Rawatan Dermapen Berfungsi Untuk Menghilangkan Parut

by - April 25, 2019

Kebelakangan ni kulit muka aku agak teruk. Mungkin faktor stress, faktor pemakanan dan juga faktor persekitaran membuatkan kulit aku mudah dihinggapi jerawat sejak akhir-akhir ini. Sudahnya..parut-parut mula memenuhi muka.

Keadaan ini buatkan aku agak gusar dan kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Jadi, baru-baru ini aku mula tertarik untuk menjalankan rawatan dermapen selepas mendapat pendedahan tentang kebaikan rawatan dermapen.



Apakah Rawatan Dermapen?

Rawatan dermapen adalah rawatan melalui suntikan jarum. Menggunakan pelbagai jarum mikroskopik untuk menembusi lapisan permukaan kulit, dermapen mewujudkan corak luka yang sangat kecil untuk memecahkan rantaian kolagen lama dan mencetuskan proses penyembuhan untuk meratakan kemunculan kedut, parut dan bekas jerawat.


Rawatan ini boleh membantu untuk mengurangkan kemunculan kedut, parut, kesan regangan dan parut jerawat secara semulajadi dan tidak menyakitkan.

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai jenis parut dan parut-parut ini sangat berkesan dihilangkan menggunakan rawatan dermapen. Antara jenis parut yang perlu korang tahu ialah :

1) Parut Ice Pick
Parut ice pick adalah parut yang sangat dalam sehingga ke lapisan dermis kulit. Kulit kelihatan seolah-olah telah ditembusi oleh tongkat ais atau alatan tajam.

2) Parut Box Scar
Parut box scar adalah lekukan bulat atau bujur dengan sisi tegak yang curam. Lebih luas dari parut ice pick.

3) Parut Rolling
Jenis parut ini menyebabkan lekukan seperti gelombang melangkaui kulit yang kelihatan normal. Parut rolling berbeza dari parut box scar kerana tidak jelas. Kulit itu sendiri kelihatan tidak rata dan berkedut.


Kelebihan Rawatan Dermapen

Antara kelebihan rawatan dermapen adalah :
  • Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan (seawal rawatan pertama sudah menampakkan perubahan).
  • Menghilangkan parut berlubang, jeragat dan kedutan.
  • Menghasilkan sel kulit baru yang lebih lembut dan menghaluskan liang roma yang kasar dan terbuka.
  • Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata
  • Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati dan mencerahkan kulit.

Rawatan Dermapen di Dr Medispa Kajang

Selasa lepas gigih aku ke Jalan Reko Kajang semata-mata ingin dapatkan rawatan dermapen di Dr Medispa sebab aku dengar rawatan dermapen di sini adalah antara yang terbaik. 





Mula tu agak takut jugak sebab aku selalu dengar yang rawatan dermapen ni menyakitkan. Tapi demi nak cantik, aku ketepikan perasaan takut tu. 

Memulakan sesi rawatan dengan mencuci muka dan proses mengeluarkan segala kotoran di muka, langkah seterusnya muka diletakkan numb cream iaitu krim untuk mengurangkan rasa sakit ketika rawatan dermapen dilakukan.


Muka dibersihkan terlebih dahulu

Muka diwapkan supaya kotoran degil lebih mudah dikeluarkan

Sesi mengeluarkan segala kotoran di muka

Rawatan dermapen bermula


Jujur, dengar bunyi mesin dermapen tu memang agak menyeramkan sebab bunyi seakan drill tapi percayalah tak sakit pun sebenarnya. Tak tau la kalau-kalau aku yang kebal tapi serious weih, memang pada aku tak menyakitkan pun sebab muka dah diletak numb cream.

Sebab muka aku ni parut banyak dan agak teruk, jadi agak lama juga sesi ni berlangsung sebelum diteruskan dengan rawatan infra red. Selepas tu barulah muka diwapkan dengan wap sejuk dan sesi rawatan berakhir.



Penjagaan Muka Selepas Rawatan Dermapen

Berikut adalah cara penjagaan muka selepas rawatan dermapen :
  • Elakkan muka dari cahaya matahari atau terlalu lama di hadapan cahaya laptop
  • Pakai sunblock bermula pada hari kedua selepas sesi rawatan.
  • Lumurkan kiub ais yang bersih 2 kali sehari selama 1-2 minit untuk menyejukkan keradangan pada kulit selepas proses rawatan.
  • Jangan garu atau tarik kulit yang sedang menggelupas.
  • Jangan gunakan kosmetik berminyak seperti foundation pada kulit dalam masa seminggu jika perlu gunakan makeup, gunakan kosmetik berasaskan mineral.
  • Gunakan air suam yang bersih untuk mencuci kulit muka. Pencuci muka hanya boleh digunakan selepas hari ketiga
  • Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, gunakan krim vita C dar Dr Medispa & Wellness
  • Temujanjiuntuk rawatan lanjut selepas 3 minggu kemudian.
Sunblock yang dicadangkan ialah sunblock keluaran Neutrogena Ultra Sheer sebab sunblock ni langsung tak berminyak macam kebanyakan sunblock lain dan yang paling penting sunblock Neutrogena ni non-comedogenic iaitu tak menyebabkan pori tersumbat.


Sekarang Dr Medispa tengah buat promosi tau..harga sangat berbaloi sebab penjimatan sehingga RM200. Harga rawatan sebenar dermapen ni ialah RM280 tapi bermula sekarang sehingga raya ada promo RM360 untuk 2 kali rawatan dermapen.


Jadi, tunggu apa lagi? Apa kata serbu Dr Medispa sekarang dan dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai rawatan dermapen ini di :

Alamat : 6, Jalan Reko Sentral 6, Reoko Sentral, 43000 Kajang (bersebelahan KK Mart)
Tel : 03-87331980
Whatsapp : 013-7706708
Whatsapp : 01111123494

You May Also Like

2 comments

  1. bila sebut jek dermapen, terus kecut perut.. hahahaha~ macam sakit jek.. tapi tak sakit kan kak kan ?

    ReplyDelete