NCIG Umumkan Penutupan di Malaysia

by - November 16, 2019

Aku pasti ini adalah berita yang paling menyedihkan buat pengguna tegar NCIG. Bagi yang memang follow aku mesti pernah baca tentang NCIG di entry aku yang lepas. http://www.bebelancikmin.com/2019/04/pembukaan-outlet-pertama-ncig-di-desa.html

Bagi yang belum baca dan belum tahu apa itu NCIG, NCIG adalah sebuah alat peranti yang mengantikan rokok. Ia berfungsi seakan vape namun ia sangat mesra pengguna dengan ketinggian hanya 3.74 inci dan ketebalan hanya 10 mm ia cuma seakan sebuah pen drive yang comel dan senang untuk dibawa ke mana-mana.


NCIG adalah satu-satunya alat untuk perokok, yang berjuang untuk melawan mitos syarikat tembakau bilion dolar di luar sana. Dengan size yang kecil dan mudah serta direka khas untuk perokok sebenar untuk merasa yang mereka sedang melakukan tabiat yang sama seperti merokok namun bezanya lebih puas.

Umum Penutupan Ketika Berlangsungnya Nsummit2-NCIG Total Solution

Pengumuman mengejutkan tentang penutupan dan menghentikan operasi di Malaysia ini telah diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif NCIG (M) Sdn.Bhd iaitu Shariffuddin Bujang yang lebih mesra dipanggil Pak Din selepas melancarkan produk terbaru mereka iaitu NCIG2 Total Solution.



Menurut beliau "Keputusan ini bukan dibuat dengan mudah kerana ia memberi impak kepada beratus pekerja NCIG di Malaysia. Selagi Malaysia tidak memperkenalkan regulasi terhadap kandungan nikotin dalam rokok elektronik, ia menjadi halangan buat kami bagi memenuhi misi utama NCIG untuk membantu 8 juta perokok di Malaysia berhenti merokok."

Ujarnya lagi "NCIG hanya akan memasarkan variasi produk sifar nikotin daripada NCIG Total Solution untuk pasaran tempatan sebagai fasa terakhir sebelum penarikan operasi di Malaysia. Kami merancang untuk menghentikan operasi di Malaysia, dan akan mengutamakan pelaburan kami pada pasaran luar negara di mana regulasi bagi produk rokok elektronik bernikotin telah diluluskan, terutamanya di United Kingdom dan Indonesia."

Agak faham mengapa CEO NCIG sedikit 'merajuk' dan ingin menghentikan operasi mereka di Malaysia kerana target mereka sebenarnya adalah untuk menghilangkan ketagihan merokok. Namun pada pendapat mereka produk cecair elektronik sifar nikotin bukanlah penyelesaian masalah kerana ia hanya akan menggalakkan lagi orang awam terutamanya yang bukan perokok untuk menggunakan vape sedangkan matlamat utama NCIG adalah menawarkan produk rokok elektronik sifar nikotin digunakan pada fasa terakhir dalam rawatan ketagihan merokok atau dalam bahasa mudahnya ialah target NCIG adalah untuk mengurangkan rasa ketagihan merokok.

Ini dijelaskan oleh Pak Din dengan menyasarkan penggunaan hanya 3 pek NPOD sebulan yang bernilai RM12 (RM40 x 3 pek) berbanding menggunakan rokok sebanyak 30 pek sebulan yang dianggarkan RM510 (RM17 x 30). Selain lebih jimat, NCIG ternyata lebih selamat dan matlamat NCIG sendiri adalah selepas 2 tahun penggunaan NCIG, perokok bukan sahaja berhenti merokok malah turut berhenti menggunakan NCIG/vape.



NSummit2 - NCIG Total Solution

NSummit2 telah dijalankan di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 9 November 2019. Aku turut sama hadir memeriahkan majlis sambil mengambil sedikit ilmu di Forum bertajuk 'Vaping Daripada Perspektif Global' yang dibahaskan oleh Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh dari Malaysia, Dr. Arifandi Sanjaya dari Indonesia dan Dr. Konstantinos Poulas seorang pakar dari University of Patras, Greece.



Sedikit Mengenai NCIG

NCIG adalah syarikat berasaskan teknologi dari Malaysia yang mereka-bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan alat yang berkesan untuk membantu perokok dalam menghentikan ketagihan terhadap rokok.

Menurut CEO NCIG "Misi NCIG sentiasa jelas sejak hari pertama - untuk meningkatkan kualiti hidup para perokok dan keluarga mereka dengan menamatkan ketagihan rokok buat selama-lamanya. Kami bukan sahaja sebuah syarikat vape, kami membina perniagaan ini untuk membantu perokok supaya mereka dapat menamatkan ketagihan mereka dengan selamat dan berkesan."

Apa pun, aku ucapkan selamat maju jaya kepada NCIG dan semoga hasrat murni mereka untuk menghentikan ketagihan rokok ini dihargai oleh semua. Moga terus berjaya dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia!

You May Also Like

1 comments