Tarikan Terbaru di Kuala Lumpur Yang Wajib Korang Terjah!

Sikit je lagi cuti sekolah akan bermula dan aku pasti dah ramai yang rikki-rikki tempat nak melawat. Bagi ibu bapa yang memang kekurangan cuti pula mesti menggaru kepala sebab anak-anak dah start merengek nak ajak bercuti.

Jangan pening kepala, jom aku kongsikan tempat tarikan terbaru sekitar Kuala Lumpur yang korang boleh bawa anak-anak. 

1. Kwai Chai Hong

Tarikan terbaru ini mula dibuka pada April 2019. Sebenarnya Kwai Chai Hong yang terletak di Petaling Street ini telah dibangunkan semula dengan kos projek bina semula kawasan ini melebihi RM1.5 juta. Dibangunkan untuk dijadikan tempat tarikan sekaligus membangkitkan nostalgia lama.



Kwai Chai Hong terletak di kawasan Petaling Street dan merangkumi 6 bangunan di Jalan Petaling dan 4 bangunan di Jalan Panggong. Bangunan di Kwai Chai Hong ini dipenuhi dengan mural yang penuh dengan nostalgia lama. 


Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, pengunjung diminta untuk menggunakan QR Codes untuk dapatkan info pada setiap bangunan. Bagi mereka yang suka bergambar, inilah tempatnya yang korang wajib tuju!



 

2. Muzium Polis Diraja Malaysia

Muzium Polis Diraja Malaysia ni sebenarnya bukanlah tarikan baru tapi aku pasti masih ramai yang belum sedar tentang kewujudan muzium ni. Terletak di Jalan Perdana antara Masjid Negara dan Taman Tasik Perdana, muzium ini telah diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis iaitu PGB Waller pada tahun 1950 dan kemudiannya dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-3 pada 9 Januari 1961.



Galeri Muzium Polis Diraja Malaysia terbahagi kepada 3 galeri iaitu :
  • A
  • B
  • C
Dan terdapat juga pameran di sekitar bahagian luar muzium, antaranya ialah Pameran Kereta Perisai (GMC), Ferret Scout Car dan turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM.



Pameran senjata yang turut digunakan oleh penjenayah turut dipamerkan di sini. Malah senjata-senjata yang digunakan oleh komunis turut dipersembahkan.



3. Hauntu

Aku pasti ini tempat yang paling menarik tapi tak boleh lah bawak anak kecil ke sini. Hauntu adalah sebuah tarikan terbaru yang terletak di The Linc KL. 

Pendek kata siapa yang suka masuk rumah hantu aku memang sangat suggestkan korang untuk mencuba sendiri pengalaman seram di Hauntu ni. Kenapa? Sebab di Hauntu ni korang akan rasa sendiri pengalaman seram yang berbeza dari rumah hantu yang korang pernah masuk.


Hauntu bertemakan sebuah hotel lama dengan suasana lama yang menyeramkan. Yang paling seronok ialah korang bukan setakat akan merasai pengalaman seram berbeza malah seakan menyaksikan pentas teater dek kerana pelakon-pelakonnya sangat berbakat.


Aku sendiri dah rasa, paling lucu bila kami 9 orang masuk ke hotel seram dan kesemua kami menjerit macam histeria..hahaha..jangan tak percaya, sampai ada yang laungkan azan sebab terlalu takut ye!

Pada aku harga tiket agak berbaloi sebab kita diberi masa selama 1 jam lebih untuk habiskan permainan ni, di mana 1 kumpulan dalam 10 orang dan korang kena rasai sendiri pengalaman sambil bermain 'game' yang telah disediakan. Korang just enjoy the game! Seriously memang best dan berbaloi sangat.

Hehe..ini kad game nya..so just follow the instruction dan enjoy the game.


