Berhibur Bersama Keluarga di RedTail by Zouk

by - November 19, 2018

Cuti sekolah dah hampir tiba! Yeayyyyy..mesti happy semua orang kan? Terutama anak-anak dan golongan mak-mak juga hahaha..

Aku pasti korang mesti dah baca entry aku tentang tempat percutian yang aku cadangkan pada korang iaitu di Genting Highlands. Boleh baca di sini http://www.bebelancikmin.com/2018/11/theme-park-hotel-genting-highlands.html

Jadi, alang-alang naik bercuti ke Genting Highlands ni..apa kata terus berhibur sekali dengan keluarga di RedTail. RedTail ni adalah pusat karaoke sebenarnya. Tak salah rasanya kalau sekali sekala melepaskan tension bersama keluarga sambil menyumbangkan lagu-lagu kegemaran.


Oleh kerana RedTail ni terletak di aras G, Sky Avenue..dari atas akan nampak dengan jelas signboard RedTail.



Setiap bilik dilengkapi dengan set karaoke terkini, user-friendly touch screen dan juga retro microphone yang berdiri. Alaaaa..kira-kira mikrofon yang macam zaman dulu-dulu tu..ala-ala Saloma dan P Ramlee tu..hehehe.. Jadi boleh lah korang melalak sambil berangan-angan jadi retis gitteeeeeww..


Pilihan lagu pulak memang banyak sangat. Lebih dari 1000 buah pilihan lagu yang boleh korang pilih dari pilihan lagu-lagu lama sampailah lagu-lagu terkini. Muahahaha..macam aku, aku suka la pilih lagu-lagu 90-an macam lagu kumpulan Mega, Spring dan Slam tu hehehe..

Harga pula mengikut pakej yang korang sukadan rasa bersesuaian sebab ada pakej 'Let Sing' yang cuma RM200 untuk 3-4 pax. Pakej 'Ladies & Gentleman' pula berharga RM500 dan mampu memuatkan hingga 10 orang dalam 1 bilik. Tapi kalau korang memang datang beramai-ramai lebih dari 10 orang, boleh la pilih pakej 'Party In House' yang berharga RM1,000


Untuk setiap pakej yang diambil ni dihidangkan bersama minuman dan makanan ringan. Tapi tak la berapa ringan sebab ada chicken pop-corn, ada chicken wings dan bermacam-macam lagi. Heheh pendek kata lepas penat 'menyumbang'kan 1-2 lagu bolehlah basahkan tekak dan alas perut.


RedTail ini beroperasi setiap hari bermula pukul 5 petang sehingga pukul 3 pagi. Dengan keluasan sebanyak 4289 sq ft, RedTail mampu memuatkan 150 pengunjung pada satu-satu masa.

Untuk keterangan lanjut mengenai RedTail by Zouk ni boleh la layari website www.rwgenting.com atau hubungi talian 03-61011118


You May Also Like

2 comments

  1. Last masuk karaoke masa bujang dulu. Sekarang tak pergi dah

    ReplyDelete
  2. Agak dah 5 bulan jugak LeYa tak masuk karaoke ni.. Kak Min ni saje taw.. Kan dah rindu nak berkaraoke.. Jom!

    ReplyDelete