Bertempat di Kontiki, The Federal Kuala Lumpur..hidangan menu-menu dari Australia sedang dihidangkan khas untuk para pengunjung bermula 13hb Julai lepas sehingga 29hb Julai.
Jadi, bagi korang yang ingin merasai sendiri menu masakan Autralia ni jangan lepaskan peluang untuk datang sendiri ke Kontiki yang terletak di aras 1 The Federal Kuala Lumpur.
Discover Australia
Discover Australia - A taste of Australia ini anjuran bersama Federal Hotels International (FHI) bersama The Federal Hotel Kuala Lumpur & Grace Hotel Sydney dengan sokongan Australian High Commission, AUSTRADE, Tourism Australia dan MLA Meat & Livestock Australia dan Citibank.
Hidangan Australia ini dihidangkan khas untuk para pengunjung oleh Chef Manager Darren Ho dari Australia dan Chef Tang Hou Chin yang telah menamatkan pengajiannya di Le Cordon Bleu di Sydney, Australia. Jadi tak hairanlah bila hidangan di sini semuanya enak-enak belaka.
Untuk hidangan Discover Australia ni terdapat Australian Gourmet 3-Course Set Dinner dan The Great Australian BBQ Buffet Dinner. Bagi yang memang suka kan hidangan BBQ jangan lepaskan peluang korang untuk datang ke Kontiki ni sebab kat sini memang ibarat syurga makanan BBQ..haha..aku cakap camni sebab aku yang sukakan BBQ dan seafood ni memang makan sampai tak henggat dunia.
Antara hidangan BBQ yang ada ialah :
- Rack of Lamb Marinated with Rosemary & Garlic
- Short Beef Rib with Smokey BBQ Lacquer
- Runb Steak with Devilled Onions
- Gourmet Sausage with Tomato & Chilli Jam
- Chicken Kebabs with Lemongrass, Ginger & Garlic Relish
Terdapat juga hidangan sampingan seperti :
- Idaho Potatoes with Sour Cream & Chives
- BBQ Corn on the Cob with Maple Syrup & Parsley Butter
- Bakers Basket of Assorted Bread
- Chuncky Chips with Nori Salt
Wah-wah!! bukan main menarik lagi kan hidangan BBQ yang ada kat sini. Tu aku baru sebut hidangan BBQ. Untuk Australian Gourmet 3-Course Set Dinner pulak kalau aku sebut kat sini memang tak terbaca hahaha..jadi apa kata kalau korang datang sendiri ramai-ramai bawa keluarga korang ke Kontiki, The Federal Kuala Lumpur.
Yang menariknya kat sini ialah semua hidangan adalah fresh..semua makanan laut pun fresh-fresh belaka termasuk tiram yang dihidangkan. Memang sedap sangat. Haa..sebelum terlupa, para tetamu juga berpeluang untuk menyertai Dine & Win Campaign yang berpeluang untuk memenangi penginapan 3 hari 2 Malam di The Grace Hotel Sydney! Wahhh..berpeluang untuk terbang ke Australia u olssss...
Harga & Tempahan
Oh Ye! Lupa nak bagi tahu yang Discover Australia ini hanya terdapat pada setiap JUMAAT, SABTU & AHAD bermula 13 Julai 2018 - 29 Julai 2018 di Kontiki,Mezzanine Level, The Federal Kuala Lumpur.
Bagi harga untuk hidangan Discover Australia ini ialah :
- Dewasa : RM148 nett
- Kanak-kanak : RM55 nett
- Warga Emas : RM74 nett
Untuk tempahan pula boleh la hubungi :
The Federal Kuala Lumpur
35, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Tel : +603 21489166
Email : fnb@federal.com.my
Facebook : TheFederalKL
Instagram : TheFederalKL
20 Comments
Aduhaiii... menguji keimanan sunggguh haha, sedapnya lah kan, seafood tu tak pernah lagi rasa masakan Australia nih.. mesti nak coba nihh
ReplyDelete8 Cara Buat Duit Dengan YouTube
Wowwww...mewahnya makan kat sana erk..
ReplyDeleteMenarik nampaknya menu masakan Australia. Kalau pergi Australia takde lah nak makan sebarangan sebab was was kan. Kalau makan menu Australia kat Malaysia ni boleh la kita nak makan pun. Seafood tu nampak menyelerakan!
ReplyDeleteRM148 tu for me so reasonable price and everyone can eat. Paling suka kot dapat makanan barat ni, tekak barat dah gamaknya,hehe...lama tak makan di sini...last pergi masa review bufet ramadan.
ReplyDeleteThis post is making me really hungry, I love seafood and this is so tempting! The price seems pretty affordable since they are giving back us with so many seafood.
ReplyDeleteLumayan dapat jalan jalan dan makan sedap
ReplyDeleteya ampun tengok susunan seafoods tu memang mengancam! sesuai dengan harga pakej tu
ReplyDeleteBestnye dapat gi makan kat Kontiki ni. Siap ada tema Australia lagi. Tak payah naik kapal terbang pegi sana dah dapat rasa makanan they all.
ReplyDeleteTu dia... Geram tengok udang dengan ketam tu. Banyak juga pilihan makanan laut yer. Mesti sedap sebab semua nampak fresh.
ReplyDeleteYa ampun mmg nampak sedap2 makanan kat sini. Semuanya menggunakan produk laut dll yang segar dari Aussie. Kena try dah makan kat sini
ReplyDeleteya ampun, sedapnya tengok seafood tu..makan macam tu je kak..huhu..kalau nak rasa masakan australia boleh la singgah sini erk..fefeling dekat luar negara..heehe
ReplyDeletemenarik ni..,seafood nya banyak pilihan.Terutamanya tiram...geram aihhh tiram tu.Lama dah tak makan nih.
ReplyDeleteTak pernah lagi rasa menu masakan dari negara kangaroo. Sedap menyelerakan gak nampaknya tuu... Terutama sekali yang BBQ
ReplyDeleteCuma harga nya.. Eerrkk. .. Kena tunggu bulan jatuh ke riba. Hehe
Jom kita discover Australia...haaa....berangan plk nak ke sana gi discover kat Federal KL ajerlah..
ReplyDeleteMakanan di Australia yang ruby suka adalah fish and chips mereka. Fuhh sedap kak. Dekat Federal Hotel RM 148 utk semua jenis menu tu memang best la kak. Seafood nampak segar. Wuwuwuw. BBQ pun yummy.
ReplyDeleteIt's so nice to get to eat Australian cuisine and fresh seafood. The price is a little high to me, but it's something to aim for!
ReplyDeleteMenu antarabangsa yang sedap. Hidanganya pasti menarik dan rasanya pasti menjadi kenangan manis si pemakan dan peminat menu jenama Australia.
ReplyDeletewahhh menunya sedap2 belaka.. amboih.. ketammm.. kegemaran TB tu.. Australia memang terkenal dengan Ketam yang segar2 naik ke darat.. fuh..
ReplyDeleteNyesal sis tak gi hari tu, kalau tak dapat makan sedap. Bila tengok gambar ni jadi terliur pulak di buatnya. Seafood tu..perghhh mengancam sungguh tau
ReplyDeleteBestnya dpt rasa mknn yg dimasak oleh chef dr australia sendiri.. Xdpt g sana pon xpe asalkn dpt mkn ala2 kt sana.. Hihi.
ReplyDelete