Resipi Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis Petai & Terung Pipit

by - September 09, 2019

Macam dah lama aku tak kongsi resipi kat blog aku ni. Hari ni aku terpanggil nak berkongsi resipi Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis Petai & Terung Pipit sebab sejak semalam ramai yang pm nak resipi selepas aku up kan gambar sambal yang aku masak semalam di FB.


Hehe..tak nak menghampakan permintaan kawan-kawan dan tak larat aku nak taip resipi sorang-sorang, jadi aku decide baik aku kongsikan resipi sambal kegemaran orang Pahang tu di blog aku ni. Ramai-ramai boleh cuba masak. Masak, cuba dan jual pun aku tak kisah. Aku halalkan ilmu aku ni korang gunakan.

1st of all, rahsia utama untuk dapatkan sambal tempoyak yang sedap dan berkualiti mestilah TEMPOYAK itu sendiri. Pastikan guna tempoyak baru yang rasa manis bukan tempoyak lama yang rasa masam (tempoyak lama sesuai untuk buat gulai). Kalau korang nak guna tempoyak lama pun tak apa tapi kena pandai seimbangkan penggunaan gula. Macam yang aku masak semalam tu langsung tak letak gula sebab tempoyak baru memang dah cukup manis.


Sebelum aku kongsikan resipi, aku nak sharekan gambar-gambar bahan yang aku guna terlebih dahulu sebab aku tak nak nanti ada yang tanya 'terung pipit tu macam mana?'..'daun kunyit tu bentuk camne?' haha..

Untuk resipi kali ni antara bahan yang aku guna ialah daun kunyit (sebagai penambah rasa), terung pipit dan petai. Andai kata korang nak buat sambal tempoyak ikan bilis sahaja pun tak pe atau korang sejenis tak suka makan daun kunyit, korang boleh gantikan dengan bunga kantan.

Daun Kunyit

Terung Pipit

Resipi Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis Petai & Terung Pipit

Bahan-bahan :

Ikan Bilis {segenggam}
1 biji Bawang Besar {Dipotong bulat}
Cili Padi {segenggam/mengikut citarasa}
Petai {1 papan/mengikut citarasa}
Terung Pipit {segenggam}
1 helai Daun Kunyit {Dihiris halus}
1 sudu besar tempoyak 
Sedikit minyak untuk menumis
Secubit garam

Cara Memasak :
  1. Blendkan 1 sudu besar tempoyak bersama segenggam cili api & sedikit air {ketepikan}
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali
  3. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat
  4. Masukkan segenggam ikan bilis {gorengkan sebentar}
  5. Masukkan tempoyak yang sudah diblend bersama cili api
  6. Masukkan terung pipit
  7. Masukkan petai
  8. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus
  9. Masukkan secubit garam
  10. Tumiskan sebentar semua bahan sehingga pecah minyak
  11. Tutupkan api dan sedia dihidang
* garam & gula dimasukkan mengikut citarasa masing-masing (kalau guna tempoyak baru dah tak payah masukkan gula)


Selamat mencuba. Sambal tumis tempoyak versi aku ni memang buat korang makan tak ingat dunia. Hidangkan bersama nasi panas dan telur dadar..perghhh..memang tak pandang dah lauk lain weih!

You May Also Like

20 comments

  1. uish menu menggoda anak cacing je ni. bestnya makan dengan nasi panas. lama dah nak makan tapi geng tak ada

    ReplyDelete
  2. adoii sekali campur semua daaaa. ni makan dengan nasi je ni mahu dua tiga pinggan. takde lauk lain pun okei je ni.

    ReplyDelete
  3. OMG KAK MINNN!!!!
    Tempoyak + petai is sooo sooo greattt!!!! suka nyaa!! nak cuba lah!! okay sekarang jugak nak cari tempoyak dengan petai! ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha buat wei..mmg tak toleh ke belakang dah

      Delete
  4. Yum! Yum! Yum! You make me craving for tempoyak. Saya walopun x memasak tetapi still suka baca blog post yg berkisahkan makanan and recipe. Thanx for sharing and have a good day.

    ReplyDelete
  5. I've never heard of this or even try this before but I love anything that has petai in it hahaha. Would really love to try it someday.

    ReplyDelete
  6. wow.. sedapnyaa.. tapi kita tak makan tempoyak..
    tempoyak pun takde dekat rumah. hehe
    suami kita makan tempoyak. agaknya kalau macam ni mau makan nasi bertambah dia ni kan.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Fuhhh..pekena dengan nasi panas ni memang tak angkat kepala la. Resipi yang simple dan terbaik. Nanti nak try buat, tq share resipi

    ReplyDelete
  8. BENCI LAH KAK MIN NI DAH MASAK SEDAP-SEDAP TAK AJAK KITA PUN PERGI MAKAN SEKALI KAT RUMAH HURMMM BENCI LAH KITA PUNYA KEGEMARAN MASAK TEMPOYAK NI NAK CUBA JUGA HEHEHEE...

    ReplyDelete
  9. Alamak merencis air liur. Dahla feveret ni. Kalau
    Makan memang tak ingat saper dah hehe

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap walaupun saya bukanlah orang yg makan tempoyak. Nak kena tunjuk resepi ni dkt mak ngn ayah sbb diorg ja yg mkn tempoyak kt rumah. Terima kasih kak min share resepi. 😊

    ReplyDelete
  11. aduhai, terbaca resepi ni time puasa pulak, terus rasa lapar nasi. Nanti nak try lah resepi kak min ni, tahu dah konfem sedap!

    ReplyDelete
  12. Terung pipit aida biasa masak sambal. Min. Sedap nyer. Krup krap.
    Ni dgn tempoyak?! Wow! Terbaik!

    ReplyDelete
  13. Kak min ni saje tau. nasib baik kat kampung ni mudah nak dapat bahan2 dia. kalau tak unfren kak min.

    ReplyDelete
  14. Wow! nampak sedapp. Tak pernah lagi makan sambal tumis tempoyak macam ni.

    ReplyDelete
  15. umi saya pun orang Pahang. Raub. so memang umi pakar dalam buat sambal tumis tempoyak dan sambal itam hehehe.

    ReplyDelete
  16. Wah mudah je resepi tempoyak ikan bilis ni.Nak share dengan mak kite.Kite tak makan tapi nampak mcm sedap betul.huh.

    ReplyDelete