Teng iaitu ayam stew nyonya, Curry Dabeal (kari ayam Portugis), Ayam Buah Keluak dan Rendang Daging. Tapi paling aku suka di sini ialah Pie Tee nya, memang sangat sedap!





Kalau korang berminat nak mencuba makanan kat sini, korang boleh la pergi ke alamat :
34, Jalan 2/109e, Taman Desa Business Park, 58100, Kuala Lumpur.



3. Kenny Hills Bakers

Seriously aku memang suka sangat masuk ke Kenny Hills Bakers ni sebab suasananya yang pada aku sangat menarik. Di sini korang bileh makan pizza tersedap yang dimasak secara live depan korang!

Oh ye! Aku memang sangat suka masuk bakery jadi aku rasa kat Kenny Hills Bakers ni umpama syurga la bagi orang yang suka masuk bakery macam aku ni..haha..dan sememangnya aku seorang yang suka makan segala macam jenis pastry, kek, roti dan segalanya la yang ada kat bakery.



Tapi serious la korang..Salmon Quiche kat sini memang terbaik! walaupun agak mahal sedikit tapi makanan kat sini semua sedap dan sangat berbaloi dengan harga.


Kalau korang berminat nak rasa pizza yang sedap, boleh la datang ke Kenny Hills Bakers di alamat :
241-B, Lorong Nibong, Off Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur.



4. Bubble Bee Cafe

Terletak di Kwai Chai Hong, Petaling Street, Bubble Bee Cafe menghidangkan variasi waffle yang sangat enak dengan padanan air yang bukan sahaja enak malah sangat menarik di mata!




Bagi mereka yang dah baca entry aku yang lepas berkenaan Kwai Chai Hong, Bubble Bee Cafe ni memang terletak betul-betul di Kwai Chai Hong. Andai kata korang dah penat bergambar bolehlah basahkan tekak korang sambil menikmati pelbagai jenis waffle di sini.





Kalau alang-alang dah ke Kwai Chai Hong tu jom la singgah ke Bubble Bee Cafe yang terletak di alamat :
139, Jalan Petaling, 50000 Kuala Lumpur



Pusat Kraftangan/Souvenir

Kalau dah datang melawat ke sesuatu tempat, dah pastilah kita biasanya teringin nak belikan sesuatu sebagai buahtangan untuk keluarga dan sahabat handai. Jom aku kongsikan tempat di mana korang boleh dapatkan buahtangan yang pasti memikat hati.

1. Bingka

Bingka ni ialah tempat pusat kraftangan yang menyediakan pelbagai cenderahati seperti tote bag, baju, sapu tangan dan pelbagai jenis cenderahati.






2. Craze Pop

Craze Pop ni ialah artisan cake studio dimana korang boleh membuat tempahan pelbagai jenis bentuk kek yang sangat menarik.



Telah diusahakan sejak tahun 2011 oleh pengasasnya yang benama Puan Nurlza Mohd Jonis dan beroperasi di :
Jalan Damai Perdana 16/1C, 43200 Cheras, Kuala Lumpur



Tempat Penginapan

Bagi korang yang memerlukan tempat penginapan yang selesa, berbaloi dan sangat mesra kanak-kanak, aku cadangkan korang untuk menginap di Hotel Furama Bukit Bintang.

Hotel yang terletak di 136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, 55100 Kuala Lumpur ini menawarkan bilik yang selesa pada kadar berpatutan. Dilengkapi dengan swimming pool, gym dan pelbagai fasiliti, Hotel Furama Bukit Bintang ini pastinya menjadi pilihan yang berbaloi untuk korang sekeluarga.




Paling berbaloi sebab di Furama Bukit Bintang ni ada 1 area yang dinamakan Waka-Waka World dimana ia memang direka khas untuk anak-anak korang!


Untuk keterangan lanjut mengenai Hotel Furama Bukit Bintang ni, korang boleh layari website mere di https://www.furama.com/bukitbintang



Trip ini telah dianjurkan oleh Gaya Travel & Kuala Lumpur Tourism Bureau 

Post a Comment

2 Comments

  1. You make so many great points here that I read your article a couple of times. Your views are in accordance with my own for the most part. This is great content for your readers. Latest Sims 4 Downloads : Showing 9113 items. Customise your view with Compatible mode, Featured uploads, Favourites and more!sims 4 news

    ReplyDelete