Pembukaan Outlet Pertama NCIG di Desa Seri Hartamas

by - April 29, 2019

Anda seorang perokok? Dan anda berhajat untuk berhenti merokok? Ha..ini berita baik untuk semua prokok tegar di luar sana yang berhajat untuk berhenti merokok tapi masih tak tahu bagaimana caranya. 

Apa kata korang ke Desa Seri Hartamas dan terus ke outlet NCIG dan dapatkan produk alternatif berhenti merokok si sana. 


Apa Itu NCIG?

NCIG adalah sebuah alat peranti yang mengantikan rokok. Ia berfungsi seakan vape namun ia sangat mesra pengguna dengan ketinggian hanya 3.74 inci dan ketebalan hanya 10 mm ia cuma seakan sebuah pen drive yang comel dan senang untuk dibawa ke mana-mana.

NCIG adalah satu-satunya alat untuk perokok, yang berjuang untuk melawan mitos syarikat tembakau bilion dolar di luar sana. Dengan size yang kecil dan mudah serta direka khas untuk perokok sebenar untuk merasa yang mereka sedang melakukan tabiat yang sama seperti merokok namun bezanya lebih puas.




NCIG Sangat Moden & Elegan

Apa yang paling aku suka tentang NCIG ni ialah reka bentuknya yang sangat moden dan elegan. Mana taknya..NCIG turut didatangkan dengan :

  • NKit ~ Set lengkap untuk mereka yang ingin memulakan langkah untuk berhenti merokok


  • NPOD ~ iaitu perisa yang didatangkan dalam 4 perisa terhebat iaitu Manggo Lush, Red Vanilla, Fine Tobacco & Cool Mint

  • NCase ~ Casing untuk NCIG anda yang sangat elegan
  • Ndock ~ Tempat mengecas NCIG
  • NHolder ~ Memudahkan korang untuk membawa NCIG korang tanpa perlu risau NCIG korang yang cun melecun tu tertinggal di kedai mamak!


Perghhh..sangat mudah dan bergaya kan? Secara jujurnya, aku yang bukan perokok ni pun sangat tertarik dengan teknologi NCIG yang pada aku sangat bergaya, moden dan elegan ni.

Cara penggunaannya pula sangat mudah! Hanya masukkan Npod di peranti NCIG dan anda terus boleh menghisapnya seperti menghisap rokok.


Pembukaan Outlet Pertama di Desa Seri Hartamas

Sabtu lepas iatu bersamaan 27 April 2019, NCIG telah pun merasmikan pembukaan outlet pertama mereka di Desa Seri Hartamas. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas NCIG, Sharifuddin Bujang atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din berkata yang pembukaan cawangan pertama mereka ini sangat dinantikan oleh semua pengguna NCIG seramai 60,000 rakyat Malaysia yang sudah pun menggunakan alat peranti ini.

En.Sharifuddin Bujang, Pengasas NCIG
Perasmian pembukaan outlet NCIG telah disambut meriah dengan kehadiran para tetamu, artis tempatan dan juga pihak media. Jangan tak percaya yang pembukaan N Store ni meriahnya dengan peminat mereka yang sanggup beratur semeriah peminat Apple beratur untuk dapatkan iphone terkini..






Selain pembukaan cawangan pertamanya, NCIG turut melancarkan 2 perisa baharu untuk mereka yang ingin berhenti merokok.


Bertuahnya Aku Dapat Cabutan Bertuah

Hehe..dah namanya rezeki dan agaknya sebab niat murni aku nak hadiahkan NCIG ni buat suami tersayang yang sememangnya perokok tegar, tiba-tiba nama aku naik ketika cabutan bertuah berlangsung. Dannnnn..guess what? perghhh aku dapat special edition NCIG yang berwarna merah! Seriously lawa giler weiiii..




Bagi korang yang berminat untuk mencuba produk alternatif merokok ni, boleh lah datang ke outlet mereka yang terletak di Desa Seri Hartamas atau boleh layari mereka di :



You May Also Like

21 comments

  1. Pernah dengar nama ncig tapi tak pernah amik tahu , rupanya macam ni hehe bagus la pada yg nak benti rokok , maybe boleh slow2 berubah

    ReplyDelete
  2. mmg intrend! my officemates ramai guna ni HAHHAA elok lahh dari dorg hisap rokok tu berbau satu opis kan!

