Macam dah lama aku tak kongsi resipi kat blog aku ni. Hari ni aku terpanggil nak berkongsi resipi Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis Petai & Terung Pipit sebab sejak semalam ramai yang pm nak resipi selepas aku up kan gambar sambal yang aku masak semalam di FB.


Hehe..tak nak menghampakan permintaan kawan-kawan dan tak larat aku nak taip resipi sorang-sorang, jadi aku decide baik aku kongsikan resipi sambal kegemaran orang Pahang tu di blog aku ni. Ramai-ramai boleh cuba masak. Masak, cuba dan jual pun aku tak kisah. Aku halalkan ilmu aku ni korang gunakan.

1st of all, rahsia utama untuk dapatkan sambal tempoyak yang sedap dan berkualiti mestilah TEMPOYAK itu sendiri. Pastikan guna tempoyak baru yang rasa manis bukan tempoyak lama yang rasa masam (tempoyak lama sesuai untuk buat gulai). Kalau korang nak guna tempoyak lama pun tak apa tapi kena pandai seimbangkan penggunaan gula. Macam yang aku masak semalam tu langsung tak letak gula sebab tempoyak baru memang dah cukup manis.


Sebelum aku kongsikan resipi, aku nak sharekan gambar-gambar bahan yang aku guna terlebih dahulu sebab aku tak nak nanti ada yang tanya 'terung pipit tu macam mana?'..'daun kunyit tu bentuk camne?' haha..

Untuk resipi kali ni antara bahan yang aku guna ialah daun kunyit (sebagai penambah rasa), terung pipit dan petai. Andai kata korang nak buat sambal tempoyak ikan bilis sahaja pun tak pe atau korang sejenis tak suka makan daun kunyit, korang boleh gantikan dengan bunga kantan.

Daun Kunyit

Terung Pipit

Resipi Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis Petai & Terung Pipit

Bahan-bahan :

Ikan Bilis {segenggam}
1 biji Bawang Besar {Dipotong bulat}
Cili Padi {segenggam/mengikut citarasa}
Petai {1 papan/mengikut citarasa}
Terung Pipit {segenggam}
1 helai Daun Kunyit {Dihiris halus}
1 sudu besar tempoyak 
Sedikit minyak untuk menumis
Secubit garam

Cara Memasak :
  1. Blendkan 1 sudu besar tempoyak bersama segenggam cili api & sedikit air {ketepikan}
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali
  3. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat
  4. Masukkan segenggam ikan bilis {gorengkan sebentar}
  5. Masukkan tempoyak yang sudah diblend bersama cili api
  6. Masukkan terung pipit
  7. Masukkan petai
  8. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus
  9. Masukkan secubit garam
  10. Tumiskan sebentar semua bahan sehingga pecah minyak
  11. Tutupkan api dan sedia dihidang
* garam & gula dimasukkan mengikut citarasa masing-masing (kalau guna tempoyak baru dah tak payah masukkan gula)


Selamat mencuba. Sambal tumis tempoyak versi aku ni memang buat korang makan tak ingat dunia. Hidangkan bersama nasi panas dan telur dadar..perghhh..memang tak pandang dah lauk lain weih!