Harga Tiket : RM58/pax
Alamat : 2-9, Level 2, The LINC KL,
360 Jalan Tun Razak,
50450, Kuala Lumpur



Trip ini telah dianjurkan oleh Gaya Travel & Tourism Malaysia

Post a Comment

24 Comments

  1. dulu duduk shah alam, tak sempat nak explore KL betul2. bila baca entry kak min ni terasa rugi pulak tak explore KL. nak pergi ni dah jauh dah laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la Ainny..nanti Ainny datang kte gi tempat2 ni ye

      Delete
  2. Kl ni byk tempat menarik sbnrnya tp disebabkn kita tinggal x jauh dgn Kl, rasa mcm kl biasa2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAah betul tu, tapi kalo kte explore baru kte sedar yg sebenar kte tk yah kuar jauh2 semata nak gi tempat menarik hehe

      Delete
  3. wahhhh bestnya, tunggu tahun depan baru boleh pergi hotel Hautu. Tahun ni cuti jap, takut terberanak pula dalam hotel tu, hahahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Banyak tempat yang boleh kita lawati selain ke shopping mall. Haha

    ReplyDelete
  5. banyak juga tarikan baru yang ada kat kuala lumpur ya. tak pernah rasa nak explore. paling tak pon pergi lepak tmpat sama je. haha

    ReplyDelete
  6. Hauntu tu menarikkk baca tapi harga dia mahal juga kan..haha..anyway lama x ke petaling street..lawa la sekarang.

    ReplyDelete
  7. Oh banyak tempat yang menarik yang ada di kuala lumpur rupanya, selalu pening tak tahu nak kemana, huhu. Sekarang tidak lagi! Terima kasih atas perkongsian cik min.

    ReplyDelete
  8. Adeh. Muzium polis je pernah pergi sepanjang duduk kl ni. Banyak lg tmpt belom pernah visit mcm petaling street tu. Rumah hantu tu boleh tahan jgk eh. Sampai histeria bagai tu mesti seram. Nak try jgk la

    ReplyDelete
  9. Wow! Kuala Lunpur has amazing attractions. We should promote this foreigners. Memang gempaq!

    ReplyDelete
  10. Ok Bolehlah sis jenjalan ke tarikan terbaru kat KL ni. Boleh tak awak temankan saya? Hehe. Lawa wei tempat dia. Harus sis pi terjah!

    ReplyDelete
  11. Kwai Chai Hong tu tak pernah tahu pun ada tempat macam tu kat KL ni hehehe yang muzium tu kita tahu lah pernah masuk wakakka tapi banyak tempat menarik kat negara kita sendiri kenapa nak pergi luar negarakan githuw....

    ReplyDelete
  12. antara yang disenaraikan ni, saya paling suka hauntu tu. rasa macam nak masuk sekali lagi dengan geng yg sama haha :)

    ReplyDelete
  13. Aik.. ingat kerja kat NOF je rupanya kat Hauntu pun kak min kerja ekkk.. hehehe. Mana lagi seram?? Hauntu ke NOF??? Tapi kan semua tempat ni belum pergi lagi. Jom Kak min...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa ni mmg seram hahah jom wakkk sambil lepak makan..belakang tu je luckin kopi hehe

      Delete
  14. Wah.. Info menarik nie. Boleh la AM bawa anak2 time cuti sekolah nie.. Tq kak Meen

    ReplyDelete
  15. Kwai Chai Hong tu saya tak pernah smapai pun. Tak tahu ada kat KL. Hahaha. Tempat lain saya tahulah. Nampak sangat banyak tempat di KL saya terjejak.

    ReplyDelete
  16. Saya duduk kl pun tak tahu tempat tempat ni, ni kena bawa family ni. Tak habis expore rupanya kl ni. macam macam ada. Boleh la pegi time cuti sekolah hujung tahun nanti

    ReplyDelete
  17. I never knew about Kwai Chai Hong, macam feeling Penang pula. I love going to Linc, dan hari tu dah nak try masuk hauntu, tapi macam tak berani pula because only 2 person sahaja. Maybe kalau dah berani sikit boleh try pegi sana. hahaha

    ReplyDelete
  18. Lawa la Kwai Chai Hong ni. Syira suka tempat2 macam ni. Very insta worthy gitu

    ReplyDelete
  19. muzium polis tu menarik minat mek untuk ke sana untuk disember 2019 ni. nak tengok peredaran zaman polis dari mula ianya diwujudkan.

    ReplyDelete
  20. Actually harga tu ok sebab kte main dalam 1 jam lebih + diaorg bg kte cookies hehe

    ReplyDelete
  21. Dah macam-macama da dekat kl ni..uihh..teringin gak nak masuk rumah hauntu tu..hehehe...

    ReplyDelete