    ReplyDelete
  3. abang Sally pun guna NCIG jugak! hehehe

    ReplyDelete
  4. Bagus ni. Sekarang pon dah macam² jenis ada. Ini sejenis adik beradik vape la kan? Suami cx pon tgh dalam proses nak stop merokok. Abang cx dah berjaya. Boleh try la yg ni. Kot serasi nanti kan? Berbaloi juga

    ReplyDelete
  5. wahh 1st time dengar tentang ncig ni untuk those ppl yang nak berhenti merokok..sgt2 menarik..bolehlah beli satu kat husband..dia pun ada niat nak berhenti merokok

    ReplyDelete
  6. oi! bestnya! hahahaha abe yee cmne tu? dah pakai ke belum? baguslah alat ni lama kelamaan terus org berhenti merokok. silap la tak dpat pergi aritu hmmmm

    ReplyDelete
  7. I tak de siapa yang merokok so tak tau la sangat . Tapi kan this is good for those who want to berhenti tapi tak tau nak start macam mana. So advance technology nowadays.

    ReplyDelete
  8. cik min hisap rokok tak? haha! takut kita dengar cik min cakap pasal rokok ni. nasib baik saya tak merokok. kalau saya merokok, saya dah rembat dah NCIG ni. cantik! mungkin cik min boleh sedekah kat saya NCIG special edition yang warna merah tu? haha

    ReplyDelete
  9. bagus ada alat macam ni.. dulu asben akak berenti merokok pasal guna alat macam ni jugak.. tapi yg dulu tu taklah elegan macam yg ni.. cantik dan esklusif bentuknya.. nak jadikan hadiah pun sesuai sgt..

    ReplyDelete
  10. Harap harap sangat lah orang orang yang merokok tegar ni kalau tak boleh berhenti merokok, at least pakai lah bende ni. Semak sangat rasa dengan orang orang merokok. kite punya beria menjaga family tak merokok, orang lain merokok, kite pun terkesan

    ReplyDelete
  11. 1st time dengar pasal NCIG ni. Bagus! Menarik senang bawa. Smart lak tu.. Moga orang yang addicted rokok tu dapat berhenti merokok pelan² dengan bantuan ncig ni.

    ReplyDelete
  12. Wah, bagus nie, boleh rekemen kat hubby saya... oh ya! TAHNIAH Cik Min kerana Cik Min terpilih untuk direview dalam jurnal saya...

    https://www.shikinrazali.com/2019/04/sahabat-blogger-pilihan_23.html

    ReplyDelete
  13. Bagus ada alat yang boleh membantu mereka yang berniat untuk berhenti merokok ni kan. My husbnd smoking. Aduhai. Tak tahan bau busuk asap rokok tu. Kalau la dia nak stop kan elok.

    ReplyDelete
  14. My circle of people tak ada yang merokok. So tak pernah tahu pasal ini. Nampak menarik. Boleh la suggest kat sesiapa yang nak stop merokok.

    ReplyDelete
  15. ouhhh ini kira alternatif kepada rokok yer. saya pon tak berapa pasti sejauh mana pod nie mengurangkan risiko rokok tp yang pasti ia lebih baik berbanding rokok. dah ramai anak muda beralih kepada pod sekarang nie sebab nampak bergaya, kecil dan mudah dibawa ke mana2

    ReplyDelete
  16. Rasanya pernah nampak orang promote. Husband explain juga bendanya macam mana. Husband tak smoke tapi dia up to date lah benda2 terkini.

    ReplyDelete
  17. wah bolehla beli untuk husband hahahah..dahla dia perokok tegar..mmg roko tu macam makanan ruji dia haishhh..tapi nampak produk ni mmg baguskan...at least slowly perokok blh berhenti merokok

    ReplyDelete
  18. Bagusnya ada produk alternatif untuk berhenti merokok.. atleast ada pilihan untuk golongan perokok cuba untuk stop terus dari merokok kan.. yelah merokok bukan saja membahayakan kesihatan malah boleh membahayakan orang terdekat..

    ReplyDelete
  19. Ada nampak post IG kak min pasal ni. Kita tak merokok rasa macam nak try pulak eh hahaha. Comey je macam pendrive.

    ReplyDelete
  20. Dah trend balik ya benda ni. Maklumlah skrg kan tak leh nak merokok merata so ramai le yg bertukar gan benda ni. Bagus jugak ni..nanti nak suggestkan kat s3siapa yg merokok

    ReplyDelete
  21. Murah rezeki kak meen menang cabutan bertuah.. Tahniah. Untung Abe yee dapat wife macam kak meen, hehehe

    Cantik lah pulak produk ni. Nak beli pulak rasa. Tapi sy tak merokok, hahaha. Boleh ke?

    ReplyDelete